ZULHEIMY MAAMOR

Sunday, 14 January 2024

UNSUNG HERO - THE SARAWAK BORDER SCOUT

Posted by:
Hj Zulheimy Maamor
4 September 2019


Bila sebut Angkatan Tentera Malaysia kita mungkin tahu kewujudan Rejimen Askar Melayu Diraja, Rejimen Renjer Diraja, Rejimen Gerak Khas dan lain-lain... dan Pasukan Polis kita biasa dengar Pasukan Polis Hutan (Sekarang Pasukan Gerakan Am). ..
Namun pernah ke kita mendengar nama Pasukan Sarawak Rangers dan the Border Scouts yang ditubuhkan pada 1964 (Sabah Border Scout dan Sarawak Border Scout).
Di Sarawak , pasukan ini ditubuhkan untuk memperkuatkan operasi Claret (Operasi Sulit). Seramai 1,500 orang dari etnik Iban, Bidayuh, Kayan, Kenyah, Kelabit serta lain-lain diambil untuk menganggotai "The Sarawak Border Scout".
Pasukan ini telah dilatih oleh pasukan elit British "Special Air Services" dan telah berkhidmat semasa era Konfrantasi dan era Komunis (tahun 60'an hingga akhir 80'an).
Antara peristiwa menyayat hati ialah peristiwa pembunuhan 8 anggota Border Scout oleh Tentera Nasional Kalimantan Utara (TNKU) di Long Jawi Belaga pada 26 September 1963. Mereka telah disiksa sebelum dibunuh oleh TNKU Indonesia.

Kematian 8 anggota Border Scout ini telah dibalas kembali oleh Pasukan Tentera Gurkha dan Pasukan Police Field Force (Pasukan Polis Hutan) dimana mereka kemudian berjaya membunuh 52 anggota TNKU (confirmed Kills).


Pada 27 Ogos 1970, 12 anggota BS terkorban dalam satu pertempuran dengan komunis di Sg. Nyemah, Kanowit, Sarawak. Turut terkorban ialah 5 anggota Rejimen Renjer DiRaja dan seorang anggota Polis Cawangan Khas berbangsa Cina iaitu Koperal Kong Siew Long. Peristiwa serangan ini dikenali sebagai Tragedi Pendam Bungkang bersempena nama tempat berlakunya serangan itu. 



Banyak pengorbanan anggota BS Sarawak dan kejayaan yang mereka capai sepanjang Konfrantasi dan era menentang komunis yang terlalu banyak kalau nak dinyatakan... namun yang perlu ialah agar generasi sekarang tidak melupakan jasa dan pengorbanan mereka dari pasukan keselamatan yang sentiasa memastikan musuh negara tidak akan dapat menggugatkan keamanan dan keharmonian negara kita Malaysia..... jasanya mereka dikorbankan dengan nyawa dan darah mereka.... mereka inilah adalah antara wira-wira yang tidak pernah didendang.....
Pasukan ini telah dibubarkan pada tahun 1994.










No comments:

Post a Comment