ZULHEIMY MAAMOR

Saturday, 6 January 2024

LOKASI GUA AL-KAHFI

POSTED BY HJ ZULHEIMY MAAMOR
29 SEPTEMBER 2023

Kalau kita baca Al Quran Surah Al-Kahfi, Surah ke 18 ayat 22 - 25 ada dikisahkan mengenai pemuda Al-Kahfi, iaitu pemuda yang tertidur dalam sebuah gua selama 309 tahun.
Bilangan sebenar pemuda Al-Kahfi ini tidak diketahui, ada yang kata 3 orang, 5 orang, 7 orang dan termasuk seekor anjing.
Menurut Ibn Abbas pendapat yang paling kuat ialah 7 orang dan seekor anjing. Dikatakan nama pemuda-pemuda tersebut adalah Tamlikha, Miksalmina, Mikhaslimia, Martelius, Casitius, Sidemius dan seorang pengembala kambing bersama anjingnya Qithmir.
Namun saya bukan nak bercerita tentang pemuda Al-Kahfi, cuma lokasi sebenar gua dimana pemuda Al-Kahfi ini bersembunyi masih menjadi persoalan. Antara tempat yang dikatakan tempat persembunyian pemuda Al Kahfi ini ialah Turkiye, Damsyik, Jordan dan lain-lain.




Namun yang saya nak fokuskan ialah di Turkiye, iaitu sebuah gua di kota Ephesus, Anatolia, Turkiye. Gua ini dikatakan menepati ciri-ciri yang disebut dalam Al Quran. Tapak runtuhan kota Ephesus sangat luas, antara runtuhan binaan yang terdapat di sini ialah runtuhan kuil Arthemis.



Kalau kita pernah belajar sejarah, pasti pernah dengan nama sebuah kerajaan yang cukup hebat suatu ketika dahulu ialah Kerajaan Byzantium atau dikenali juga ROM Timur. Ibu negeri Byzantium ialah Constantinople. Ketika Sultan Muhammad Al-Fateh menawan dan membuka Constantinople pada 1453, baginda telah menukar nama Constantinople kepada Islambol dan kemudian ditukar kepada Istanbul oleh Mustapha Kemal Artarturk. Jadi Rom Timur itu sebenarnya ialah di Instanbul , Turkiye sekarang... Selalunya kalau kita baca sejarah Tamadun Rom pasti nama yang kita ingat ialah Julius Caesar.... Julius Caesar itu ialah Rom Barat.
Begitu juga dalam Hikayat Hang Tuah ada disebut Hang Tuah belayar ke Rom untuk membeli meriam, Rom yang dimaksudkan dalam HHT ini lah Turkiye yang ketika itu adalah Kerajaan Turki Uthmaniyyah.... Sultan Muhammad Al-Fateh adalah sezaman dengan Kesultanan Melayu Melaka, beliau hidup di zaman Sultan Mansur Shah dan Sultan Alauddin Riayat Shah....
Seorang Ahli Arkeologi, Dr. Musa Baran menunjukkan bahawa Kota Esphesus adalah tempat pemuda Al-Kahfi ini.

Copy and paste:
6/1/2024 > 24 Jamadilakhir 1445H: 10.47 am


No comments:

Post a Comment