ZULHEIMY MAAMOR

Saturday, 6 January 2024

BAHLUL @ MOHAMAD AL-BAHLOUL

POSTED BY HJ ZULHEIMY MAAMOR
7 JUNE 2023

Dulu kita sering dengar orang tua terutama ibu apabila memarahi anak-anak mereka, adakala mereka akan sebut "Bahlul"....
"Kenapa bahlul sangat ni?"
Namun tak pernah pula kita nak tanya emak kita dulu apa itu Bahlul...
Munkinkah Bahlul itu nama seorang Wali Allah yang bernama Mohamad Al Bahloul, abang kepada Khalifah Harun al Rasyid, seorang khalifah terkenal Islam di zaman Perkembangan Ilmu Sains dan Matematik dan zaman kegemilangan Islam.
Perkataan ‘Bahlul’ sering kita dengar diucapkan oleh masyarakat setempat terutamanya untuk menyatakan seseorang itu bodoh atau lurus bendul.
Namun kita tak pernah terfikir betapa bijaknya nenek moyang kita dulu dalam mempertuturkan sesuatu perkataan itu.... mengatakan anak Bahlul itu sebenarnya adalah satu doa yang baik.
Bahlul merupakan satu perkataan yang berasal dari arab dan ia berasal dari satu nama jolokan yang diberikan kepada seseorang yang bernama Wāhab ibn Amr.
Wahab ibn Amr atau Bahlul hidup pada zaman Khalifah Harun Al-Rasyidin.
Sebenarnya Wāhab ibn Amr terkenal sebagai seorang hakim dan juga ilmuan Islam pada zamannya.
Dia dikenali sebagai Bahlul kerana dia telah meninggalkan kekayaannya dan hidup dengan gaya yang selekeh.
Oleh kerana itulah, mungkin suatu ketika dahulu bila nenek moyang kita ingin marah kepada anak-anak, mereka mengatakan anak mereka bahlul, dengan harapan anak mereka akan menjadi seperti wali Allah Mohamad Al-Bahloul inilah. Tapi lama kelamaan, bila sejarah ini tidak diketahui, kita menyangkakan bahawa perkataan 'Bahloul' ini adalah bermaksud bodoh, bangang dan yang sewaktu dengannya.
Sepatutnya, bila orang memanggil kita 'bahlul' kita katakan "Aamiiin.." Kemudian ucapkan terima kasih sebab mendoakan kita menjadi seperti Wali Allah tersebut. Namun lihat pada konteks ayatnya. Kalau yang dimaksudkan bahlul itu bahlul yang masyarakat kita sekarang faham, maka wajarlah anda marah. Tapi kalau yang dimaksudkan bahlul itu Syeikh Wali Allah Mohamad Al-Bahloul, maka bahlulpun bahlullah...!


Copy and paste
6/1/2024 > 24 Jamadilakhir 1445H: 10.43 am

No comments:

Post a Comment