ZULHEIMY MAAMOR

Saturday, 6 January 2024

KAPAL KOREK

POSTED BY HJ ZULHEIMY MAAMOR
29 OCTOBER 2020


Kita biasa tengok kapal-kapal belayar di tengah lautan.... tapi pernah tak tengok kapal yang tak pernah belayar di Laut....
Kapal itu ialah kapal Korek yang digunakan oleh syarikat-syarikat bijih timah di Malaysia suatu ketika dahulu....
Kapal korek pertama diperkenalkan di Malaysia ialah pada tahun 1913 oleh Malayan Tin Dredging Limited di Batu Gajah, Perak, manakala terakhir di bina ialah pada tahun 1985.
Berikutan lambakan bijih timah yang menyebabkan kejatuhan harga timah dunia pada 1982, Malaysia bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran bijih timah bagi mengimbangi semula harga.
Pada tahun-tahun ini menyaksikan banyak kapal korek yang telah berusia diberhentikan dari operasi.
Satu tragedi hitam pernah berlaku pada 8 Ogos 1984 dimana sebuah kapal korek milik Sungai Klang Dredging Sdn Bhd telah terbalik disebuah lombong di Batu 13 Puchong (kalau tak silap Puchong Permai sekarang ini) yang telah meragut 7 nyawa..


Sekarang ini dah tak kelihatan lagi kapal kapal korek beroperasi...saya masih ingat sekitar 70an dan 80 saya selalu melihat kapal kapal korek terutama di kawasan Puchong dan kalau tak silap di Batu Cave pun ada... seingat sayalah...

Copy and paste:6/1/2024 > 24 Jamadilakhir 1445H: 12.45 pm


No comments:

Post a Comment