ZULHEIMY MAAMOR

Saturday, 6 January 2024

JALAN RAJA LAUT, KUALA LUMPUR

Posted by Hj Zulheimy Maamor > 23 December 2023


Saya membesar di Kuala Lumpur dan Jalan Raja Laut ini memang amat saya ketahui dan kenali sejarahnya sejak dulu lagi.
Sekitar 70 an dan 80 an dahulu, Jalan Raja Laut ini adalah boleh dikatakan kawasan Hitam terutama diwaktu malam dimana banyaknya tempat hiburan, kelab malam dan bar-bar di kawasan ini ketika itu... boleh dikatakan sarang maksiat ketika itu... di Jalan Raja Laut ni juga terdapat sebuah lorong yang dikenali dengan nama Lorong Hj Taib.... bagi orang lama KL tahu sangat dengan Lorong ini sekitar 70 an dan 80 an dulu... kawasan pelacuran dan Pondan Pondan berkeliaran....
Sewaktu saya berkhidmat dengan Tentera Laut DiRaja Malaysia dan pernah bertugas sekejap di Kementerian pertahanan (Mindef) sekitar 1986 dulu... kawasan Jalan Raja Laut dan Lorong Hj Taib adalah merupakan 'OUT OF BOUND" bagi anggota tentera, maksudnya anggota tentera dilarang berada di kawasan ini sepanjang masa.... jika ada anggota Polis Tentera (MP) buat rondaan dan terdapat anggota tentera di kawasan ini ...mereka boleh ditangkap dan didakwa di Mahkamah Tentera...
Namun saya bukan nak menceritakan keburukan Jalan Raja Laut ini... Syukur Alhamdulillah kini Jalan Rajat Laut sudah dibersihkan dan dimajukan dan tidak lagi menjadi kawasan hitam dan kawasan maksiat......cuma saya nak ceritakan siapa disebalik nama Raja Laut ini....
SIAPA RAJA LAUT?
Kalau kita kaji sejarah, Raja Laut ini adalah gelaran bagi beberapa individu iaitu :
Pertama, beliau adalah seorang pembesar di Negeri Selangor dan merupakan putera kedua Sultan Selangor ke 3.


Raja Laut mendapat nama gelaran ‘Laut’ kerana dikatakan dilahirkan ketika bondanya berada di perairan sekitar Lukut.
Raja Laut adalah pengasas kepada Kuala Lumpur Sanitary Board pada tahun 1890 dan juga bertanggung jawab menubuhkan sekolah Melayu pertama di Kuala Lumpur.
Almarhum mangkat pada 9 Jun 1913 dan dimakamkan di Tanah Perkuburan Kg. Gonggang (Sekarang Tanah Perkuburan Ampang).
Sebagai tanda penghargaan dan mengingati jasa dan bakti Almarhum, nama Raja Laut diabadikan sebagai nama sebatang jalan di Kuala Lumpur yang bersambung dengan Jalan Tuanku Abdul Rahman. Jadi Jalan Raja Laut di KL itu adalah sempena nama Almarhum Baginda.
Kedua: Nama Raja Laut juga adalah gelaran kepada seorang penjenayah iaitu Tan Ah Meng, 49 yang cedera ditembak oleh Polis pada 3 Mei 1978 di Kuala Sepetang, Perak.
Di Sabah juga terdapat penjenayah juga digelar Raja Laut yang merupakan seorang lanun paling ganas di Sabah.. nama sebenarnya ialah Moloi Wuah @ Moloi Hijang. Beliau akhirnya ditembak mati oleh Pasukan Polis Marin Sabah pada 8 Oktober 1996.
Malah terdapat juga sebuah filem berjudul "Raja Laut" dikeluarkan pada tahun 1982 arahan Z. Lokman melibatkan sebuah kapal Ronda Tentera Laut DiRaja Malaysia yang berpengkalan di Woodlands, Singapura ketika itu.

Saya yang ketika itu berkhidmat di Kapal KD Raja Jarom di Woodlands, Singapura sempat juga tengok mereka buat pengambaran di atas Kapal Ronda KD Sundang di Malaysian Base Jetty, di Woodlands, Singapura.


Namun yang pasti Jalan Raja Laut adalah sempena nama pembesar negeri Selangor bukan sempena nama penjenayah itu.

Copy and paste:
6 Januari 2024 > 24 Jamadilakhir 1445H: 12.54 pm


No comments:

Post a Comment