ZULHEIMY MAAMOR

Saturday, 13 January 2024

Bukit Melaka: Kemenangan Ke Atas Saka Penjajah

OLEH : SRIKANDI

Perjuangan pribumi melawan penjajah belum berakhir. Masih ada lagi saki-baki 'sihir' penjajah yang ditinggalkan. Dalam konteks ini, perjuangan orang Melayu melawan penjajah malah sejauh zaman Portugis di Kota Melaka masih berlangsung kini.

Dengan tertegaknya papan tanda yang menyatakan "Bukit Melaka" ini maka berjayalah kita 'membatalkan' sihir 'Bukit St. Paul' yang selama ini menghantui bumi Melaka. Srikandi teringat para pemimpin D4P & MC4 begitu marah dengan cadangan menukarkan nama bukit ini ke nama asalnya. Srikandi ucapkan syabas kepada pihak-pihak yang berhati kental untuk tetap berdegil menamakan bukit ini sebagai Bukit Melaka.
Menurut Perzim, Kerajaan Negeri Melaka telah bersetuju untuk menamakan kembali Bukit St. Paul kepada Bukit Melaka yang merupakan nama asal bukit ini. Ini adalah kerana terdapat bukti-bukti jelas bahawa nama 'Bukit Melaka' sememangnya adalah nama asal bukit ini sebelum kedatangan Portugis. Antara bukti tersebut:
1) Di dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) versi A. Samad Ahmad telah mencatatkan nama Bukit Melaka pada kisah Sultan Alau'd-Din Riayat Syah bersama Hang Isap pergi mengejar pencuri.
2) Sebutan the Hill of Malacca dicatat oleh Alfonso de Albuquerque dan Tome Pires.
3) Godinho de Eredia, seorang ahli kartografi telah melakarkan peta menunjukkan Buquet Malaca iaitu kawasan pentadbiran Melaka sejak zaman Parameswara
Bagaimana nama 'St. Paul' muncul berkait dengan bukit ini?
Menurut Perzim, terdapat catatan Belanda menyatakan bahawa gereja di atas bukit ini adalah gereja St. Paul sedangkan sebenarnya nama St. Paul hanyalah sebuah kediaman bagi Persatuan Jesus (College of the Jesuits). Kesilapan menamakan gereja di atas bukit ini sebagai gereja St. Paul dikesan semasa Belanda mula menguasai Melaka walaupun terdapat perbezaan dalam mazhab antara Katolik dan Protestan. Namun begitu pihak Belanda tetap menamakan gereja tersebut sebagai Gereja St. Paul meskipun hanya digunakan pada hari-hari perayaan sahaja.
Sekitar tahun 1753, aktiviti keagamaan tidak lagi dijalankan di gereja St. Paul dan ianya telah digunakan sebagai kawasan perkuburan dan kekal sehingga kini. Justeru, nama Bukit St. Paul berkemungkinan bermula pada era penjajahan Belanda di Melaka bersempena nama gereja ini.
Begitulah ceritanya. Maka dengan ini musnahlah salah satu dari 'sihir-sihir penjajah' itu.
Apakah sihir penjajah? Ada orang kata sihir penjajah ni macam mantera bagai. Ada yang pergi ke tepi pantai cucuk keris, katanya ini akan kebahkan sihir penjajah.
Bukan...bukan macam tu. Sihir penjajah ni salah satunya...
Tugu. Dia pacak tugu, dan bila penjajah berambus, kita pulak kena jaga tugu dia. Tugu dia yang melambangkan dia pernah jadi 'master' di sini menjajah pribumi. Umpama budak-budak sekolah melakarkan kat dinding, kat lantai, kat meja kelas, "____ was here!"
Tugu dia ada, kesan dia ada tapi kesan nenek moyang kita, kesan sultan-sultan kita takde pulak. 100 tahun akan datang, anak cucu kita sangka kita ni orang utan yang ditamadunkan orang lain. Sebab bukti arkeologi, tugu, batu bersurat bagai yillek.
Juga ini, nama-nama tempat yang diberi penjajah. Kalau kita tak lekas tukar nama, kelak akan ada makhluk aneh klaim sejarah kita hanya bersenjatakan nama-nama penjajah ini. Alasan dia, mana sejarah kamu? Nama-nama tempat ini pun adalah dari ____ . Kamu hanya pendatang! Gitu pulak.
Tanahair kita satu saja. Kita pun dah bebas merdeka. Sepatutnya kita bebas menentukan cara mana kita mengurus negara kita, bukannya takut dengan orang lain.
Nenek moyang kita telah berjuang dan bertahan dengan para penjajah yang bersilihganti. Biarlah para pribumi yang tentukan nama-nama tempat tinggalnya. Dalam kes ini, biarlah orang Melayu yang tentukan nama bukit yang sejarahnya jauh lebih awal berbanding sebelum penjajah tiba.
*Foto kredit: PERZIM (Muzium & Galeri Melaka)
~Srikandi
For Justice in History
*Serlahkan alter terahsiamu: https://shope.ee/A9i0MoPMGo
Copy and paste:
13 Januari 2024 > 1 Rejab 1445H: 11.28 am

No comments:

Post a Comment