ZULHEIMY MAAMOR

Saturday, 13 January 2024

Stamina, Endurance, Survival

OLEH: SRIKANDI

Begitulah sekiranya Portugis berjaya meluaskan empayarnya selepas tahun 1511 yang silam:
"Boleh saing-saing dengan negara Filipina. Dua-dua bekas jajahan conquistador dari Iberia. Maka nama-nama tempat di tanahair kita ini cenderung dinamakan seperti Salagora, Peraca, Qalantano, Estado de Nove atau Queda.
Orang Melayu beragama Nasrani dengan gereja-gereja tercantik di seluruh Asia Tenggara. Takde Masjid Negara tapi Gereja Negara bersenibina ala-ala Santiago de Compostela. Kita pula berbudaya ala-ala Mexico atau Argentina. Perempuan pakai 'gaun' dan lelaki pakai pakaian serupa macam kat telenovela. Kuih-kuih tradisional lebih berasaskan kek seperti bahulu dan tart macam Pastel de nata."
Tapi kenapa orang Melayu tak jadi macam itu hari ini? Kenapa Melayu tetap berdegil pertahankan identiti dan jatidirinya? Mengapa Portugis, Belanda dan Inggeris gagal mengubah budaya dan agama orang Melayu selepas ratusan tahun?
Sedangkan Aztek yang hebat membina bangunan dari batu agam pun tewas, mengapa Melayu yang dikatakan kurang upaya begitu begini terus berjaya mempertahankan kelangsungannya malah kedaulatan tanahairnya?
Islamnya Melayu sebelum Portugis datang, Islam juga Melayu selepas Inggeris berambus. Apakah kelebihan-kelebihan yang ada pada diri seorang Melayu sehingga menangkis semua penjajahan dan kekejaman dari meragut pegangan agama dan jatidirinya?
Katakuncinya: STAMINA, ENDURANCE & SURVIVAL
Daya tahan, upaya bertahan dan kelangsungan adalah ciri-cirinya yang mesti diterapkan dan diwarisi sehingga ke anak cucu sebagai identiti dan jatidiri anak-anak Melayu. Bak kata pepatah, "patah sayap bertongkat paruh"
Genetik Malayo-Polinesia sangat pekat dalam diri Melayu ketika itu untuk bertahan. Ada pepatah yang mengatakan:
"Benih yang baik kalau di campak ke darat menjadi gunung dan jika dicampak ke laut menjadi pulau".
Itulah falsafah survival Melayu.
~Srikandi
blessed in eternal history
------------------------
Siapa yang belum dapatkan ATBMIV boleh dapatkan di sini: https://shope.ee/A9i0MoPMGo
Harga rata seluruh Malaysia dari Perlis sampai ke Sabah.
Insya Allah sambungan keluar tahun ini sekitar PBAKL2024 ini. Terima kasih kepada yang telah mendapatkan ATBMIV
🌹🌹

Copy and paste: 13 Januari 2024 > 1 Rejab 1445H: 11.24 am


No comments:

Post a Comment