ZULHEIMY MAAMOR

Saturday, 6 January 2024

4 OGOS 1975 - BANGUNAN AIA DITAWAN TENTERA MERAH JEPUN...

POSTED BY HJ ZULHEIMY MAAMOR
12 AUGUST 2019





Bila kita melalui Jalan Ampang, pasti kita akan terlihat Bangunan AIA yang tersergam indah di pusat bandar itu...
Namun mungkin ada generasi kini tidak mengetahui bahawa bangunan ini pernah suatu ketika dahulu di tawan oleh Pengganas Tentera Merah Jepun (JRA) ... peristiwa yang berlaku pada 4 Ogos 1975.
Tentera Merah Jepun atau Japanese Red Army (JRA) adalah sebahagian dari Liga Tentera Merah Komunis Jepun.
JRA telah merempuh masuk dan menawan 54 orang didalam bangunan ini di Tingkat 9. Kenapa mereka menawan bangunan AIA… kerana Bangunan AIA merupakan antara bangunan tertinggi di Kuala Lumpur ketika itu….
Malah didalam bangunan ini juga terdapat Kedutaan Jepun, Amerika, Kanada, Sweden dan Perancis.
Tujuan mereka menawan bangunan AIA itu ialah untuk menuntut pembebasan anggota JRA yang ditahan di Jepun dan juga di Sweden….
Perdana Menteri ketika itu ialah Tun Abdul Razak dan Ketua Polis Negara ialah Tan Sri Mohammed Hanif Omar. Menteri Dalam Negeri ialah Tun Ghazali Shafie. Ketika itu, Tun Ghazali berada di Indonesia tetapi berjaya berunding dengan tawanan. Beliau telah berkomunikasi dengan JRA. Beliau berada di dalam bangunan selama 3 hari. Hasilnya pegawai kedutaan Amerika berjaya dibebaskan.
Tokoh yang ditukar ganti dalam tebusan itu ialah Timbalan Menteri Pengangkutan Dato’ Ramli Omar dan KSU kementerian Tan Sri Osman Samsuddin Cassim. Dua orang ini menjadi pengiring JRA ke Lapangan Terbang Subang. Kapal terbang DC8 sudah sedia menunggu , yang mereka rampas dari Korea Selatan.
Kapal terbang singgah di Lapangan Terbang Colombo, Sri Lanka. kemudian singgah di Lapangan Tripoli, Libya. Mereka sampai di Tripoli pada petang 8 Ogos 1975. Osman Samsuddin Cassim dan Ramli Omar kembali ke Malaysia pada 10 Ogos 1975.
Dari awal hingga akhir, tidak ada pertumpahan darah berlaku… Alhamdulillah… Begitulah hebatnya Kerajaan Malaysia menangani isu Pengganas ketika itu….
Tan Sri Osman Samsuddin Cassim hanya diberi penghargaan atas jasanya menjadi galang ganti tebusan pada 16 September 2009 apabila Raja Sweden Carl XVI menganugerahkan Royal Order of the Polar Star kepada beliau….
Saya masih ingat peristiwa itu kerana saya berada di luar bangunan itu apabila melihat ramai orang berkumpul di situ...saya pun ikut sertai kumpulan orang ramai itu tanpa mengetahui asalnya apa yang berlaku... ketika itu saya di Tingkatan 2...keluar bersama kawan-kawan bersiar siar ke bandar....

Copy and paste
6/1/2024 > 24 Jamadilakhir 1445H: 10.27 am


No comments:

Post a Comment