ZULHEIMY MAAMOR

Monday, 27 November 2023

NOTA ALAM MELAYU : MELAYU BUKAN PENDATANG

Nota di susun oleh : Hj Zulheimy Maamor

  • Abdullah Hassan: dalam buku "Penghijrahan Melayu di Dunia" (2005) terbitan PTS Publication menyatakan penghijrahan orang Melayu dari Yunan ke Nusantara sejak 2,500 S.M. telah melahirkan bangsa Melayu Proto yang merupakan kelompok pertama nenek moyang orang Melayu. 
  • Anthony Dosset (Dr.)  : dari University Wollongong > dalam kajian terbaru beliau pada 2013 di Gua Moros, Sulawesi mendapati bahawa sekitar 39,000 tahun lalu sudah ada manusia di wilayah ini dan mereka sudah hebat membuat stensil tangan dan lukisan rusababi di dinding gua. 
  • G.K. Nieman & R.M. Clark: Daratan Asia merupakan tanah asal nenek moyang bangsa Melayu. 
  • Kajian Arkeology UKM selama 38 tahun (1972-2000) membuktikan bahawa rumpun Melayu adalah penduduk asal Tanah Melayu sejak 40,000 tahun (Prof. Datuk Dr. Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman). 
    Bangsa Melayu sudah berada di Nusantara sejak 75,000 S.M (Datuk Dr. Wan Hashim Wan Teh). 
  • M.W. Tweedie: dalam bukunya "Pre-History" menyatakan mereka yang tinggal di Semenanjung Tanah Melayu dikenali sebagai Negrito dan telah ada sejak tahun 8000 S.M. 
  • Masyarakat Orang Asli Semang dan Senoi yang mendiami Benua Sunda (Asia Tenggara) merupakan nenek moyang kepada populasi Melayu Proto dan kaum Melayu pada hari ini. (Puan Zaharah Sulaiman).
  • Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman (Prof. Datuk Dr. ) : dalam Kajian Arkeologi UKM dari 1972 - 2010 > Membuktikan bahawa rumpun Melayu adalah penduduk asal Tanah Melayu sejak 40,000 tahun
  • Penemuan Kapak di Lenggong, Perak yang berusia 1.8 juta tahun 
  • Penemuan Rangka 'Perak man' dianggar berusia 11,000 tahun
  • Prof. Dato' Seri Dr. Md. Salleh Yaapar, Penyelaras Operasi, Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa (CENPRIS),USM menyatakan bahawa orang Melayu berasal dari Kepulauan Melayu dan bukanlah pendatang.
  • Prof. Dr. De Silva Penyelidik Arkeologi dan Ahli Sejarah Sri Lanka telah menganalisis bahan arkeologi dan mendapati sudah wujud tamadun di alam Melayu sejak 15,000 S.M
  • Tom Harrison Kurator Muzium Sarawak, beliau dan isterinya menemui tengkorak manusia di Gua Niah, Sarawak pada tahun 1959 menunjukkan rumpun Melayu sudah wujud di Malaysia seawal 40,000 tahun yang lalu.     
  • Wan Hashim Wan Teh (Datuk Dr.) : Bangsa Melayu sudah berada di Nusantara sejak 75,000 tahun S.M.
KAJIAN DNA
  • Kajian DNA di UKM terhadap 86 lelaki Melayu terdapat 27% variant Mediterranean dalam darah DNA Melayu. Dalam kamus Sains DNA Mediterranean adalah dari bangsa Euro-Semitik termasuk dari Bani Israel. Kajian DNA Mitokondria (2015) > DNA Melayu di Kepulauan Melayu berusia antara 50,000 hingga 60,000 tahun 15,000 tahun lebih tua dari orang China.  (Prof. Madya Dr. Zafarina Zainuddin)
  • Zafarina Zainuddin (Prof.Dr.) : Kajian DNA Mitokondria (2015) > DNA Melayu di Kepulauan Melayu berusia antara 50,000 hingga 60,000 tahun 15,000 tahun lebih tua dari orang China. 
  • Melayu adalah bangsa yang tergolong dalam kelompok manusia moden iaitu "Homo Sapiens Sapiens". 
  • Kajian DNA juga menunjukkan sejumlah orang Melayu juga mempunyai DNA Mitokondria yang berusia hampir 60,000 tahun (Nur Haslindawaty Abd Rashid     - Tesis PhD 2013).
  • Melalui penemuan DNA mendapati masyarakat di alam Melayu adalah tamadun kedua tertua di dunia mencecah 70,000 tahun selepas Afrika (Dr. Stephen Oppenheimer)
  • Bukti DNA Mitokondria > bangsa manusia moden hari ini (Homo Sapiens Sapiens) bermula di Afrika Timur seawal 200,000 tahun dahulu. Genetik Melayu juga dari juraian yang sama. Setelah bangsa Melayu keluar dari Afrika mereka tiba di Tanah Melayu seawal 74,000 tahun dahulu, sebelum berlaku letupan Gunung Berapi Toba mengorbankan 70% penghuni bumi. 
  • Nur Haslindawaty Abd Rashid: Teisi PhD (2013) > Kajian DNA Mitokondria menunjukkan sejumlah orang Melayu juga mempunyai DNA Mitokondria yang berusia hampir 60,000 tahun
  • Tatiana M. Kafaret (2015) mendapati bahawa haplogroup K-M526 sangat spesifik kepada orang yang berada di Austronesia dan ia bermula di Kepulauan Melayu, sebelum tersebar ke seluruh arah. 
  • Rabbai Jacobovici dalam Kajian Genome Project telah mengesahkan hipotesis Dr.Ralph Olssen berkenaan DNA Israel dalam bangsa Mala (Melayu). 
  • Kaum Semang adalah nenek moyang orang Melayu melalui kajian Mt DNA oleh USM Kubang Kerian, usia Semang dalam lingkungan 59,000 tahun. 
  • Ibu orang Melayu telah berada di kepulauan Melayu sekurang-kurangnya 50,000 tahun dahulu dan Bapa orang Melayu pula 40,000 tahun dahulu (Melalui Haplogroup K).
Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
27/11/2023 > 13 Jamadilawal 1445H: 10.36 am

No comments:

Post a Comment