ZULHEIMY MAAMOR

Sunday, 26 November 2023

Tragedi Helikopter Nuri Yang Terhempas Akibat Ditembak Pengganas Komunis !!

Posted by :     Habidah Hj Nordin >     FB PEMINAT SEJARAH LAMA

Tahukah kalian ..
Pengganas komunis telah melakukan serangan di Kem Gubir, dan diberi nama Ops Gubir kerana terdapat markas pengganas komunis di Gubir, Kedah semasa berlakunya darurat.Tempat ini menjadi saksi berlakunya peristiwa tragis dan sejarah hitam buat negara kita, lebih-lebih lagi bagi anggota Tentera Udara Diraja Malaysia ( TUDM ).
Ini kerana, susulan daripada pertempuran dan serang hendap yang dilancarkan oleh pengganas komunis.Peristiwa Gubir yang berlaku pada 26 April 1976 ini telah dilaksanakan oleh sepasukan anggota keselamatan yang dinamakan sebagai ' Operasi Kota.'
Angkatan Tentera Malaysia ( ATM ) mengambil keputusan untuk melancarkan serangan balas terhadap pengganas komunis di sebuah kawasan yang disyaki tempat kubu mereka.Pengganas komunis yang dianggarkan seramai 400 anggota itu, juga disyaki telah memasang hampir 3, 600 jerangkap samar di kawasan sekitarnya.
Taktik yang digunakan untuk menyerang kemaraan pengganas komunis adalah dengan menggunakan helikopter pada waktu malam.Ini disebabkan perkampungan tersebut dipercayai dikawal ketat oleh pengganas komunis, selain dengan ribuan jerangkap samar.
Bagaimanapun, sebuah Helikopter Nuri ( Helikopter Sikorsky S - 61A - 4 Nuri ), yang membawa bekalan peluru, bahan letupan dan 11 orang anggota tentera untuk membantu misi, telah terhempas !!, akibat ditembak oleh pengganas komunis pada pukul 10.00 hingga 10.00 pagi di Hutan Simpan Ulu Muda, Gubir.Mereka dikatakan dalam perjalanan ke pos-pos tentera di perbatasan Malaysia - Thailand.Namun, bekalan peluru dan bahan lain dapat dihantar kemudiannya, walaupun dengan jumlah yang tidak sama.
Antara 11 anggota tentera yang terlibat dalam tragedi Helikopter Nuri terhempas itu, ialah ;
1.Allahyarham Major Haris Rejab.
2.Allahyarham Kapten ( U ) Mustapha Kamal Bin Mohamad Shafie.
3.Mendiang Kapten ( U ) Choo Yeok Boo.
4.Allahyarham Kapten Sulaiman Bin Abdullah.
5.Allahyarham Leftenan Ibrahim Bin Zakaria.
6.Allahyarham Leftenan ( Udara ) Wan Munsiff Wan Salim.
7.Mendiang Leftenan ( Udara ) Chung Ming Teck.
8.Mendiang Sarjan ( Udara ) Leong Yee Heong.
9.Allahyarham Sarjan Khamis Bin Dolmat.
10.Allahyarham Koperal Kamarulzaman Zakaria.
11.Allahyarham Lans Koperal Suandi Bin Saim.

Berdasarkan pengalaman TI4040 Ssjn.( B ) Yusof Bin Abu, X Skuadron Rejimen Gerak Khas ( RGK ), selepas mendapat maklumat daripada anggota tentera di kem musuh yang telah ditinggalkan.Mereka mendapat tahu sebuah helikopter yang membawa bekalan perang dan penumpang telah ditembak oleh pengganas komunis.Beliau kemudiannya terpaksa berpatah-balik ke Kem Gubir.
Setelah lebih setengah jam berlalu dan helikopter tersebut masih lagi tidak sampai ke Kem Gubir dan terputus hubungan.Satu pasukan terdiri daripada 4 anggota tentera dan Yusof sendiri telah diarahkan untuk membuat tinjauan, dan melakukan operasi menyelamat.
Mereka telah diterbangkan menaiki sebuah helikopter Nuri lain untuk tugasan itu dan tidak berapa lama kemudian, kelihatan kepulan asap hitam di udara semasa menghampiri kawasan tersebut.Dan jelas kelihatan sebuah helikopter Nuri sedang terbakar, lalu mereka menghantar maklumat ke Kem Gubir mengenai situasi yang berlaku.
Kami telah menemui satu mayat mangsa yang masih sempurna tersandar dibanir pokok dan satu mayat mangsa lagi di tempat duduk pilot sebelah kanan separuh terbakar.Sementara mangsa-mangsa yang lain berada di dalam pesawat yang sedang terbakar dengan maraknya api.' Ssjin.( B ) Yusof Bin Abu, petikan dari Malaysia Military Power.
Yusof selepas itu didatangi dengan 5 anggota tentera lain yang diketuai oleh Sarjan Hussin dan mereka bermalam di tempat kejadian, serta membuat siasatan pada hari esoknya.Alangkah terkejutnya mereka apabila melihat keadaan mayat yang sungguh ngeri dan menyayat hati, ada antara mayat mangsa yang telah terputus tangan juga kaki.Malah, ada juga yang telah terpisah kepala dari tubuh.
Mana-mana anggota yang terpisah dan terputus itu kami masukkan ke dalam satu beg dan mana yang masih sempurna keadaannya, kami asingkan satu-persatu.Lebih kurang pukul 11.30 pagi semuanya telah selesai dan kami semua telah dinaikkan dengan winching ke helikopter yang datang mengambil kami.
Saya dan Sarjan Hussin adalah yang terakhir naik dan tiada sesiapa lagi yang tinggal.' Ssjn.( B ) Yusof Bin Abu, petikan dari Malaysia Military Power.
Manakala, bagi Sarjan ( B ) Haris Dan pengalamannya bertempur dengan pengganas komunis dan tragedi helikopter Nuri itu, memberikan kesan yang mendalam buat bekas prajurit negara itu.Ini kerana, beliau juga terlibat dalam serangan hendap itu, tetapi menaiki helikopter yang lain.Pada waktu itu, beliau berumur 27 tahun dan tidak pernah sesekalipun melupakan peristiwa ketika helikopter yang membawanya bersama anggota X Skuadron Rejimen Gerak Khas ( RGK ) dihujani peluru di kawasan sempadan Malaysia - Thailand.
Kami berada di Gubir sudah lama, seingat saya sudah dua hingga ketiga minggu ditugaskan membersihkan kawasan berkenaan daripada ancaman pengganas komunis.'
Hari berkenaan, sewaktu diserang komunis adalah hari terakhir kami disana sebelum pulang ke Kem Sungai Udang, Melaka.Segalanya berjalan lancar ketika helikopter mendarat untuk mengambil kami sebelum tiba-tiba ditembak.' Sarjan ( B ) Haris Dan, petikan dari Harian Metro.
Haris Dan, yang berkhidmat selama 18 tahun bersama ATM, mengakui peristiwa itu masih segar dalam ingatannya dalam mengenangkan kekejaman komunis, walaupun sudah 42 tahun berlalu.
Alhamdulillah, kami semua selamat, nyawa kami bagaikan dihujung tanduk .. tembakan bertalu-talu itu boleh menyebabkan helikopter terhempas, sekiranya tembakan mengenai juruterbang.
Walaupun kami terselamat, ada anggota keselamatan lain maut pada hari yang sama apabila helikopter dinaiki mereka terhempas akibat ditembak pengganas komunis.' Sarjan ( B ) Haris Dan, petikan dari Harian Metro.
Bissirril al-fatihah buat ruh para prajurit negara dan salam takziah buat keluarga mereka, yang mempertaruhkan nyawa, keringat dan darah demi memelihara keamanan dan kedaulatan pertiwi.
Sumber : Harian Metro 12 November 2020.
Copy and paste:
26/11/2023 > 13 Jamadilawal 1445H: 9.24 pm

No comments:

Post a Comment