ZULHEIMY MAAMOR

Monday, 27 November 2023

NOTA ALAM MELAYU : KEDAH TUA

NOTA DISUSUN OLEH : HJ ZULHEIMY MAAMOR

  • Abu Dulaf al-Muhalhil telah singgah di Kedah dan mencatatkan mengenai kehebatan Negeri Kedah (Paul Wheatley).Dalam Majmu'Fil Jughrafiyya salah satu daripada 8 koleksi Pedang Rasulullah s.a.w. berasal dari Kedah Tua iaitu Pedang Qala'i.
  • Abu Zayd : dalam Kitab Al-Sirafi (915-916 CE) dikatakan Kalaha (Kedah) terletak di Laut Kalaha diantara Laut Anwaq yang terletaknya di negeri Ajaib (Maldive) dan Laut Kemboja. 
  • Al-Mas'udi : menulis dalam "Muruj az-Zahab" bahawa di negeri Kedah terdapat gunung-gunung  dan lombong-lombong bijih timah dan perak,  juga lombong emas. 
  • Buzurg al-Ramhurmuzi dalam 'Aja'ibul Hind' mencatatkan bahawa seorang Nakhoda bernama Ismailuyah telah belayar dari Kalah (Kedah Tua) menuju ke Oman pada 929M. 
  • Catatan Ma Tuan Lin dinyatakan bahawa Chia Cha (Kedah) menghantar utusannya ke Istana China pada 638M. Beliau juga menyatakan seorang pencatat Yunani bernama Martianus Haraclea mencatatkan didalam 'Periplus of the Outer Sea' tentang kedudukan Semenanjung Emas (Tanah Melayu) yang terletak antara Benua China dan India. 
  • Ferano Mendez Pinto : mencatatkan pada 1539, beliau telah singgah ke Perlis. Pembantunya Maurice Collis telah menulis, " We sailed two day and half with favorable wind by means we got to the river of Parles in the Kingdom of Queda… being departed from the river of Parles on a Saturday about sunset….” “anchored at the mouth of the Perleys River near Alor Setar to trade 1539”
  • GARC:  the recent finding by  the Universiti Sains Malaysia's Global Archaelogical Research Centre (GARC) that the Malay Maritime trade with India should have started at least approximately 1,900 years ago., especially involving the Kingdom of Kedah Tua. The Kingdom was known as Kadaram to ancient Indians, Kalaha to ancient Arabs and Cheh-Cha to ancient Chinese. Its name was mentioned early in Sanskrit literally works, such as the famous Kathasaritsagara(Ocean of Stories), later in the 12th century as recorded by Al-Idrisi, an Arab traveller and Geographer in his book Ar-Rujjar (1154). 
  • H.G. Ouaritch-Wales telah memulakan kajian terhadap Lembah Bujang di Kedah sejak 1840-an lagi. 29 Tapak candi yang ditemui ketika itu membuktikan bahawa wujud sebuah Kerajaan yang masyhur yang menerima pedagang dari seluruh Asia. 
  • I-Tsing Sami Buddha dizaman Dinasti Tang ketika dalam perjalanannya ke Nalanda di India bagi mendalami agama Buddha telah menyebut Kedah sebagai Chieh Cha
  • Kitab al Sirafi Abu Zayd, selitan kedua, dikarang pada 915-916 CE, dikatakan Kalaha (Kedah) terletak di Laut Kalaha diantara laut Anwaq yang terletaknya di negeri ajaib (Maldive) dan Laut Kemboja. Menurut Sulaiman al Tajiri (850-851 CE) Maharaja Kalaha menemui Maharaja Dinasti Tang, dan Maharaja Kalaha berasal dari jalur keturunan Umar Al Khattab r.a. 
  • Ma Tuan Lin  : Dalam catatan Ma Tuan Lin dinyatakan bahawa Chia Cha (Kedah) menghantar utusannya ke negara China pada tahun 638M. 
  • Muhammad al-Idrisi menulis dalam "Nuzhat al-Musytaq" bahawa di Kedah Tua terdapat lombong bijih timah dan juga terdapat banyak permata yang asli. 
  • Orang Arab merujuk Kedah Tua sebagai 'Qala'i' atau 'Kalah', Orang China pula merujuk Kedah Tua sebagai 'Chia Cha' atau 'Chieh Cha', manakala orang India memanggil Kedah Tua sebagai 'Kadaram."
  • Parunkathai > Sebuah syair yang menyatakan bahawa Kataraththu Irumpu yang bermakna "Besi dari Kataram" merupakan salah satu bahan yang digunakan untuk membuat kereta kuda Puteri Vacavathaththai. Kataram adalah merujuk kepada Kedah Tua. 
  • 'Pattinappalai' > Puisi Tamil yang ditulis oleh Katiyalur Urutti pada abad 1-2 Masihi yang menyatakan bahawa pedagang India telah mengeskpot besi dari 'Kataram' untuk membuat pedang. Kataram adalah Kedah Tua (Note: The only text that mentioned iron of Kedah Tua was Indian Source of Sangam period). 
  • Paul Wheatley menyatakan dalam bukunya 'The Golden Khersonese' bahawa Kerajaan Kedah Tua telah didapati didalam catatan China pada awal 638M. 
  • Penulisan Prakrit (Kurun 7 M) Kedah Tua disebut sebagai Kadahadipa iaitu sebuah pelabuhan yang terletak di seberang laut dan dihubungkan dengan Pelabuhan Tamralipti. 
  • Peradaban Zaman Besi terawal di Tanah Melayu dianggar pada 788 SM di Sungai Batu, Kedah. Kerajaan Kedah Tua dikenali sebagai pengeluar besi terulung di dunia selewat-lewatnya sejak kurun ke-3 Masehi. Kerajaan Kedah Tua telah wujud sekurang-kurangnya sejak 500 tahun Sebelum Masehi. 
  • Prasasti-prasasti dari Raja Kulotungga I, Rajendra, Virarajendra dan Kulotungga II pada kurun ke 11 M menyebut tentang hubungan diplomatik antara Kedah Tua dan Chola. Konflik cuma berlaku pada zaman pemerintahan Rajendra I, tetapi pada 1068, di bawah pemerintahan Virarajendra, hubungan dipulihkan.
  • Sastera Kathasaritsagara dan Kaumudimahotsava (karya Sanskrit) pada kurun ke 7-8 Masehi menyebut Kedah Tua sebagai sebuah Pelabuhan yang besar. 
  • Sastera Sanggam kurun ke 2 Masihi menyebut Kedah Tua sebagai Kazhagam yang memiliki hubungan perdagangan dengan Mandurai. 
  • Sheikh Daud Al-Fatani: Menulis kitab Asal Melayu > Kedatangan Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi Yamani Bersama 11 Sahabatnya Yang Lain Di Puncak Gunung Jerai,Kedah Darul Aman.
  • Sherard Osborn  : Naval officer in one of the British warship blockading Kedah in 1883, dalam "Like spaniels, the native of the whole sea-board of the Indian Peninsula lick the hand that chnatises them: not the Orang Malayau (Melayu) , and we Englishmen should be the first to honour a race who will not basely submit to abuse or tyranny." - Quedah or Stray Leaves from a Journal in Malayan waters, Longman, London, 1857. 
  • Sillappadikaram (Syair Kurun ke 2 M) menyebut bahawa komuniti dari Kedah (Kazhagam) telah diperdagangkan di Kaveripattinam. 
  • Sumber Arab kurun ke-8 hingga 14 M menyebut Kedah Tua (Kalah Bar) sebagai pelabuhan yang besar.
  • Sumber China kurun ke-6 dan 7 M juga menyebut Kedah Tua (Cheh Cha) sebagai pusat perdagangan.
  • Sumber Jakata pada kurun ke 4 - 5 masehi menyatakan bahawa Kedah Tua dan Langkasuka merupakan 2 buah kerajaan besar di Semenanjung Tanah Melayu. 
  • Thomas Bowrey : Wakil Syarikat French East India Company yang menulis tentang Kuala Perlis pada tahun 1670 : Send 5 or 6 more (men) to goe to Pullo Lada or Purles,which are place are belonging to this King (Of Kedah) where Tin and pepper may be bough at cheaper rates then here.
  • Tong Dian iaitu Ensiklopedia Chia telah menyebut bahawa nama Kalah (Kedah) atau Kalah Besar sudah kedengaran sejak era Dinasti Han (206-220 SM). 

Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
27/11/2023 > 13 Jamadilawal 1445H: 10.43 am

No comments:

Post a Comment