ZULHEIMY MAAMOR

Friday, 13 October 2023

FOTO KENANGAN BERSAMA AEON

Semasa bekerja dengan Yayasan Jantung Malaysia, saya banyak terlibat dengan program Pemeriksaan Kesihatan Jantung di AEON Shopping Centre di seluruh Malaysia.
Antara Kompleks membelibelah AEON yang saya pernah buat event ialah seperti yang saya nyatakan dibawah. 

Sebelum AEON ianya dikenali dengan Pasaraya JUSCO (Japan United Stores Company), Sekarang dikenali dengan "AEON Shopping Complex".
Tahukah anda Pasaraya JUSCO yang pertama di Malaysia adalah di Plaza Dayabumi Kuala Lumpur pada tahun 1985.
Pada 2012, Pasaraya JUSCO diambilalih oleh AEON Co. Ltd dan dinamakan Pasaraya AEON...
Saya telah menjelajah dan pernah membuat pemeriksaan kesihatan hampir keseluruh Pasaraya AEON di Semenajung Malaysia cuma tak sempat di AEON Kota Bharu kerana semasa AEON Kota Bharu dibuka, saya telahpun berhenti kerja dan bersara.....
Banyak kenangan saya dengan Pasaraya AEON...






Program Pemeriksaan Kesihatan YJM diadakan di AEON Bukit Indah,Johor Bahru dari 7 - 9 Jun 2013. Dibuka pada Disember 2008 terletak di Bukit Indah, Johor Bahru. 

Alamat : 
AEON Bukit Indah Store
Grand Mezzanine
No.8, Jalan Indah 15/2
Bukit Indah
81200 Johor Bahru, Johor

Program Pemeriksaan Kesihatan di AEON Mall Kulaijaya berlansung dari 28 Mei sehingga 1 Jun 2014. 
Rujuk : 2014 AEON MALL KULAIJAYA

Alamat : 
AEON Kulaijaya Store
PTD 106273, Persiaran Indahpura Utama
Bandar Indahpura
81000 Kulaijaya, Johor


Program Pemeriksaan Kesihatan YJM kali pertama diadakan di AEON Mall Permas Jaya ialah dari 26 - 30 Mac 2015. 




Pemeriksaan Kesihatan kali kedua di AEON Permas Jaya ialah pada tahun 2016, Namun pada tahun itu saya tidak ikut serta.
Pemeriksaan Kesihatan kali ketiga di AEON Permas Jaya ialah dari 1 - 5 November 2017. 
Rujuk : 2017 - AEON MALL PERMAS JAYA


Pemeriksaan Kesihatan di AEON Mall Permas Jaya kali ke-4 dijalankan bermula dari 14 November sehingga 18 November 2018. Ini adalah program terakhir saya dengan AEON Mall Permas Jaya kerana 2019 saya sudah berhenti kerja dengan YJM.

Alamat :
AEON Permas Jaya Store
No. 1, Jalan Permas Jaya Utara
Bandar Baru Permas Jaya
81750 Johor Bahru, Johor

 


Program Pemeriksaan Kesihatan di AEON Tebrau City, Johor Bahru dari 21 - 26 Februari 2012 adalah merupakan program pertama saya bersama YJM. Hanya sekali sahaja saya pernah buat program Kesihatan di sini. Kali kedua saya datang ke AEON Mall Tebrau city ialah menghadiri mesyuarat pada tahun 2017. 

Alamat: 
AEON Tebrau City Store
No. 1, Jalan Desa Tebrau
Taman Desa Tebrau
81100 Johor Bahru, Johor


Program Pemeriksaan Kesihatan di AEON Bandaraya Melaka berlansung dari 23 - 28 Mac 2012. Hanya sekali sahaja saya pernah buat program di AEON Negeri Melaka.

Alamat:
AEON Bandaraya Melaka Store
No. 2, Jalan Legenda
Taman 1 - Legenda
75400 Melaka



Program Pemeriksaan Kesihatan di AEON Ipoh Klebang Store ialah dari 6 - 10 April 2016. Satu-satunya program Kesihatan di AEON yang kurang mendapat sambutan pengunjung, salah satu sebab ialah kerana tempat yang diperuntukan agak tersorok dan terpencil.

Alamat:
AEON Ipoh Klebang Store
Lot 12080, Klebang Perdana
31200 Chemor, Perak



Program Pemeriksaan Kesihatan di AEON Kinta City Store ialah dari 19 - 24 Jun 2012 dengan kerjasama dari Lions Club of Ipoh Evergreen, Lions Club of Ipoh City, Lions Club of Perak Silver State dan Lions Club of Ipoh Mandarin. 

Alamat:
AEON Ipoh Store & Kinta City Shopping Centre
No. 2, Jalan Teh Lean Swee
Off Jalan Sultan Azlan Shah Utara
31400 Ipoh, Perak




Program Pemeriksaan Kesihatan di AEON Ipoh Falim Store diadakan dengan kerjasama Tokio Marine Life Insurance Malaysia Bhd yang berpejabat di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Program ini berlansung hanya 2 hari iaitu pada 20 - 21 Oktober 2018. 

Alamat: 
AEON Ipoh Falim Store
No.1, Hala Falim 1
Taman Mas Jaya, Falim
30200 Ipoh, Perak



Program Pemeriksaan Kesihatan di AEON Seri Manjung Store berlansung dari 22 - 24 November 2013.

Alamat:
AEON Seri Manjung Store
Pusat Perniagaan Manjung Point 3
32040 Seri Manjung,Perak

Saya tidak terlibat dalam Program Kesihatan di AEON Taiping Store pada 9 - 13 September 2015, tapi saya ada hadir mesyuarat Penyelarasan Program di sana pada 30 Julai 2015

Alamat: 
AEON Taiping Store
Pusat Beli-Belah AEON
Lot 8576 & 8577
Jalan Kamunting
34000 Taiping, Perak


Program Pemeriksaan Kesihatan di AEON Bukit Mertajam Store, Pulau Pinang berlansung dari 21 - 24 Ogos 2014.

Alamat: 
AEON Bukit Mertajam Store
Management Office
Lot. No. 30908, Jalan Rozhan Alma
Seberang Perai Tengah
14000 Bukit Mertajam, P. Pinang


Program Kesihatan di AEON Seberang Perai City berlansung dari 23 - 28 November 2012. 

*** Maklumat terkini AEON Seberang City Shopping Complex telah ditutup pada tahun 2014 dan berpindah ke AEON Mall Bukit Mertajam. Komplek ini telah diambilalih oleh Perda City Mall. 

Rujuk :
1.  https://www.edgeprop.my/content/aeon-seberang-prai-city-get-makeover-and-new-name

Banyak kenangan saya bersama AEON Shopping Center. Buat Program dengan AEON paling senang dan mudah, cuma AEON agak tegas dalam beberapa hal. Bila Pintu masuk AEON mula dibuka pada orang ramai jam 10.00 pagi, semua kedai dan outlet dah bersiap sedia, tidak ada lagi nak kemas-kemas barang, nak sapu lantai, dan tidak dibenarkan makan semasa ketika dalam premis dan kedai masing-masing. Begitu juga pada jam 10.00 malam.... selagi belum pukul 10.00 malam tidak dibenarkan mengemas dan menyimpan barang-barang, semuanya hanya boleh dibuat selepas jam 10.00 malam bila pintu utama sudah ditutup kepada pelanggan. Yang saya suka buat event di AEON ni... tandasnya cukup bersih, sentiasa dibersihkan dan tidak berbau.

Coretan:
Hj Zulheimy bin Maamor
Lembah Keramat, KL
11 Disember 2021 > 7 Jamadilawal 1443H: 9.46 pm


No comments:

Post a Comment