ZULHEIMY MAAMOR

Thursday, 27 October 2022

ILMUAN ISLAM, & SUMBANGAN ILMUAN ISLAM KEPADA TAMADUN, ILMU DAN SAINS & TEKNOLOGI

Tamadun : perkataan 'Tamadun' pertama kali diperkenalkan oleh Jurji Zidan, seorang penulis Kristian yang banyak menulis tentang sejarah Islam dan Sastera Arab dalam bukunya "Tarikh al-Tamadun al-Islami". 

Manakala pendapat lain pula Ibnu Khaldun (1332-1406) adalah orang pertama yang menulis tentang tamadun dengan menggunakan istilah al-Umran

Dalam Bahasa Inggeris perkataan yang sama dengan tamadun ialah Civilization yang diambil daripada bahasa Latin iaitu Civitas yang bererti bandar. 

Mengikut Kamus Dewan, perkataan Tamadun bererti Kebudayaan, Kemajuan dan Peradaban. 

Penulis-penulis Arab moden menggunakan perkataan Hadarat yang sama ertinya dengan pengertian tamadun. 

KAMUS ISTILAH TAMADUN
ARAB: Tamadun, Umran, Hadharah & Madaniyah
INGGERIS: Renaissance, Culture & Civilization
MELAYU: Perabadan & kebudayaan

Tamadun dan kebudayaan Barat lebih berlandaskan kepada pemikiran dan akal, sementara tamadun dan kebudayaan Islam adalah berlandaskan wahyu dan sunah. Tamadun lahir bersama-sama penurunan wahyu ditengah masyarakat Arab Jahiliyah. 

Diantara sumbangan Islam terhadap Tamadun dan Sains Teknologi adalah:

  • Pendidikan Islam yang pertama lahir di rumah al-Arqam bin Abi Arqam di Assafa, Mekkah pada tahun 610M. 
  • Kitab al-Quran fi al-Tibb karya Ibnu Sina telah digunakan sebagai buku teks dalam bidang perubatan dibeberapa buah Universiti di Barat. 
  • Khalid bin Yazid bin Muawiyah adalah orang yang pertama sekali mempelopori kegiatan menterjemahkan buku Yunani. Pada zaman Abassiyah, kegiatan penterjemahan dipelopori oleh Abu Jaafar al-Mansur
  • Orang Islam adalah yang mula-mula mendirikan Universiti yang pertama di dunia di Salirno, Cordova, Sepanyol. 
  • Kilang kertas pertama telah didirikan pada tahun 178H / 974 M dengan inisiatif al-Fadil bin Yahya iaitu menteri kepada Khalifah Haun al-Rashid. 
  • Hospital yang pertama dalam negara Islam malah di dunia telah dibina oleh Khalifah al-Walid bin Abdul Malik di Damsyik kira-kira pada thaun 707M. 
TOKOH-TOKOH ILMUAN ISLAM
  1. Aban bin Uthman bin Affan : sejarawan Islam yang menulis sejarah hidup nabi dan al-Maghazi.
  2. Abd. Allah bin Abi Bakr bin Hazin : sejarawan Islam yang menulis sejarah hidup nabi dan al-Maghazi.
  3. Abd.Walid mohamad Ibn Mohamad Ruschd (1126-1198M) : dikenali di Eropah sebagai “Averros”. Dianggap sebagai “Prince of Philosophy”. Beliau telah memajukan sistem perubatan berkaitan dengan falsafah Aristotle.
  4. Abdul Al-Rahman Ibn al-Sufi: Ahli Kaji Bintang Muslim terkemuka zaman dahulu dan menulis  buku "Book of the Fixed Stars". 
  5. Abdul Latief Al-Baghdad : ahli astronomi Islam pertama memberi deskripsi lengkap dan tepat tentang tengkorak kepala manusia dan tulang muka. 
  6. Abdul Rahman al-Khazini : mengkaji mekanik dan hidrostatik serta menulis buku Kitab Mizan al-Hikmah”.
  7. Abu Abdullah Muhammad al-Banani : membuat penyiasatan ke atas gerhana Matahari dan bulan.
  8. Abu al-Abbas al-Zwawi : seorang pemikir Islam terkemuka. 
  9. Abu Al-Abbas Ibnu Muhammad ibnu Khatir : mengukur jarak bumi dan bulan sert jarak matahari dengan planet-planet lain.
  10. Abu al-Hassan Ali Ibn Ridwan : Ketua para Doktor pada zaman Khalifah Fatimi. 
  11. Abu Abdul Rabbih : Buku Muzik karya beliau diterjemahkan kedalam Bahasa Inggeris sebagai  Unique Necklace. 
  12. Abu Ali @ Yahya bin Abi Mansur : pakar astronomi Islam, ilmu kalam dan sastera pada zaman Khalifah al-Makmun.
  13. Abu Bakar ibn Umar al-Gutiyya : Ahli Sejarah Muslim yang terkemuka. 
  14. Abu Hassan Ali Bin Sahl Rabban Al-Tabari : menulis tentang tabii manusia, kosmologi, embriologi & psikoterapi - mengesyorkan terapeutik , setiap ubat digunakan mengikut kes-kes tertentu. 
  15. Abu Imran Musa ibn Maimon : 1135-1204M) : Tokoh Perubatan dan falsafah. Menulis buku “The Book of Council” tentang kesihatan am, racun penyakit, asma dan buasir yang digunakan dengan meluas di Eropah.
  16. Abu Ma’shar al-Baltaji : tokoh ilmu Falak yang termasyur.
  17. Abu Ma’syar : mengemukan teori berkaitan dengan pasang surut air laut.
  18. Abu Madhab Al-Fasi : a leading theorist of the Maliki School of Islamic Jurisprudence. 
  19. Abu Marwan Abdul Malik ibn Zuhr (1113-1162M) : pakar perubatan yang teragung di Khalifah Barat. 
  20. Abu Mikhlaf Lut bin Yahya al-Azdi : tokoh Sejarah Islam zaman Umaiyyah. Beliau mengumpulkan banyak peristiwa yang berlaku di Kufah.
  21. Abu Musa Jabir Ibn Hayyan : Bapa Ilmu Kimia Moden, pengasas kaedah penyulingan pertama di dunia.
  22. Abu Sa'd Ala Ibn Sahl : Ahli Matematik dan Juru Optik - orang pertama menemui Hukum Biasan.  
  23. Abu Ubayd al-Bakri : Ahli kajibumi, botani, ilmu linguistik, sejarah dan perbandingan. 
  24. Abu Wafa Muhammad Al-Buzjani : developed Trigonometry - the first to show the generality of Sine Theorem, developed the new method of construction on the tables and introduced the secant  & Cosecant for the first time. 
  25. Abu Zakaria Yahaya al-Farra' : Ahli Bahasa terkenal di zaman Khalifah Al-Ma'mun. 
  26. Abu Zayd Hunayn Bin Ishaq al-Ibadi : Pakar Bidang Oftolmologi
  27. Ad-Damiri @ Muhammad bin Musa bin Isa Kamalad-Din ad-Damiri: ahli Zoologi Islam yang terkenal yang menulis ensiklopedia mengenai haiwan yang terbaik.
  28. Ahmad bin Muhammad Al-Razi : he studied the geography of Andalus. 
  29. Ahmad Deedat : Muslim scholar - he has more knowledge of Christianity than Islam. Due to this, any Christian missionary thinks 100 times before debating with him. He wrote several books on Islam and Christianity. 
  30. Ahmed Zewali (Dr.) : Egyptian Scientist - 1999 Nobel Prize for Chemistry
  31. Al-Asmai : Ahli sains pertama yang memberikan sumbangan dalam bidang zoologi.
  32. Al-Bakri : mengkhususkan geografy negara dalam sebuah ensiklopedia.
  33. Al-Barakh al-Baghdadi (1077-1165M) : menulis buku fizik Kitab al-Mu’labar yang menjadi rujukan pakar fizik Eropah.
  34. Al-Battani @ Muhammad Ibn Jabir Ibn Sinan Abu Abdullah: Bapa Trigonometri, Ahli matematik dan astronomi Islam.  Orang yang pertama menghasilkan Jadual Contangents.
  35. Al-Baytar @ Ahmad ibn al-Baytar : Ahli Botani Islam yang diiktiraf oleh Barat. Buku karya beliau telah menjadi rujukan sejak 1759M oleh ahli-ahli farmakologi Eropah.
  36. Al-Biruni  @ Abu al-Raihan Muhammad ibnu Ahmad Biruni (973-1048M) : orang pertama meletakkan asas kepada trigonometri Moden, menggunakan kaedah matematik untuk menentukan arah kiblat. Beliau telah membincangkan tentang bumi yang berputar pada paksinya iaitu 600 tahun sebelum usaha Galileo dikenali. Beliau juga adalah pengkritik teori fizik Aristotle. 
  37. Al-Bitruji : mengasaskan teori baru mengenai pergerakan bintang dan menulis buku "The Book of Form" dengan terperinci.
  38. Al-Damiri (meninggal 1405M) : Pakar Biologi Islam yang termasyur.Pengarang Kitab Hayat al-Hayawan telah mendahului kajian Buffon, ahli zoology Perancis 700 tahun kemudian.
  39. Al-Dimasyqi : Ahli Biologi Islam – mengkaji tumbuh-tumbuhan diserata negeri di sekeliling Damsyik dan gunung-gunung di Lubnan.
  40. Al-Dinawari : Ahli Botani Islam yang telah menghasilkan Encyclopedia Botanica terdiri daripada 6 jilid.  
  41. Al-Farabi @ Abu Nasr Mohammad Ibn Farakh al Farabi (961M) : Saintis Islam yang pertama mengklasifikasikan Ilmu Sains.
  42. Al-Farghani @ Abdul Abbas al-Farghani : Ahli Astronomi Islam yang menentukan diameter bumi menjadi 6,500 batu dan juga mengawasi pembinaan Great Nilometer di Kaherah. 
  43. Al-Ghafaqi (meninggal 1165M) : kitab karya beliau Al-Adwuyah al-Mufradah mengenai tumbuh-tumbuhan telah dijadikan rujukan oleh pakar-pakar biologi di serata Negara.
  44. Al-Haitham @ Abu Ali Hassan Al-Haitham: Bapa Optik Moden dan Pakar Fizik yang membangunkan geometri analitikal. Buku beliau "Kitab Al-Manazir" (Book of Optic) menjadi asas kepada kelahiran ilmu sains optik moden. 
  45. Al-Hajja bin Matar : ketua Penterjemah di Baitul Hikmah zaman Khalifah al-Mansur.
  46. Al-Hamawi @ Syihabudin Abu Abdullah Yaqut bin Abdullah al-Hamawi :Ahli Sejarah Islam. Kitab beliau menjadi sumber rujukan Sejarah Islam pada masa itu.
  47. Al-Hasan Abu Kamal : ahli matematik yang memperkenal tanda-tanda perpecahan , bahagi dan tolak. 
  48. Al-Isfahan : karya muzik beliau telah diterjemahkan kedalam bahasa Inggeris sebagai The Great Book of Song.
  49. Ali Abbas al-Majusi : Bapa Farmakologi yang menemui analgesic yang sekarang dikenali sebagai bius.
  50. Ali bin Yunus : Pakar Astronomi Kerajaan Fatimiyyah. 
  51. Al-Idrisi @ Al-Shariff al-Idrisi : ahli Geografi dan Kartografi Islam yang terkemuka.
  52. Al-Jahiz @ Abu Uthman Amr Ibn Bakr al-Kinani al-Furqani al-Basri : Ahli zoologi Islam  yang pertama menulis buku "The Book of Animals".
  53. Al-Kasyi : dikenali sebagai “Bapa Perpuluhan”, yang pertama memperkenalkan  nombor perpuluhan pada tahun 1430M
  54. Al-Kazwini : Ahli geografi, astronomi, geologi, mineralogi & etnografi. Menulis 2 buah buku karya besar dalam bidang kosmografi dan geografi. 
  55. Al-Kharaki : Ahli astronomi, matematik dan geografi berbangsa Parsi. 
  56. Al-Kharkhi @ Abu Bakr Ibn Hussein: menyumbang matematik, Algebra dan Geometri. 
  57. Al-Khatib al-Baghdad : Pengarang Kitab Sejarah “Tarikh al-Baghdad”.
  58. Al-Khawarizmi @ Muhammad bin Musa Khawarizmi (780M - 850M) : Pengasas Ilmu Algebra. 
  59. Al-Khazin @ Abu Jafar Muhammad ibn al-Hasan Khazin: ahli astronomi dan matematik dimana hasil kerjanya telah dibuat salinan  di Jerman semasa Perang Dunia Kedua. 
  60. Al-Khindi @ Abu Yusuf Yaqub ibn Ishaq Al-Khindi: menulis 11 teks yang menerangkan mengenai nombor dan analisis nombor. Menghasilkan karya falsafah Islam yang pertama.
  61. Al-Kusyji : Ahli matematik dan astronomi yang mempunyai pengaruh besar terhadap perkembangan sains di Turki. 
  62. Al-Majriti @ Abu Qasim Maslamah @ Al-Majriti : the earliest Spanish Muslim Astronomer, he edited and corrected the Zij, the first tables composed by a Muslim. 
  63. Al-Masudi @ Abul-Hassan Ali ibn Al-Hussain Al-Masudi : Muslim historian and geographer.
  64. Al-Muqaddasi (947M) : menulis buku mengenai geografi, beliau telah mengembara selama 20 tahun keseluruh jajahan Islam disamping memperbetulkan teori dan ilmu pengetahun geografi.  
  65. Al-Nabati : menulis buku Kitab al-Rihlah yang menyenaraikan tumbuh-tumbuhan baru yang beliau temui di pantai Laut Merah.
  66. Al-Rahman al-Sufi: orang pertama menulis buku tentang astronomi. Nama bintang yang diperkenalkan oleh beliau terus digunakan oleh ahli astronomi Barat sehingga ke hari ini.
  67. Al-Razi @ Abu Bakar Muhammad bin Zakaria Razi (865-925M): Ahli perubatan dan kimia yang menemui penyakit cacar. Beliau juga adalah pengasas perubatan Psikooptik (operasi mata).
  68. Al-Riyasa ibnu Jarit (meninggal 1193M) : Doktor kepada Sultan Salahuddin Al-Ayubbi. Beliau banyak banyak membuat kajian dan menghasilkan ubat-ubatan melalui herba tumbuh-tumbuhan.
  69. Al-Tabari @ Abu Jaafar Muhammad al-Tabari : Ahli Sejarah Kerajaan Abbasiyah. Pengarang kitab Tarikh al-Tabari. Menulis sejarah Islam secara umum yang pertama.
  70. Al-Tusi : Nama sebenar Nasiruddin Al-Tusi > orang pertama membina balai cerap pada tahun 1259M
  71. Al-Waqidy @ Abdullah al-Waqidy (747-823M) : penulis buku Sejarah “Fatah Al-Syam”
  72. Al-Ya’qub : Ahli Sejarah Kerajaan Abbasiyah. Penulis kitab al-Tarikh al-Ya’qubi  dan kitab al-Buldan.
  73. Al-Zahrawi @ Abu Qasim az-Zahrawi : Perintis ilmu Pengenalan Penyakit dan cara menyembuh penyakit telinga, mempelopori perkembangan Ilmu Penyakit Kulit. 
  74. Al-Zahrawi @ Khalaf bin Abbas Zahrawi al-Andalusi : perintis dunia perubatan dan orang pertama yang menjahit luka koyakan untuk mengurangkan pendarahan. Mengarang kitab At-Tasrif Liman Ajaza an at-Ta'lif, sebuah ensiklopedia perubatan, pembedahan dan dispensari. Beliau juga memperkenalkan 150 alat pembedahan yang digunapakai hingga ke hari ini. Meninggal dunia 427H. 
  75. Al-Zarqali @ Abu Ishaq Ibrahim bin az-Zarqali (lahir 1028M) : membuat perlbagai alat astronomi yang sangat bermutu tinggi.Beliau juga membina sebuah jam air yang boleh menunjukkan masa pada waktu singkat dan malam.
  76. Aladdin ibn al-Nafis : Tokoh yang pertama kali mencatatkan peredaran darah pulmonari atau peredaran darah melalui paru-paru ke jantung. 
  77. Ammar bin Ali : Pakar Perubatan di zaman Kerajaan Fatimiyyah.
  78. Asim bin Amr bin Qatadah : sejarawan Islam yang menulis sejarah hidup nabi dan al-Maghazi.
  79. As-Suyuti @Abdur Rahman bin Abu Bakar bin Muhammad bin Khudari as-Suyuthi (849H - 911H) : Ahli tafsir, Fiqh, Kedoktoran, qiraat, dan hisab. Mengarang beberapa kitab-kitab yang masyur. 
  80. Asy-Sya'rawi @ Muhammad Mutawali Sya-rawi (1911M - 1998M) : Tokoh ilmuan Al Azhar di Mesir. 
  81. Awanah bin al-Hakam : Ahli Sejarah Kerajaan Abbasiyah. Menulis kitab sejarah Sirah Mu’awiyah Wa Bani Umaiyah dan Kitab al-Tarikh.
  82. Banu Shakir : menghasilkan beberapa buah buku tentang ilmu astronomi yang antaranya ialah Astroglogy and Astronomy.
  83. Chihab Addine Abul-Abbas Ahmad ben Fadhi Al-Umari : Ahli Sejarah Muslim (1306-1384 M).
  84. Daghfal al-Nasabah al-Bakri (160M) : ahli sejarah pada zaman awal Islam. Menulis kitab sejarah al-Tazafir Wa al-Tanasir.
  85. Habasyi Al-Marwazi : Ahli astronomi teragung Kerajaan Abbasiyah.
  86. Harun Yahya @ Adnan Oktar : Ilmuan terkemuka dari Turki.
  87. Hasan bin Haitsam @ Muhammad bin Hasan bin Haitsam (354H - 430H) : Ilmuan terkenal di Arab bahkan pakar ilmu Alam terbesar di dunia pada abad pertengahan. 
  88. Hunayan ibn Ishaq : Ilmuan Islam zaman Khalifa Harun Al-Rashid. Beliau telah menterjemah 95 buah buku ke bahasa Syria  & 39 buku ke bahasa Arab. Juga diarahkan oleh Khalifah untuk menterjemahkan hasil karya Plato, Galen, Euclide dll.
  89. Hussein Farouzi : pengkaji ilmu Samudera pertama Arab.
  90. Ibnu Abbas (687M) : ahli sejarah pada zaman awal Islam. Tidak menulis kitab sejarah tetapi hanya mengajar sejarah hidup para nabi dan al-Maghazi.
  91. Ibnu Abdul Rabbihi :mengarang kitab khusus tentang ilmu pengetahuan dan pendidikan yang berjudul “Al-Iqd al-Farid” (Rantai yang unik).
  92. Ibnu Abi Hatim @ Abdul Rahman bin Muhammad Idris (lahir 240H) : Ahli Sejarah Islam.
  93. Ibnu Abi Ubaydah : Ahli astronomi abad ke 9.
  94. Ibnu Abi Ushaybi’ah : Ahli sejarah kedoktoran pertama menulis  sejarah kedoktoran Arab. Beliau menghimpun 380 biografi doktor perubatan.
  95. Ibnu Al-Awwam : Ahli botani Islam yang menyenaraikan ratusan tumbuhan dan memberikan keterangan yang tepat mengenai tiap tiap tumbuhan.
  96. Ibnu Al-Baytar : Penulis buku “Simple Drugs and Food”, kompendium pokok abjad yang diatur mengikut abjad.
  97. Ibnu Al-Haytham @ Abu Ali al-Hassan ibn al-Haytham (965-1039M) : Ahli Fizik Islam yang pertama. Beliau menghasilkan 100 buah buku mengenai matematik, fizik, falsafah, perubatan dan astronomi.
  98. Ibnu Al-Hazam : menulis tentang ilmu pengetahun dengan mendalam melalui kitabnya “Maratib al-Ulum” (Jenis-jenis Ilmu).
  99. Ibnu Al-Jazzar : Ahli Perubatan Islam.
  100. Ibnu Al-Khatib : Doktor perubatan di Granada yang mempertahankan teori penularan.
  101. Ibnu Al-Khatimah @ Ahmad bin Ali: Beliau memajukan cara immunity dan perasingan pesakit dalam rawatan. 
  102. Ibnu Al-Labbad : Ilmuan Islam terawal dalam bidang ternakan ayam, pakar ilmu haiwan tumbuhan.
  103. Ibnu Al-Nadiem al-Manshily (772-849M) : ahli Muzik Islam, menulis dan meletakkan nota-nota melodi dalam lirik lagu. 
  104. Ibnu Al-Nafis : memperkenalkan sistem aliran darah dan pemindahannya dan mengkaji sifat dan factor jantung manusia serta pengubatannya.
  105. Ibnu Al-Quff (1233-1286M) : Pakar bedah Islam yang membicangkan keperntingan anatomi dalam pembedahan, serta teknik-teknik dan alat-alat surgery.
  106. Ibnu Al-Sarraj : Menyusun  siri pelindungan , kuadran, panduan trigonometri dan instrumen lain.
  107. Ibnu Al-Shatir : Pencipta alat-alat Astronomi. Beliau juga mengkaji pergerakan objek di angkasa lepas. Beliau juga memperkenalkan model holiopusatan iaitu sistem suria. 
  108. Ibnu Athir @ Ali Ibnu Muhammad al-Syaibani (meninggal 656H) : Ahli sejarah Islam. Kitab Sejarah beliau yang terkenal ialah “al-Kamil Fi al-Tarikh”  berdasarkan dari kitab Tarikh al-Tabari
  109. Ibnu Bajjah @ Abu Bakr Muhammad Ibnu Yahya al-Sagh: Sarjana Fizik di Andalusia.Beliau juga adalah sarjana filsuf Islam pertama di Barat.
  110. Ibnu Battutah (1304-1377M) : Ahli pelayaran Islam terkemuka yang telah melawat keseluruh Negara-negara jajahan Islam pada zamannya.
  111. Ibnu Doraid Al-Azdi : Ilmuan Islam yang menulis buku terjemahan bahasa Inggeris “Description of Rain & Cloud”  pada abad ke 9 Masehi.
  112. Ibnu Firnas @ Abbas bin Farnas (194H-274H) : menguasai ilmu kedoktoran, fizik, adab, muzik, falsafah dan lain-lain. Dikatakan orang yang pertama menemui jam. Dia juga orang terawal menemui teori Penerbangan dan yang pertama membuat percubaan terbang dengan membuat sayap. 
  113. Ibnu Hazm : Muslim Sepanyol yang menitikberatkan kualiti moral dalam bidang perubatan.
  114. Ibnu Hisyam : Penulis Sirah al-Nabawiyah di Syam. Meninggal 218H).
  115. Ibnu Ishak @ Muhammad bin Ishak bin Yasar bin Khityar Muthalabi (80H - 151H) : Ahli Sejarah , kitabnya yang termasyur ialah As-Sirah an-Nabawiyah yang merupakan buku sejarah yang pertama ditulis
  116. Ibnu Jarir al-Tahari @ Abu Jaafar Muhammad Ibnu Jarir al-Tabari (838-923M) : Ahli Sejarah yang pertama menggunakan sistem kronologi mengikut tahun Hijrah dan penggunaan sistem Isnad.
  117. Ibnu Jubayr (1145M) : pelayar Islam dilahirkan di Sepanyol. Kisah pengembaraannya dalam buku Pengembaraan Ibnu Jubyr telah menjadi bahan rujukan para sarjana geografi selepasnya.
  118. Ibnu Juljul : Mengumpul risalah mengenai ubat-ubatan yang ditemui di Andalusia pada 943M.
  119. Ibnu Kathir @ Ismail bin Umar bin Kathir bin Dhau bin Dar'in (701H - 774H) : Ahli Fiqh, Tafsir, nahu, hadis, sejarah dan ilmu rijal hadis. Antara kitabnya yang terkemuka ialah Tafsir Ibnu Kathir.  
  120. Ibnu Khaldun (1332 – 1406M) : Ahli Sejarah terkemuka Islam , beliau orang pertama menulis sebuah buku sejarah bertajuk “Muqadimmah”.
  121. Ibnu Khazani : merekacipta pelbagai alat timbangan yang sempurna. Kompas yang dicipta oleh beliau telah digunakan di Eropah sehingga kini. 
  122. Ibnu Masawayh : Menulis risalah sistematik yang tertua mengenai Opthamology. 
  123. Ibnu Maskawih : Ahli falsafah akhlak.
  124. Ibnu Nafis @ Ali bin Abi Haram bin Nafis (609H - 687H) : orang pertama melakukan pemindahan darah, pemindahan hati , jantung dan mata. 
  125. Ibnu Rush : Menulis buku mengenai teori dan pengajian perubatan.
  126. Ibnu Rusyd @ Abu Walid Muhammad ibn Ahmad (1126-1198M) : Seorang saintis dan pemikir Islam Cordova terkemuka abad ke 12.
  127. Ibnu Said @ Abu Abdullah Muhammad Ibnu Said (lahir 168H) : Ahli Sejarah & Geografi Islam dari Basrah. Pengarang beberapa Kitab Sejarah dan juga yang pertama sekali menyatakan Tanah Melayu sebagai sebuah Semenanjung
  128. Ibnu Shuhayd : Ahli perubatan Islam yang menyarankan agar ubat-ubatan digunakan hanya jika pesakit tidak bertindakbalas terhadap diet pemakanan.
  129. Ibnu Sina @ Abu Ali Husain ibn Abdullah  (980-1037M) : Pakar Perubatan Islam yang terkenal di dunia. Kitab perubatannya menjadi rujukan university-universiti di Eropah pada abad pertengahan. Dikenali di Barat dengan nama Avicenna.
  130. Ibnu Taufeil (1111-1185M) : terkenal di Barat dengan nama Abubacere. Ahli filusuf dan doktor yang masyur.
  131. Ibnu Yazid @ Khalid bin Yazid : orang pertama membicarakan Ilmu Kimia dan juga orang yang pertama mempelopori kegiatan menterjemahkan buku-buku Yunani.
  132. Ibnu Yunus : Ilmu Islam yang menemui Pendulum lebih awal dari Galileo Galilie dan pereka batu jam. Beliau juga orang terawal memperkenalkan balai cerap.
  133. Ibnu Zuhr @ Abu Marwan Abdul Malik ibn Zuhr (1113-1162M) : the first parasitologist, one of the greatest physicians and clinicians of the Muslim Golden Era. 
  134. Ishak ibn Sulaiman al-Yahudi (855-955M) : pakar perubatan mata Mesir. Kitab beliau tentang penyakit demam digunakan di Oxford University, Paris dan lain-lain Negara Eropah.
  135. Ishaq ibn Umran : Pakar psikologi Islam – memajukan cara-cara rawatan psikoterapi dengan mgnggunakan bahan ubat kimia, pemakanan dan kesihatan am dalam rawatan pesakit.
  136. Ja’far Ibn Umar Ibn Dawlatshah al-Krimani : mencipta “Celestial Globe” pada tahun 1362.
  137. Jabir bin Aflah (meninggal 1145M) : orang pertama merancang Celestial Sphere (sfera cakerawala buatan) yang boleh dibawa ke mana-mana. digunakan untuk menaksir dan menjelaskan objek di angkasa. 
  138. Jabir  bin Hayan : Bapa Kimia Moden.. Pakar ilmu Alam dan Ilmu Kimia. Orang pertama menghasilkan Asid terutamanya asid nitrik, hidroklorik, sitrik, tartarik dan sulfurik. Meninggal dunia pada tahun 200H. 
  139. Jaifar al-Sadiq : Ahli astronomi , teologi, falsafah dsb –  saintis pertama yang menolak teori Ptolemy yang mengatakan matahari mempunyai 2 pergerakan.
  140. Katib Celebi : menulis sebuah Ensiklopedia di zaman Khalifah Uthmaniyyah.
  141. Kerim Kerimov : Ahli Sains Muslim Azerbaijan – Pengasas Program Angkasa Soviet dan terlibat dalam projek Kapal Angkasa Pertama Soviet, Vostok 1.
  142. Khairel ibn Ahmad (772-842M) : penulis lirik dan penggubah lagu.
  143. Khalid bin Ahmad : Ilmuan Islam zaman Bani Umaiyyah , pakar bahasa dan Filologi Arab.
  144. Khalid Sa’adah (Dr.) : Membantu Sayid Rasyid Ridha menterjemahkan Kitab Injil Barnabas ke dalam Bahasa Arab pada tahun 1907.
  145. Koca Mi’mar Sinan Aga : Ketua Arkitek Kerajaan Turki – Jurutera gempabumi yang pertama di Dunia.
  146. Mehmed Al-Fanari : Menulis Ensiklopedia Sains di zaman Kerajaan Uthmaniyyah.
  147. Molla Lutfi : Menulis Ensiklopedia Sains di zaman Kerajaan Uthmaniyyah.
  148. Muhallabi (985M) : menulis karya pertama yang menyentuh geografi Sudan. 
  149. Muhamad Al-Farazi : Ahli Falak terkenal Kerajaan Abbasiyyah yang merekacipta Astrolabe iaitu alat mengukur sudut.
  150. Muhammad bin Ishaq : Ahli Sejarah Kerajaan Abbasiyah.
  151. Muhammad bin Musliom al-Zuhri : sejarawan Islam yang menulis sejarah hidup nabi dan al-Maghazi. Kitab sirahnya adalah kitab sirah yang paling awal yang sampai kepada kita.
  152. Muhammad bin Umar al-Waqidi : Ahli Sejarah Kerajaan Abbasiyah. Antara karya beliau ialah al-Tarikh al-Kabir dan al-Tabaqat.
  153. Muhammad Ibni Ali Rustam al-Khuzani al-Saati : membina jarum jam yang dipasang di Sab al-Jayrri di Damascus.
  154. Muhammad Ibni Yusuf al-Warraq : described the topography of North Africa.
  155. Musa bin Uqlah : Ahli Sejarah Kerajaan Abbasiyah. Menulis Sirah Nabawiyah.
  156. Nasiruddin al-Tusi : orang pertama membina balai cerap pada 1259M
  157. Omar Khayyam : Persian poet, astronomer & mathematician - well known to western world for his poet "The Rubaiyat of Omar Khayyam".
  158. Qazi Yaqub Nauman : penulis dan ahli sejarah Rusia.
  159. Raja Hj. Muhammad Tahir bin Raja Hj Abdullah : Hakim Riau – Lingga & Ulama Falakiah – orang pertama di Riau menulis dalam bidang Ilmu Hisab & Falakiah & juga tokoh Tareqat Naqsyabandiah. 
  160. Rumiah Al-Hasanian : jururawat Muslim yang terulung.
  161. Sabur bin Sahl : Menulis formula pertama mengenai farmasi.
  162. Said al-Maghribi : Penyair Andalusia yang masyur juga ahli geografi , sejarah dan ontology.
  163. Sayid Rasyid Ridha : Penerbit Majalah 'Al Manar' – menterjemahkan kitab Injil Barnaba ke dalam bahasa Arab pada tahun 1907M. 
  164. Shurahbil bin Sad : sejarawan Islam yang menulis sejarah hidup nabi dan al-Maghazi.
  165. Surahwadi : Pengasas Teori Cahaya - orang pertama mengeluarkan teori tentang hukuman tabii di bumi dan planet-planet lain.
  166. Thabit Ibn Qura Ibn Marwan al-Sabi al-Harrani : Pengasas statik dalam bidang Mekanisme dan Fizik dan mengasaskan Sekolah Terjemahan. Beliau juga memperkenal geometri.
  167. Umar bin Al-Furukkhan : Ketua penterjemah unit Ilmu Falak zaman Khalifah al-Mansur.
  168. Urwah bin Zubir : sejarawan Islam yang menulis sejarah hidup nabi dan al-Maghazi.
  169. Utarid ibnu Muhammad al-Hasib : menyusun kitab Manafi al-Ahjar yang membincangkan tentang sifat-sifat logam.
  170. Uthman ibnu Suwayd : menghasilkan Mushaf al-Jamaah – teks kimia Latin yang popular pada zaman pertengahan.
  171. Yahya bin Abi Mansur : Ahli Falak zaman khalifah Al-Makmun.
  172. Yaqut : menghasilkan sebuah buku geografi yang lengkap iaitu Kamus Geografi .
  173. Yuhana bin al-Bitriq : pakar dalam Bahasa Latin, penterjemah zaman Khalifah Harun al-Rashid.
  174. Yuhanna bin  Masawayah : Pakar Farmakologi - menyeneraikan penyakit dan rawatan & mengesyorkan penggunaan tumbuhan untuk meningkatkan pertahanan darah.
  175. Yunus al-Khatib (752M) : penulis lirik dan penggubah lagu. 
  176. Ziyad bin Uybah : ahli sejarah pada zaman awal Islam. Menulis kitab al-Ansab.
Rujukan Lain
  1. TOKOH ULAMA NUSANTARA 
  2. TOKOH-TOKOH ISLAM SECARA RINGKAS
  3. TOKOH-TOKOH ISLAM DI CHINA
  4. TOKOH-TOKOH ZAMAN RASULULLAH S.A.W
  5. Merintis Kecemerlangan Islam : Prof. Madya Rasid Muhamad, Karangkraf, 2011
  6. Tamadun Islam : Mohd Roshdi Yusof - Pustaka Reka, 1997. 
  7. Tamadun Islam & Tamadun Asia : Mohd Nor Jusoh - Sarjana Media Sdn BHd, 2011
  8. Sumbangan Sarjana dalam Tamadun Islam: Ghazali Darusalam - Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, 2001.

Latest Update: 16 Oktober 2022 : 19 Rabiulawal 1444H: 2.16 pm

Tuesday, 25 October 2022

ZIARAH MASJID NABAWI DI MADINAH, MENGUBAT RINDU PADAMU YA RASULULLAH

OLEH : USTAZAH ASMA' HARUN

SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahu Akbar.
Sungguh kami berasa amat bersyukur kepada Allah kerana dengan izinNya kami selamat tiba di bumi Madinah, tempat suci yang menjadi kecintaan dan kerinduan umat Islam. Setibanya jemaah di sini melihat Masjid Nabawi, terus teringat sebuah hadis daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda:
لاَ تُشَدُّ الرِّحَالُ إِلَّا إِلَى ثَلاَثَةِ مَسَاجِدَ: المَسْجِدِ الحَرَامِ، وَمَسْجِدِ الرَّسُولِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَمَسْجِدِ الأَقْصَى
Maksudnya: “Janganlah kamu bersusah payah mengembara (atau bermusafir bagi tujuan ibadah) melainkan pada tiga buah masjid iaitu Masjidil Haram, masjid Rasulullah SAW (Masjid Nabawi) dan juga Masjid al-Aqsa”.
(HR Bukhari, hadis sahih)
SubhanAllah, sebak rasa saat melihat kubah hijau Masjid Nabawi yang indah apatah lagi memasuki masjid tersebut. Di sinilah terletaknya makam kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW yang mulia. Bagi yang hadir ke sini, kita boleh amalkan 2 doa berikut :

1. DOA KETIKA MASUK MASJID NABAWI
بِسْمِ اللهِ وَعَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ, رَبِّ أَدْخِلْنِى مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِى مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لىِ مِنْ لَدُنْكَ سُلْطاَناً نَصِيْراً, أَللَّـهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ, وَاغْفِرْ لىِ ذُنُوْبِى وَافْتَحْ لىِ أَبْواَبَ رَحْمَـِكَ وَأَدْخِلْنِى فِيْهاَ ياَ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Maksudnya: "Dengan nama Allah dan atas agama Rasulullah. Ya Allah masukkanlah aku dengan cara masuk yang benar, dan keluarkanlah pula aku dengan cara keluar yang benar, dan berikanlah padaku dari sisi-Mu kekuasaan yang dapat menolong. Ya Allah limpahkanlah rahmat kepada junjungan kami Muhammad dan keluarganya. Ampunilah dosaku, bukalah pintu rahmat-Mu bagiku dan masukkanlah aku ke dalamnya, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dari segala yang pengasih."
2. DOA SELEPAS ZIARAH MAKAM NABI MUHAMMAD SAW
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ وَلَا تَجْعَلْهُ آخِرَ الْعَهْدِ بِنَبِيِّكَ وَخُطَّ أَوْزَارِيْ بِزِيَارَتِهِ وَأَصْحِبْنِيْ فِيْ سَفَرِيْ السَّلَامَةَ وَيَسِّرْ رُجُوْعِيْ إِلَى أَهْلِيْ وَوَطَنِيْ سَالِمًا يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Maksudnya: “Ya Allah, berilah selawat kepada Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, dan janganlah jadikan ziarah ini yang terakhir bagiku dengan Nabi-Mu, dan bekalkanlah aku dengan keselamatan dalam perjalananku serta mudahkanlah kepulangan menuju ahli keluargaku dan tanah airku dengan sejahtera, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dari segala yang mengasihani.”
Di sekitar Masjid Nabawi ini, kami membawa para jemaah menziarahi beberapa tempat, antaranya:
1. KAWASAN BERHAMPIRAN KUBAH HIJAU
Jemaah dibawa ziarah ke kawasan berhampiran kubah hijau Masjid Nabawi, di bawah kubah itu terletaknya makam Rasulullah SAW. Antara adab-adab ketika menziarahi makam Rasulullah SAW ialah:
i. Berazam menziarahi Nabi SAW dan masjidnya serta perbanyakkan selawat ke atas Baginda.
ii. Mandi sunat sebelum masuk Madinah sekiranya ada kemudahan. Jika tiada, maka mandilah sebelum masuk ke dalam masjid dan memakai pakaian yang bersih.
iii. Melangkah masuk pintu masjid dengan kaki kanan.
iv. Ucapkanlah salam dengan penuh hormat kepada Baginda SAW.
v. Hargai peluang untuk berdoa kepada Allah SWT di tempat yang mustajab ini dalam keadaan menghadap kiblat.
Semoga dengan menjaga adab ini kita memperoleh keberkatan dari Allah SWT dan syafaat Rasulullah SAW, ameen.

2. RAUDHAH
Kami mulakan ziarah ke Raudhah, ia merupakan salah satu tempat yang mulia dan terletak di dalam Masjid Nabawi iaitu antara rumah Nabi Muhammad SAW di sebelah timur dan mimbar Masjid Nabawi di sebelah barat.
Di dalam masjid ini, ia menjadi tempat beribadah yang utama dalam kalangan Baginda dan para sahabat di samping tempat turunnya wahyu, majlis ilmu dan sebagainya.
Antara keistimewaan Raudhah ia antara taman syurga. Daripada Abdullah bin Zaid al-Mazini r.a., Rasulullah SAW bersabda:
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ زَيْدٍ الْمَازِنِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَا بَيْنَ بَيْتِي وَمِنْبَرِي رَوْضَةٌ مِنْ رِيَاضِ الْجَنَّةِ
Maksudnya: “Di antara rumahku dan mimbarku terdapat satu taman (raudhah) daripada taman-taman syurga.”
(HR Bukhari, hadis sahih)
3. MASJID QUBA’
Seterusnya, kami membawa para jemaah menziarahi Masjid Quba’ iaitu masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah SAW dan terletak 5km dari Masjid Nabawi. Dalam peristiwa hijrah ke Madinah, Baginda telah tiba dahulu di Quba' pada 8 Rabiul Awal lalu menetap di sana beberapa hari.
Masjid ini terbina atas di atas dasar taqwa, seperti firman Allah SWT:
لَا تَقُمْ فِيْهِ اَبَدًاۗ لَمَسْجِدٌ أُسِّسَ عَلَى ٱلتَّقْوَىٰ مِنْ أَوَّلِ يَوْمٍ أَحَقُّ أَن تَقُومَ فِيهِ ۚ فِيهِ رِجَالٌ يُحِبُّونَ أَن يَتَطَهَّرُوا۟ ۚ وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلْمُطَّهِّرِينَ
Maksudnya: “Janganlah engkau melaksanakan salat dalam masjid itu selama-lamanya. Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar takwa (masjid Quba’), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu solat di dalamnya. Di dalam masjid itu ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. Dan sesungguhnya Allah menyukai orang yang bersih.”
(Surah at-Taubah: 108)
Dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad SAW ada menyebutkan tentang ganjaran jika kita bersolat di dalam Masjid Quba'. Daripada Sahl bin Hunaif berkata, Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ تَطَهَّرَ فِي بَيْتِهِ ثُمَّ أَتَى مَسْجِدَ قُبَاءَ فَصَلَّى فِيهِ صَلَاةً كَانَ لَهُ كَأَجْرِ عُمْرَةٍ
Maksudnya: "Siapa bersuci di rumahnya, kemudian mendatangi Masjid Quba' lalu dia solat di dalamnya maka baginya pahala seperti pahala umrah."
(HR Ibnu Majah, hadis sahih)
Allahu Akbar, mulianya kedudukan masjid pertama ini sehingga boleh mendapatkan pahala umrah bagi sesiapa yang solat di dalamnya. Alhamdulillah para jemaah mengambil kesempatan ini untuk berniat iktikaf, menunaikan solat sunat tahiyatul masjid dan solat sunat dhuha di masjid Quba’.
4. BUKIT UHUD
Seterusnya kami berhenti di pekarangan Bukit Uhud yang terletak di utara Madinah iaitu 5km dari Kota Madinah. Ia merupakan bukit terpanjang dengan ukuran dari timur ke barat lebih kurang 6-7km. Bukit Uhud ini berbeza daripada bukit-bukit di Malaysia kerana ia dipenuhi dengan batu-batuan dan tanah yang kering kontang.
Terdapat kisah menarik tentang Bukit Uhud yang pernah bergoncang ketika Rasulullah mendakinya. Daripada Anas bin Malik r.a.:
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَعِدَ أُحُدًا وَأَبُو بَكْرٍ وَعُمَرُ وَعُثْمَانُ فَرَجَفَ بِهِمْ فَقَالَ اثْبُتْ أُحُدُ فَإِنَّمَا عَلَيْكَ نَبِيٌّ وَصِدِّيقٌ وَشَهِيدَانِ
Maksudnya: “Nabi SAW mendaki Jabal (Gunung) Uhud, diikuti oleh Abu Bakar, Umar dan Uthman. Lalu gunung Uhud itu bergetar. Maka Baginda bersabda: Tenanglah wahai Uhud, kerana di atasmu sekarang ada Nabi, as-Siddiq (orang yang jujur, iaitu Abu Bakar) dan dua orang syahid (iaitu Umar dan Uthman).”
(HR Bukhari, hadis sahih)
Di Bukit Uhud inilah berlaku pelbagai peristiwa yang memberi kesan kepada kehidupan Baginda SAW dan umat Islam seluruhnya. Saidina Anas bin Malik r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda ketika melihat ke arah Bukit Uhud:
هَذَا جَبَلٌ يُحِبُّنَا وَنُحِبُّهُ، اللَّهُمَّ إِنَّ إِبْرَاهِيمَ حَرَّمَ مَكَّةَ وَإِنِّي حَرَّمْتُ مَا بَيْنَ لاَبَتَيْهَا
Maksudnya: “Ini adalah bukit yang mencintai kita dan kita mencintainya. Ya Allah, sesungguhnya Ibrahim telah mensucikan kota Mekah dan sesungguhnya aku mensucikan di antara dua kota batu hitam (Madinah).”
(HR Bukhari, hadis sahih)
5. MASJID QIBLATAIN
Selepas bukit Uhud, kami melalui Masjid Qiblatain iaitu masjid bersejarah yang menjadi saksi berpindahnya kiblat umat Islam dari Masjid al-Aqsa ke Masjidil Haram. Pada awalnya masjid ini dikenali sebagai masjid Bani Salamah kerana masjid ini dibangunkan di atas bekas rumah Bani Salamah. Ia dikelilingi kebun-kebun dan bersebelahan dengan lembah al-Aqiq.
Daripada al-Bara’ bin ‘Azib r.anhuma, beliau berkata:
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى نَحْوَ بَيْتِ الْمَقْدِسِ سِتَّةَ عَشَرَ أَوْ سَبْعَةَ عَشَرَ شَهْرًا وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُحِبُّ أَنْ يُوَجَّهَ إِلَى الْكَعْبَةِ فَأَنْزَلَ اللَّهُ {قَدْ نَرَى تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاءِ}
فَتَوَجَّهَ نَحْوَ الْكَعْبَةِ وَقَالَ السُّفَهَاءُ مِنْ النَّاسِ وَهُمْ الْيَهُودُ {مَا وَلَّاهُمْ عَنْ قِبْلَتِهِمْ الَّتِي كَانُوا عَلَيْهَا قُلْ لِلَّهِ الْمَشْرِقُ وَالْمَغْرِبُ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ} فَصَلَّى مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلٌ ثُمَّ خَرَجَ بَعْدَ مَا صَلَّى فَمَرَّ عَلَى قَوْمٍ مِنْ الْأَنْصَارِ فِي صَلَاةِ الْعَصْرِ نَحْوَ بَيْتِ الْمَقْدِسِ فَقَالَ هُوَ يَشْهَدُ أَنَّهُ صَلَّى مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَنَّهُ تَوَجَّهَ نَحْوَ الْكَعْبَةِ فَتَحَرَّفَ الْقَوْمُ حَتَّى تَوَجَّهُوا نَحْوَ الْكَعْبَةِ
Maksudnya: “Rasulullah SAW solat menghadap Baitul Maqdis selama enam belas atau tujuh belas bulan, dan Rasulullah SAW sebenarnya suka kalau diperintahkan menghadap ke arah Kaabah. Selepas itu Allah menurunkan ayat: “Sungguh Kami melihat mukamu berkali-kali menengadah ke langit.” (Surah al-Baqarah: 144)
Kemudian Nabi SAW menghadap ke Kaabah lalu berkatalah orang-orang yang bodoh dari masyarakat, iaitu orang-orang Yahudi: “Apakah yang menyebabkan mereka (umat Islam) berpaling dari kiblat (Baitul Maqdis) yang dahulu mereka telah berkiblat kepadanya?” Katakanlah: “Wahai Muhammad, timur dan barat itu milik Allah. Dia memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang betul).” (Surah al-Baqarah: 142)
Maka ada seseorang yang ikut solat bersama Nabi SAW. Orang itu keluar setelah menyelesaikan solatnya. Kemudian orang itu melewati kaum Ansar yang sedang melaksanakan solat Asar dengan menghadap Baitul Maqdis (di Masjid Bani Harithah). Lalu orang itu bersaksi bahawa dia telah solat bersama Rasulullah SAW dengan menghadap ke arah Kaabah. Maka orang-orang itu pun berputar sehingga benar-benar menghadap Kaabah.”
(HR al-Bukhari, hadis sahih)
6. MASJID KHANDAK
Seterusnya, kami dibawa melalui kawasan Khandak yang terletak di luar Madinah, kira-kira 3km dari kota Madinah. Terdapat sebuah masjid utama yang dinamakan Masjid Khandak dan beberapa masjid yang dibina di sekitar kawasan tersebut seperti Masjid Abu Bakar as-Siddiq (telah dirobohkan dan menjadi kawasan parking kereta), Masjid Umar al-Khattab, Masjid Ali bin Abi Talib, Masjid Fatimah az-Zahraa dan Masjid Salman al-Farisi.
Khandak bermaksud parit yang digali tetapi tiada air. Ia dibuat sebagai satu strategi perang yang telah diarahkan oleh Rasulullah SAW hasil cadangan daripada seorang sahabat bernama Salman Al-Farisi r.a.
Peperangan Khandak juga dinamakan sebagai Perang Ahzab kerana tentera Islam berhadapan dengan gabungan tentera musuh yang sangat ramai. Seolah-olah tentera musuh ingin menghapuskan kaum muslimin daripada muka bumi ini selama-lamanya.
Di saat yang getir antara tentera Islam dan musuh berperang sehingga timbul rasa takut yang sangat tinggi di dalam hati kaum muslimin, Rasulullah SAW berdoa di kawasan yang sekarang telah dibina sebuah masjid yang dinamakan Masjid Fattah. Doa tersebut terkandung di dalam sebuah hadis daripada Abdullah bin Abu Aufa r.anhuma, beliau menceritakan:
دَعَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ الْأَحْزَابِ عَلَى الْمُشْرِكِينَ فَقَالَ اللَّهُمَّ مُنْزِلَ الْكِتَابِ سَرِيعَ الْحِسَابِ اللَّهُمَّ اهْزِمْ الْأَحْزَابَ اللَّهُمَّ اهْزِمْهُمْ وَزَلْزِلْهُمْ
Maksudnya: “Rasulullah SAW berdoa pada saat perang Ahzab menghadapi kepungan musyrikin: “Ya Allah yang menurunkan kitab, cepat perhitungannya. Ya Allah, hancurkanlah pasukan bersekutu. Ya Allah, hancurkanlah mereka dan porak-perandakanlah mereka.”
(HR Bukhari, hadis sahih)
7. ZIARAH KE LADANG KURMA ARYAF TAIBAH.
Sebagai hadiah istimewa daripada kami, majlis makan malam diadakan bersama 81 jemaah di ladang kurma Aryaf Taibah. Persekitarannya sangat bersih, tenang dan sangat cantik, masyaAllah. Di sini juga ada kawasan permainan kanak-kanak, tempat makan dan mini zoo.
Selepas solat maghrib secara berjemaah, diteruskan dengan perkongsian khas daripada Ustazah tentang kisah kemenangan Islam yang penuh ibrah.
Allahu Akbar, menziarahi lokasi-lokasi bersejarah ini sangat memberi kesan kepada hati kami semua. Terbayang segala susah payah yang dilalui oleh Rasulullah SAW dan para sahabat untuk menyebarkan Islam sehingga ke hari ini. Begitu juga saat melalui tempat yang mempunyai peristiwa tertentu menunjukkan bahawa kebesaran Allah SWT kepada kita semua tiada bandingnya.
Semasa perjalanan pulang ke tempat penginapan, kami dialunkan dengan qasidah Mahabbah Rasul yang amat syahdu tentang kisah perjuangan Rasulullah SAW oleh Ustaz Najmuddin Rabbani, subhanAllah.
Alhamdulillah, semoga setiap perjalanan di sini menambahkan lagi rasa kemanisan iman dan cinta kita terhadap Rasulullah SAW.

Asma' binti Harun
Copy and paste: 25/10/2022 > 28 Rabiulawal 1444H: 11.27 am