ZULHEIMY MAAMOR

Saturday, 20 August 2022

ASTROLOGI/AHLI FALAK:TOKOH MELAYU

Posted by : Ibnu Kamal Aliff > PERINTIWA N' SEJARAH

Ilmu Falak adalah antara ilmu yang paling banyak disentuh dalam manuskrip Melayu. Hasil kajian kumpulan etnomatematik UPM mendapati terdapat hampir 52 MANUSKRIP falak telah dikenalpasti.Antara yang terawal adalah 'Izhar Al Haqq' yang dikarang pada 840 masehi.Ia berkisarkan kejadian alam semesta.
Kemudian diikuti 'Barr AL Lahut'(1117 Masehi) 'Sharh Al Awamil fi Bayan ilm Al Nahr(Abad 13) dan Ghayat AL Taqrib yang ditulis pada tahun 1600M.
SENARAI ILMUWAN FALAK ALAM MELAYU YANG TELAH MENGHASILKAN KARYA PENTING DAN BOLEH BOLEH DIJADIKAN PENANDA ARUS MUTU ILMU FALAK ZAMAN MASING MASING...
1. Manuskrip tertua dalam bidang ASTROLOGI ASTRONOMI adalah 'Tuhfat AL Zaman' yang dikarang oleh IBNU SHAADAD AL HIMYARI. Kitab ini menceritakan tentang takwim dan hari buruj,kejadian siang dan malam,kedudukan matahari dan bulan,musim hujan serta kemarau dan Empat musim bumi.Perkara yang menakjubkan adalah kitab ini boleh digunakan sebagai kajian ramalan berdasarkan kedudukan buruj.
2. SYEIKH MUHAMMAD ARSYAD AL BANJARI -Kitab 'Sailil Muhtaddin Li Tafuqquhi Fi Amrid' (1780) membincangkan ilmu falak terdapat dalam juz pertama di bawah tajuk "Segala Syarat Sah Solat" yang turut membincangkan mengenai penentuan arah kiblat serta penentuan waktu solat.Manakala penjelasan tentang kejadian gerhana bulan dan matahari dalam bab solat solat sunat.
3. SYEIKH ABBAS KUTARANG BAHARUDDIN ZAINAL - melalui kitabnya 'Sirajuz Zhalam'(1849) Memenuhi permintaan pembesar pembesar ACEH yang mahukan bahan bacaan tentang "Segala Saat bagi segala hari dan daripada bulan daripada saat bahagia dan celaka yang ditulis dalam bahasa Jawi".
4. SYEIKH AHMAD BIN MUHAMMAD ZAIN AL FATHANI : Kitabnya 'Risalah Fi Al AC Amali Bil Rubuc AL Mujayyab' (1880)membincangkan penggunaan peralatan sukuan sinus(Rubuc Mujayyah')kaedah hitungan waktu,sudut kiblat dan takwim buruj.
5.SYEIKH AHMAD BIN ABDUL LATIF AL KHATB - Kitabnya 'Al Jauharun Naqiyah Fil Ac amali Jaibiyah' membincangkan beberapa jenis takwim yang digunakan dalam hitungan membuat Rubuc Mujayyab'.Antaranya ialah Takwim Qibtiyyahdan Hijriyah.
Bab 2 membincangkan perbincangan Kaedah untuk mengukur ketinggian (irtifa')Matahari dan membaca sudut ketinggian ini dengan Rubuc Mujayyah.Bab 3 dan Bab 4,membincangkan hubungan antara kedudukan matahari dengan ketinggiannya ketika ghayah irtifa' yang berubah ubah di sepanjang tahun..Bab 5 Mengandungi penjelasan kaedah mendapatkan nilai latitud dan longitud.
Inilah di antara segelintir tokoh karyawan tanah melayu berkenaan Ilmu astrologi atau ilmu falak.Ada lagi tokoh tokoh yang tidak dapat disentuh oleh penulis kerana kekangan maklumat berkenaan ini..
Namun begitulah hakikatnya terdapat ramai karya dan tokoh tokoh bangsa Melayu yang terdahulu melalui pelbagai cabang ilmu tidak kita ketahui kerana kurangnya serta hilangnya bukti untuk dijelaskan..
SUMBER:
-MANUSKRIP MELAYU YANG HILANG karya NAIM TAMDJIS#BAB5:SAINS DAN TEKNILOGI di Halaman 58-59..
-Perpustakaan Negara Malaysia(PNM)

Copy and paste:
20 Ogos 2022 > 22 Muharam 1444H: 7.54 am

No comments:

Post a Comment