ZULHEIMY MAAMOR

Tuesday, 31 August 2021

NABI MUHAMMAD SAW DAN PERKAUMAN

Dr Jefri Irwan Harris
Istilah2 penting:
• Munafik-nampak Islam secara zahir tetapi hatinya benci
• Ansar-kaum pribumi Madinah
• Muhajirun-para sahabat Nabi yang meninggalkan Mekah dan menetap di Madinah
--------------------------------------------------
Peristiwa ini berlaku lebih 1400 tahun dahulu, pada tahun 6 Hijrah, iaitu kembalinya Rasulullah dan sahabatnya dari perkampungan Muraisi’ (Banu Mustaliq). Kembara ini disertai oleh pembenci Nabi iaitu Abdullah ibn Ubay yang juga digelar ketua munafik. Si munafik ini sertai ‘perang’ dengan harapan mendapat harta rampasan, tetapi malang baginya kerana Rasulullah menerima keislaman seluruh penduduk dan pulang ke Madinah dengan ‘tangan kosong’.
Di dalam salah satu hentian, dalam proses mengambil air, seorang dari Muhajirun tersinggung seorang dari Ansar . Maka bermulalah keduanya berbalas kata2 berunsur perkauman. Dan kaum masing2 juga mula buat perkara yang sama.
Abdullah ibn Ubay, orang Madinah, dari suku kaum Khazraj, mula mengambil kesempatan. Dia memperlekehkan tindakan mulia kaum Ansar yang membantu golongan pendatang (termasuk Rasulullah).
Di antara perkataan Abdullah ialah: “Anjing yang kamu gemukkan (bantu) sekarang sedang menggigit kamu”.
Dia juga berkata “Bila kita tiba di Madinah, golongan yang mulia (kuat) akan halau golongan yang hina ini”.
Zaid ibn Arqam, seorang anak muda, terdengar kata2 ini dan terus laporkan kepada Rasulullah. Apabila ditanya oleh Rasulullah, Abdullah menafikannya. Rasulullah menerima penafiannya dan tidak banyak menyelidik.
Sebaliknya, Rasulullah memerintahkan mereka semua untuk sambung perjalanan. Dan kali ini mereka tidak lagi berhenti rehat secara berkala. Rasulullah berhenti rehat hanya setelah lebihkurang 20 jam perjalanan. Dengan cara ini tiada siapa ada tenaga, masa dan mood untuk menghina sesiapa.
Api perkauman yang cuba dikobarkan si-ketua munafik, berjaya dipadamkan.
-------------------------------------------------
Kesimpulan:
• Masalah perkauman berlaku di zaman Nabi.
Api perkauman perlu ditangani segera oleh pihak berkuasa, kerana kalau dibiarkan...
• Rakyat perlu hormat tindakan ketua. Dalam hal ini, Zaid Ibn Arqam memendam perasaannya kerana kesaksiannya seolah-olah tidak diterima oleh Rasulullah.
• Manusia yang sibuk tiada masa untuk seruan jahiliah.
• Diam ialah amalan yang mulia.
• Jangan jadi mata-rantai kepada fitnah dengan cara berkongsi, walaupun kisah yang benar.
• Sila rujuk tafsir ayat ke-8 Surah Munafiqun untuk keterangan lanjut.

Copy and paste: 31 Ogos 2021 / 22 Muharram 1443H: 10.34 am

No comments:

Post a Comment