ZULHEIMY MAAMOR

Saturday, 31 October 2020

APA ITU ​ISRAELITES, JEWS, JUDAISM DAN PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGANNYA?

Sumber: Zul Segamat Wordpress

Orang Yahudi adalah sebahagian daripada Bani Israel atau Bani Israil (yakni ‘Israelites’). 

Bani Israil dan Bani Ismail (sebahagian besar Arab) adalah keturunan Nabi Ibrahim a.s. Mereka dikenali sebagai bangsa Semitik (keturunan daripada Sam atau Sem, salah seorang daripada anak Nabi Nuh a.s.).

Bani Israil berasal dari 12 anak Nabi Yakub (nama lain: Israil). 12 anak Nabi Yakub ini yang membentuk 12 suku Bani Israil

1. Reuben, 
2. Simeon, 
3. Levi, 
4. Judah, 
5. Issachar, 
6. Zebulun, 
7. Dan, 
8. Napthali, 
9. Gad, 
10. Asher, 
11. Joseph, 
12. Benjamin. 

Suku Joseph (yakni keturunan Nabi Yusuf) terbahagi kepada 2 suku lagi iaitu: 

1. Ephraim, dan 
2. Manasseh.

Amacam… boleh follow tak? Harap boleh yer. 

Kita sambung lagi…

Bani Israil pada asalnya hidup di Mesir. Sekitar abad ke-13 Sebelum Masihi (kira-kira 3300 tahun yang lalu). Nabi Musa memimpin Bani Israil keluar dari Mesir ke Kanaan. Di Kanaan Bani Israil telah dapat mendirikan sebuah negara sendiri. Nabi Daud dan seterusnya Nabi Sulaiman adalah raja Bani Israil.

Selepas Nabi Sulaiman wafat (kira-kira tahun 931 SM), Negara Bani Israil berpecah: 10 suku di utara, 2 suku (Judah dan Benjamin) dan suku Levi di selatan. 

Negara utara dihapuskan oleh Assyria pada tahun 722 SM. Maka 10 suku pun jadi ‘Lost Tribes’. 

Negara selatan dihapuskan oleh Babylon pada tahun 587 SM dan penduduk Judah, Benjamin dan Levi telah dibawa ke Babylon kebanyakannya sebagai buruh dan hamba. 

Pada tahun 539 SM, Parsi menawan Babylon dan membebaskan suku Judah, Benjamin dan Levi… maka mereka telah kembali ke tanah Kanaan selepas itu.

Mereka yang kembali ke Kanaan membina semula kuil suci dan membina agama yang dikenali sebagai Agama Yahudi yang dipimpin oleh golongan Rabbi. Di situlah bermulanya penyelewengan ke atas kitab Taurat (‘Torah’).

Yang membawa kekeliruan ialah perkataan ‘Yahudi’ yang tidak membezakan konsep-konsep ‘Jews’, ‘Judaism’ dan ‘Judea’. 

Jews‘ adalah konsep etnik, merujuk kepada ‘Orang Yahudi’ (Bahasa Hebrew: Yehudi). Di zaman pemerintahan Rom, kawasan selatan Palestin dinamakan sebagai Judea (Bahasa Hebrew: Yehuda). 

Nama ‘Judea‘ diambil dari ‘Judah’ (Yehudah) sebab situ adalah kawasan suku Judah. Orang yang hidup di Judea dinamakan sebagai ‘Judean’. Kemudian istilah ‘Judean’ ini jadi ‘Jew’ dalam Bahasa Inggeris.

Judaism‘ adalah konsep kepercayaan, merujuk kepada ‘Agama Yahudi’ (Bahasa Hebrew: Yahadut). Tak semua ‘Jews’ itu penganut ‘Judaism’. Ada juga ‘Jews’ sekular, ‘Jews’ ateis (seperti Albert Einstein dan Mark Zuckerberg) dan ‘Jews’ beriman seperti Nabi Zakaria, Nabi Yahya dan Nabi Isa.

Setiap kali Al-Quran menyebut tentang ‘Yahudi’, ia merujuk kepada ‘Agama Yahudi’ kerana ia disebut bersama-sama dengan Nasrani dan Islam.  

Negara moden yang bernama ‘Israel’ tak sama dengan Bani Israil. Sebabnya kewarganegaraan Israel agak terbuka. Jadi penganut ‘Judaism’ yang bukan berasal dari etnik ‘Jews’ pun boleh jadi warganegara. 

Maka,

Jew = Yahudi = Orang Yahudi atau penduduk Judea;

Judaism = Yahadut = Agama Yahudi;

Judah = Yehudah = Yahudza (anak Nabi Yakub). 

Nabi Zakaria, Yahya dan Isa bukan penganut agama Yahudi (Judaism) tapi mereka adalah ‘Jews’. Tapi kedua-dua istilah ‘Judaism’ dan ‘Jews’ dikenali sebagai ‘Yahudi’ dalam Bahasa Arab dan Melayu. 

Begitulah sedikit sebanyak adanya… 

Allahu’alam.

==== 

Rujukan:

Bible (terjemahan King James Version) selagi tidak bercanggah dengan Al-Quran

Imam Shahrastani, Kitab al-Milal wal Nihal (terjemahan Inggeris)

Dr. Ahmad Syalabi, Muqaranah al-Adyan: al-Yahudiyyah (terjemahan Bahasa Indonesia)

Copy and paste: 31 Oktober 2020: 15 Rabiulawal 1442H:  9.48 pm

No comments:

Post a Comment