ZULHEIMY MAAMOR

Saturday, 31 October 2020

MANUSKRIP HINDU KUNO TELAH MENCATAT KISAH SEORANG RAJA MELIHAT SENDIRI MUKJIZAT RASULULLAH SAW MEMBELAH BULAN

 Sumber : Zul Segamat wordpress

Kita semua mengetahui peristiwa Rasulullah SAW yang pernah berlaku satu ketika dahulu,Tetapi terdapat satu peristiwa hebat YANG DISOROKKAN PIHAK PENJAJAH yang tercatat dalam sebuah manuskrip Hindu kuno berkaitan peristiwa bulan terbelah tersebut?.

Manuskrip Hindu kuno itu menceritakan kisah seorang raja dari Dinasti Chera,Malabar(selatan India) bernama Raja Cheraman Perumal (nama sebenarnya Chakrawati Parmas) yang hidup sezaman dengan Rasulullah S.A.W.

Raja ini telah menyaksikan peristiwa bulan terbelah dua itu di Malabar, di waktu yg sama ketika Rasulullah SAW (yang berada di Mekah ketika itu) telah membelah bulan di hadapan golongan Quraisy sebagai mukjizat yang membuktikan kerasulan Baginda. Raja itu kebingungan setelah melihat peristiwa tersebut.

Kemudian, pada tahun yang sama berlakunya peristiwa bulan terbelah dua iaitu pada 617M, seorang sahabat Nabi bernama Malik Bin Dinar bersama-sama 12 orang sahabat yang lain telah datang ke India.Mereka adalah sekumpulan pedagang Muslim yang ingin berdagang ke China dan singgah sebentar di Malabar.

Di sini, Malik bin Dinar telah berdakwah kepada orang India dan mengajak mereka memeluk Islam. Dakwah ini disambut dengan mudah oleh bangsa Arab yang terlebih dahulu datang ke India, namun orang tempatan India belum terbuka untuk menerimanya.

Berita kedatangan mereka kemudiannya telah sampai kepada Raja Cheraman yang kemudiannya telah menjemput mereka ke istana. Malik bin Dinar seterusnya telah menerangkan kepada raja tersebut mengenai Islam.

DIALOG ANTARA SANG RAJA DENGAN MALIK BIN DINAR

Sebelum kedatangan Islam,para pedagang Arab telah menunjukkan sikap yang buruk apabila mereka sampai di pelabuhan Kerala,India.Antara soalan yang ditanyakan kepada jemaah dakwah itu ialah;
“Bagaimana Islam boleh mengubah bangsa Arab yang kasar menjadi lemah lembut?”.

Jemaah itu pun menceritakan mengenai kebaikan yg diunjurkan agama Islam dan perihal Nabi Muhammad SAW.Kemudian,raja itu bertanya;
“Adakah terdapat bukti atau mukjizat yang boleh menunjukkan bahawa Muhammad adalah seorang Nabi?”.

Jemaah itu pun menceritakan kisah berkaitan mukjizat Nabi iaitu peristiwa bulan terbelah dua.
Maka terjawablah sudah persoalan yg bermain di minda Raja Cheraman yg selama ini dihantui kebingungan dengan fenomena bulan terbelah yang disaksikannya sebelum ini.

Ini menambahkan lagi keinginannya untuk mencari agama yang benar.
[Dalam ajaran Hindu dan Buddha, para astrologis mereka berpendapat bahawa antara tanda-tanda seseorang itu menjadi nabi akhir zaman adalah dia dapat membelah bulan menjadi dua]

Setelah Raja Cheraman dan Perdana Menterinya, Krishna Munjad mendengar penerangan daripada Malik bin Dinar,mereka tertarik untuk ke Makkah bagi berjumpa dengan Rasulullah SAW.Turut bersama mereka ialah Raja Maldives yang juga telah mendengar penerangan daripada Malik bin Dinar.
(NOTA: Dialog ini ada ditulis dalam Kitab Rihlat al Muluk oleh Umar bin Suhrawardi)

BERANGKAT KE TANAH SUCI MEKAH

Sebelum berangkat,Raja Chakrawati telah membahagikan kerajaannya kepada 34 bahagian dan melantik anak-anak serta saudaranya sebagai raja bagi setiap bahagian.Kemudian,baginda bersama-sama beberapa orang kerabat diraja serta rakyat jelatanya bertolak ke Makkah dengan dipandu oleh Malik bin Dinar.Mereka tiba pada tahun yang sama iaitu 617 Masihi.

Manuskrip Hindu kuno ini juga menceritakan bahawa raja ini akhirnya berjaya menemui Rasulullah dan memeluk Islam.Setelah mempelajari selok-belok agama suci ini,baginda bertolak semula ke Malabar untuk menyampaikan ajaran Islam kepada rakyat Malabar.

Tetapi takdir Allah mengatasi segalanya.Niat suci raja ini tidak dapat diteruskan apabila baginda mangkat semasa perjalanan pulang di satu tempat bernama Zafar,Yaman (atau Oman?).

Namun,peristiwa pengIslaman Raja Cheraman ini telah membuka lembaran baru kepada pengIslaman rakyat India di Malabar.

NOTA:
– Manuskrip Hindu kuno tersebut di simpan di Pejabat (atau jabatan) Perpustakaan India,London (no.rujukan:Arabic,2807,152-173).
– Catatan mengenai kedatangan Raja Cheraman ke Mekah yg ditulis oleh salah seorang ahli jemaah Malik bin Dinar ketika tiba di India juga telah dijumpai di Masjid Cheraman,India.
Sumber: Khawatir Fi Ma`iyyat Khatam al-Anbiya Wa al-Mursalin karangan Dr. Zaghlul Najjar muka surat 110-111 cetakan Nahdetmisr tahun 2004.

Allah BerFirman
“Sungguh,TELAH DEKAT HARI KIAMAT dan TELAH TERBELAH BULAN dan ketika melihat tanda2 kebesaran Kami,merekapun ingkar lagi berpaling seraya berkata,“Ini adalah sihir yang terus-menerus”, dan mereka mendustakannya, bahkan mengikuti hawa nafsu mereka. Dan setiap urusan benar-benar telah tetap”(QS. Al Qomar 54:1-2)

Allah BerFirman
“Sesungguhnya AKU TIADA SEGAN MEMBUAT PERUMPAMAAN SEPERTI NYAMUK atau yang LEBIH RENDAH dari itu.Adapun ORANG-ORANG YANG BERIMAN maka mereka YAKIN bahwa PERUMPAMAAN ITU BENAR DARI RABB mereka, tetapi mereka yang kafir mengatakan:“Apakah maksud Allâh menjadikan ini untuk perumpamaan?”Dengan perumpamaan itu banyak orang yang disesatkan Allâh dan dengan perumpamaan itu (pula) banyak ORANG YANG DIBERI-NYA PETUNJUK Dan tidak ada yang disesatkan Allâh kecuali orang-orang yang fasik(yaitu) orang-ORANG YANG MELANGGAR PERJANJIAN ALLAH sesudah perjanjian itu teguh dan memutuskan apa yang diperintahkan Allâh(kepada mereka)untuk menghubungkannya dan membuat kerusakan di muka bumi.Mereka itulah orang-orang yang rugi”(Qs.2:26-27)

Allahu’alam… semoga kita mendapat manfaat daripada kisah ini.

Copy and paste: 31/10/2020 : 15 Rabiulawal 1442H: 9.33 pm

No comments:

Post a Comment