ZULHEIMY MAAMOR

Sunday, 1 November 2020

10 YANG MEMBEBASKAN SEKSAAN

Imam As-Sayuti berpendapat, ulama mengatakan bahawa seksaan orang yang berbuat kejahatan akan dibebaskan kerana 10 sebab:

  1. Bertaubat kepada Allah dan taubatnya diterima Allah
  2. Diberikan keampunan kepadanya
  3. Berbuat kebaikan seingga kebaikan itu menghapuskan kejahatannya sebagaimana yang disebut di dalam Al-Quran, "Sesungguhnya perbuatan baik itu akan menghapuskan dosa perbuatan jahat."
  4. Diuji dengan berbagai-bagai musibah sehingga hal itu dapat menghapuskan dosa-dosanya.
  5. Di alam barzakh, dihimpit dengan himpitan sehingga hal itu juga menghapuskan dosa-dosanya.
  6. Didoakan oleh saudara-saudaranya yang seiman sekali gus dimohonkan kepada Allah ampunan baginya. 
  7. Diberi petunjuk oleh mereka melalui pahala amal perbuatan mereka yang bermanfaat baginya.
  8. Diuji pada hari kiamat dengan berbagai-bagai hal yang menakutkan dan hal ini dapat menghapuskan dosa-dosanya.
  9. Mendapat syafaat Nabi SAW
  10. Memperolehi rahmat dari Allah.
Sebuah hadis daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda, "Jika seseorang meninggal dunia, akan terputuskan semua amalnya kecuali tiga hal; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakannya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pada hadis yang juga diungkapkan daripada Abu Usaid as-Sa'idi menuturkan bahawa ada seseorang yang datang kepada Nabi s.a.w lalu bertanya, "Ya Rasulullah, apakah masih mungkin aku boleh berbakti kepada orang tua yang dapat aku lakukan setelah kematian mereka?"
Maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w , "Ya ada empat perkara yang tersisa untuk mu iaitudoa, memenuhi janji kedua-duanya, memuliakan teman-teman mereka serta menyambung silaturahim yang menjadikan engkau tidak akan mendapat kasih sayang melainkan dari keduanya."
(HR Abu Daud dan Ibnu Hibban)

Selain itu hadis daripada Abu Umamah katanya Rasulullah s.a.w bersabda, "Ada empat golongan orang yang sentiasa mengalir pahala kepada mereka setelah meninggal dunia iaitu orang yang berjaga untuk berjihad dijalan Allah, Orang yang mengajarkan ilmu, orang yang bersedekah amal jariah, orang yang meninggalkan anak soleh yang berdoa untuknya. "
(HR Ahmad)

Sumber: Majalah Al-Islam - Februari 2017

Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
1 November 2020: 15 Rabiulawal 1442H : 1.03 pm

No comments:

Post a Comment