ZULHEIMY MAAMOR

Tuesday, 21 July 2020

Sultan Alauddin Riayat Shah adalah keturunan Sultan Muhammad Al Fateh

Kredit : FB Kebangkitan Bani Jawi (Nusantara)
Kenapa kita tidak tahu bahawa, Sultan Alauddin Riayat Shah (pernah memerintah Melaka dan melaksanakan Hudud dan Qisas) adalah keturunan Sultan Muhammad Al-Fateh ? menerusi pengkajian Prof Madya Dr Mat Rofa - Asal-usul melayu, dibuktikan melalui bahan arkib sejarah, namun sayangnya sejarah telah ditulis melalui pemalsuan, maka kita hanya disajikan dengan hikayat dan dongeng, sedangkan sejarah sebenar kerajaan-kerajaan Islam di Tanah Melayu jauh dari kebenaran.
Peta Kerajaan Uthmaniah perlu diperbetulkan semula, kerana pusat pemerintahan Islam ketika itu adalah ISLAMBOL (Istanbul) ataupun nama lamanya Konstantinople hinggalah ke kepulauan Melayu Nusantara, antara catatan sejarah dimaklumkan bahawa wujud satu pelan rancangan menyatukan kerajaan Islam rantau Melayu dibawah satu Khalifah/Gabenor yang berpaksikan Uthmaniah dan Islambol sebagai pusat pemerintahan, hal ini banyak berlaku diwilayah-wilayah lain sebagai contohnya Greece yang dahulunya merupakan sebahagian kerajaan Uthmaniah, antara rancangan tersebut adalah :
1) 1890 - 1908 usaha Kerajaan Uthmaniyah untuk menyatukan Kerajaan Kelantan, Terengganu, Patani dan Kemboja, serta kerajaan-kerajaan lain diwilayah kepulauan Melayu termasuklah Riau, Jawa dan Kalimantan.
2) Mencantumkan semua pemerintahan kerajaan Melayu dabawah satu Khalifah di timur. Berpaksi dibawah payung Uthmaniah.
3) Calon Khalifah/Gabenor ketika itu adalah :
3.1) Raja Ali Kelana - Raja Riau
3.2) Sultan Zainal Abdin III -
3.3) Sultan Mansur (Kelantan) - anak murid kepada Syeh Ahmad Patani.

Malangnya British mengubah sejarah Melayu, usaha terakhir Uthmaniah menyelamatkan Khalifah gagal, Patani diserahkan British kepada Thailand sebagai usaha mengagalkan rancangan Uthmaniah, hal ini dibuktikan oleh pembunuhan Tengku Muhyuddin keturunan Raja Patani yang terakhir, dan pembunuhan Haji Sulung selepas itu...
Begitu banyak sejarah asal Melayu yang digelapkan penjajah, kita 'buta' akan sejarah asal Melayu, tetapi percaturan Allah adalah mutlak, akhirnya bukti-bukti sejarah tamadun Melayu terungkap menerusi pengkajian kini dari bukti-bukti risalah, catatan antara kerajaan (arkib) yang ditemui kembali.
Wallahua'lam...
By : Salman Al Farisy
Copy and paste:
21 July 2020 / 30 Zulkaedah 1441H: 8.45 pm

No comments:

Post a Comment