ZULHEIMY MAAMOR

Sunday, 19 January 2020

TAHUKAH ANDA - PASUKAN F PDRM


Credit to Patriot Malaysia
Tahukah anda....
Antara pasukan keselamatan yang paling digeruni oleh komunis dan musuh negara adalah PASUKAN F PDRM yang ditubuhkan pada Mei 1971 dan diketuai oleh SUPRETENDAN LEONG CHEE WOH yang dianggotai seramai 15 orang pegawai dan detektif dari Cawangan Khas E3M. Juga sebagai anggota pasukan baru tersebut adalah beberapa bekas pengganas komunis yang telah berjaya direkrut untuk berkhidmat dengan Cawangan Khas PDRM.
Tugasan pertama pasukan tersebut adalah menyekat kemaraan pasukan komunis yang berkampung disebuah ladang getah di kawasan berbukit di Kulim.
Maklumat diperolehi daripada seorang penoreh getah berbangsa Cina bernama Soh Cai.
November 1971, setelah menerima maklumat lengkap daripada Soh Chai, Leong Chee Woh menggerakkan pasukannya menggempur pengganas komunis.
Hasil kecekapan pasukan kecil yang cuma dianggotai sekitar 164 orang pegawai dan anggota polis ini membolehkan sejumlah 48 orang pengganas komunis ditembak mati, 171 musuh ditangkap di hutan manakala 1,432 orang pengganas lagi diberkas di kawasan dalam dan luar bandar.
Itulah kehebatan dan keberanian Chee Woh dan anak-anak buahnya dalam memerangi anasir-anasir subversif ini.
Kita mungkin anggap orang bukan Melayu tidak mempunyai semangat nasionalisma terhadap negara sendiri, namun Chee Woh berjaya membuktikan tanggapan itu salah sama sekali.
Beliau telah menghabiskan masa berpuluh tahun dalam hidupnya semata-mata untuk menjejaki dan menghapuskan kekejaman yang dilakukan oleh musuh negara ini.
Beliau meletakkan negara lebih utama berbanding dirinya sendiri.
Kewujudan Pasukan F hanya diketahui baru-baru ini. Chee Woh dan anggota pasukannya yang digeruni komunis, selama berdekad-dekad menjadi wira yang tidak didendang.
Tidak sedikit pegawai dan anggota keselamatan yang bukan berbangsa Melayu dibunuh oleh komunis termasuklah Ketua Inspektor Chin Kau yang dibunuh komunis di Serdang, Kedah pada 12 Julai 1973.
Kita mungkin boleh berbalah dan berbeza pendapat tentang politik, tetapi dalam bab keselamatan negara ini, musuh tidak melihat bangsa dan kaum, agama mahupun bahasa pertuturan kita.
Yang pasti, kita bukan Singapura.
Copy and paste
19 January 2020 : 8.10 am

No comments:

Post a Comment