ZULHEIMY MAAMOR

Sunday, 19 January 2020

SKUAD PENGEBOM BERANI MATI PERTAMA DI DUNIA

Credit to FB Nur Islam

Skuad Pengebom Berani Mati Pertama Di Dunia Adalah Dilakukan Skuad Elite Melayu Laskar Raja Haji Fisabilillah Pada Tahun 1782
Di dalam rekod sejarah dunia menyatakan serangan berani mati pertama secara berkumpulan dalam erti kata sebenar menggunakan bom adalah dilakukan pada 13 March 1881 di Rusia ketika zaman awal Revolusi Rusia. Serangan berani mati menggunakan bom tersebut dilakukan ke atas Tsar Rusia iaitu Alexander II oleh pasukan Narodnaya Volya iaitu sebuah kumpulan pelampau politik berhaluan kiri.
Fakta yang sebenar serangan berani mati pertama di dunia menggunakan bom secara berkumpulan dilakukan oleh skuad elit pengebom berani mati Laskar Jihad Raja Haji Fisabilillah. Serangan pengebom berani mati oleh skuad elit pengebom berani mati Laskar Jihad Raja Haji Fisabilillah ini dilakukan ke atas kapal perang utama Belanda iaitu Malakas Welvaren pada tahun 1782. Dimana peristiwa itu berlaku hampir seratus tahun sebelum pembunuhan Alexander II oleh skuad pengembom berani mati Narodnaya Volva.
Dalam peristiwa serangan pengebom berani mati oleh skuad Laskar Jihad Raja Haji Fisabilillah ke atas kapal perang utama penjajah Belanda Malakas Welvaren pada tahun 1782 ini telah berjaya memusnahkan secara total dan menenggelamkan kapal perang tersebut. Malah serangan tersebut bukan hanya berjaya memusnah dan menenggelamkan kapal tersebut tetapi turut berjaya membunuh 500 ratus orang pasukan tentera dan pegawai tentera Belanda iaitu Amoldus Lemker dalam kempen serangan penjajah Belanda ke atas wilayah Kerajaan Kesultanan Melayu Riau di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Syah III di Penyegat.
Kempen serangan penjajah Belanda ke atas wilayah Kerajaan Kesultanan Melayu Riau pada tahun 1782 hingga 1784 masihi ini diketuai oleh pakar strategi ketenteraan peperangan laut Belanda terhebat iaitu Pieter van Braam atau lebih dikenali sebagai "Raja Laut". Dalam kempen peperangan tersebut juga telah memperlihat strategi ketenteraan hebat orang Melayu yang diketuai oleh Raja Haji Fisabilillah atau juga dikenali sebagai "Hannibal Riau" ini telah mampu mematahkan strategi ketenteraan orang barat sendiri yang dipimpin oleh seorang ahli strategis yang amat hebat seperti "Raja Laut Pieter van Braam".
Malah tidak keterlaluan dikatakan dalam kempen kenteraan pada 1782 hingga 1784 itu adalah merupakan pertembungan strategi ketenteraan barat dan starategi ketenteraan orang Melayu yang amat hebat. Malah dalam kempen ini juga memperlihat pelbagai strategi ketenteraan hebat dan baru didunia yang dipelopori sebenarnya oleh orang Melayu termasuk penggunaan skuad pengebom berani mati dan pelbagai lagi strategi dunia ketenteraan yang akan saya ulas dalam artikel akan datang. Dalam kempen tersebut juga telah memperlihatkan penggunaan pelbagai senjata ampuh dan terhebat oleh pasukan tentera Kesultanan Melayu Riau yang diketuai oleh Raja Haji Fisabilillah (Hannibal Riau) menentang penjajah Belanda yang diketuai oleh Raja Laut Pieter van Braam.
Kredit Nur Islam
Copy and paste: 19 January 2020 : 7.43 am

No comments:

Post a Comment