ZULHEIMY MAAMOR

Sunday, 19 January 2020

SEJARAH PERIUK API


No photo description available.
Credit to FB Nur Islam
Fakta; Bangsa Melayu Adalah Bangsa Terawal Mencipta Dan Menggunakan Periuk Api Lautan (Ranjau Laut) Di Dunia Sejak Abad Ke-16 Masihi Dan Digunakan Dalam Peperangan Menghadapi Pihak Musuh
Dalam catatan sejarah dunia mengatakan bahawa periuk api lautan dicipta oleh David Bushnell dan digunakan pertama kalinya dalam Perang Revolusu Amerika Syarikat pada tahun 1777. Dalam satu catatan lain pula mengatakan bahawa orang Cina telah mencipta dan menggunakan periuk api lautan ini dalam peperangan abad ke-16 masihi.
Tetapi tahukan anda fakta yang sebenar tentang kehebatan bangsa kita dalam teknologi peperangan atau penciptaan sistem senjata yang dilupakan sejarah dunia. Malah kehebatan tersebut mempunyai catatan yang lengkap dari sumber pihak penjajah sendiri dan sumber tempatan dengan jelas. Malah bangsa hebat kita sebenarnya telah lama digunakan menggunakan sesuatu teknologi persenjataan tersebut lebih lama dari orang barat sendiri.
Tahukan anda bahawa orang Melayu telah mencipta dan menggunakan sistem periuk api lautan atau ranjau laut sejak abad ke-16 atau mungkin lebih awal lagi. Malah pekara ini dicatatkan sendiri oleh pihak penjajah Belanda dan catatan tempatan. Melalui buku Piracy and surreptitious activities in the Malay Archipelago and adjacent seas,1600-1840 karangan Y.H Teddy Sim terbitan tahun 2014, National University of Singapore. Mencatatkan dengan jelas bahawa ketika peperangan antara Kesultanan Melayu Siak dan penjajah Belanda. Orang Melayu yang diketuai oleh Raja Alam dan Raja Ismail telah menggunakan pelbagai sistem persenjataan canggih dan hebat seperti kapal induk raksasa berperisai (kubu terapung), sistem periuk api lautan (ranjau lautan), pelbagai jenis bahan letupan, pelbagai jenis senjatapi dan kubu.
Dicatatkan dengan jelas di dalam buku ini bahawa orang Melayu yang diketuai oleh Raja Alam dan Raja Ismail telah menggunakan sistem periuk api lautan atau ranjau laut ketika menghadapi pihak penjajah Belanda di Sungai Siak. Sistem periuk api orang Melayu ini dipanggil sebagai "gunung api" oleh orang Melayu atau brandvlotten oleh pihak penjajah Belanda. Malah di dalam karya lama "Syair Perang Siak" juga ada menyatakan penggunaan sistem periuk api yang dipanggil gunung api ini.
Di dalam catatan pihak Belanda juga melalui buku De Maandelykse Nederlandsche Mercurius karangan Bernardus Mourik yang ditulis dalam bahasa Belanda terbitan tahun 1791 juga ada mencatatkan berkenaan sistem periuk api orang Melayu ini yang dikenali sebagai Brand Vlotten oleh orang Belanda pada masa tersebut.
Di dalam buku Piracy and surreptitious activities in the Malay Archipelago and ajacent seas, 1600 - 1840 tersebut juga menyatakan bahawa dalam kempen mempertahankan Mempura, Siak. Orang Melayu yang diketuai oleh Raja Alam dan Raja Ismail telah menggunakan sistem periuk api lautan "gunung api" ini bagi menghadapi angkatan armada laut pihak penjajah Belanda. Sistem periuk api lautan orang Melayu ini dibuat dari kepingan papan yang mengandungi minyak dan damar sebagai bahan letusan. Periuk api ini akan diapungkan ke kawasan perairan operasi dan kapal kapal musuh yang dibuat dari papan yang terkena sistem periuk api akan musnah terbakar.
Di dalam buku ini juga dicatatkan bahawa orang Melayu juga menggunakan sistem periuk api ini di Palembang bagi menghadapi pihak penjajah Belanda pada tahun 1662. Sistem periuk api ini juga digunakan dikebanyakkan kawasan Asia Tenggara pada masa tersebut. Malah pada pendapat saya sendiri, sistem periuk api ini telah digunakan lebih awal dari abad ke-16 lagi dan mungkin telah digunakan oleh pihak Kesultanan Melayu Melaka sejak aad ke-15 lagi.
Dimana dalam kempen penaklukan Kota Melaka oleh pihak Portugis yang diketuai oleh Alfonso de Albuquerque pada tahun 1511 dicatatkan bahawa angkatan tentera Kesultanan Melayu Melaka telah pun menggunakan sistem periuk api atau rajau darat yang mana ubat bedil diisi dalam kotak kayu dan rotan. Malah sistem periuk api orang Melayu ini juga adalah berbeza sama sekali dengan sistem periuk api yang dibangunkan orang Cina pada abad ke-16. Dimana sistem periuk api lautan orang Melayu menggunakan minyak dan minyak manakala periuk api lautan orang Cina menggunakan serbuk bedil.
Copy and paste
19 January 2020: 8.16 am

No comments:

Post a Comment