ZULHEIMY MAAMOR

Monday, 23 September 2019

KABINET SYAITAN

Syaitan mempunyai organisasi tersusun dan bersistematik. Mereka dipimpin oleh ketua dan mempunyai Menteri serta Ahli Jawatankuasa khas yang diberikan potfolio tertentu. 
Syaitan juga ada pengkhususan dalam bidang masing-masing sesuai dengan pangkat dan kepakaran. 
Jom kita tinjau "KABINET" syaitan :
  1. IBLIS : Ketua bagi semua syaitan. 
  2. DASIM : Meruntuhkan rumahtangga. 
  3. KHANZAB : menimbulkan rasa waswas semasa sedang solat. 
  4. AL-WAHAN : menimbulkan rasa waswas tatkala berwuduk. 
  5. AL-A'WAR : mengajak lelaki dan wanita menghampiri zina. 
  6. ZALANBUR : mencipta suasana zalim dalam urus niaga. 
  7. MISWAT : bertanggung dalam perkara dusta. 
  8. THABR : menghampiri manusia yang ditimpa musibah dan berusaha menjadikan manusia rasa teramat gelisah serta tidak redha menerima ujian. 
Ingatlah syaitan mempunyai ramai 'pembantu', tetapi 'pembantu' yang paling berbahaya dan ganas ialah hawa nafsu. 
Kerjasama erat antara hawa nafsu dengan Syaitan inilah yang banyak memporak-perandakan hidup manusia di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat nanti. 

- Majalah Solusi 05/2013
23.9.2019 : 5.57 pm

No comments:

Post a Comment