ZULHEIMY MAAMOR

Monday, 23 September 2019

MENANGANI PANAS BARAN

Panas baran adalah disebabkan kesukaran menangani perasaan marah. Ia dipengaruhi oleh syaitan dan merupakan pintuk untuk syaitan memasuki hati manusia. 

Punca Panas Baran:
  • Sikap yang diwarisi dari ahli keluarga
  • Emosi yang tidak terkawal, berlaku agresif, rasa dikecewakan, sifat ego atau tekanan perasaan. 
  • Persekitaran dan didikan. 
  • Gejala Sosial
  • Masalah kewangan atau keluarga. 
  • Bebanan kerja. 
Langkah menangani panas baran: 
  • Latih diri memberi pandangan positif tanpa menimbulkan kemarahan sekalipun. 
  • Menenangkan diri perlahan-perlahan. 
  • Mengawal perasaan marah dari dalam diri. 
  • Menarik nafas panjang dan dalam-dalam
  • Belajar menjadi masyarakat yang bertamadun. 
  • Mengamalkan sikap bertolak ansur. 
  • Mencipta hidup yang aman dan harmoni. 
Risiko individu panas baran:
  • Terdedah dengan serangan penyakit kronik seperti darah tinggi, sakit jantung dan migrain. 
  • Dijauhi atau dipulaukan masyarakat sekeliling. 
  • Jiwa kosong, tekanan perasaan atau murung yang melampau. 
  • Hilang kerjaya, kedudukan atau jawatan. 
  • Menyebabkan perceraian, pergaduhan, kecederaan atau kemalangan. 
  • Melakukan kesalahan jenayah atau penderaan. 
Menangani orang Panas Baran: 
  • Jangan menjawab caci makinya, sebaliknya bersabar menghadapinya. 
  • Jangan menambah lagi kemarahannya dengan melakukan sebarang provokosi kerana ia boleh membawa kemudaratan kepada dirinya atau orang lain.
  • Cuba elakkan daripada mencapai senjata tajam atau barang keras dan jika perkara tersebut berlaku, minta bantuan orang yang pakar untuk merampas senjata yang dipegangnya. 
  • Jangan menghampirinya jika dia telah sedia memegang senjata tajam.
  • Cuba bercakap dengannya dengan nada yang perlahan dan lembut. 
  • Minta dia menarik nafas panjang dan dalam-dalam dan ajarnya beristighfar. 
  • Memberinya minuman yang sejuk.
Tip hilangkan panas baran secara psikologi:
  • Berfikir secara positif dan tenang
  • Elakkan daripada memekik atau bertindak agresif. 
  • Tarik nafas panjang dan dalam-dalam - banyakkan membaca buku-buku agama dan motivasi.
  • Kenali diri - ketahui faktor yang boleh menjadi pemicu kepada sikap panas baran. 
  • Bezakan perkara dalam kawalan diri atau sebaliknya 
  • Dapatkan nasihat dan bimbingan. 
Tip hilangkan panas baran secara Islam: 
  • Mengubah posisi - Hadis Rasulullah s.a.w. : Jika kamu marah, dan ketika itu dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah dia duduk kerana ia akan mengurangkan kemarahan. Dan jika tidak, maka hendaklah dia berbaring. " - (Riwayat Muslim). 
  • Berwuduk - Hadis Rasulullah s.a.w , "Marah datangnya daripada syaitan, dan ia diciptakan daripada api sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh sebab itu, apabila kamu marah maka hendaklah berwuduk." - (Riwayat Abu Daud). 
  • Membaca Ta'awuz - iaitu "Aauuzubillahiminasyaitonirrajiim" bermaksud "Ya Allah lindungilah aku daripada syaitan yang direjam."
  • Banyakkan berzikir, bersalawat, bertahmid, bertahlil dan bertakbir. 
  • Kawal lisan 
  • Minum air sejuk kerana ia mampu memadamkan api kemarahan. 
  • Berkata pada diri : ingatkan diri bahawa perkara yang kita lakukan terhadap orang lain satu hari nanti akan berlaku atas diri kita juga. 
(Majalah Solusi 05/2013)

23.9.2019 : 7.37 pm


No comments:

Post a Comment