ZULHEIMY MAAMOR

Friday, 10 May 2019

BAGAIMANA TAMADUN SG. BATU DITEMUI

Saya cuba cerita na bagaimana Sungai Batu ditemui.
Begini. Semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi PM Malaysia, beliau mengarahkan data Lembah Bujang diperkemaskan untuk dijadikan pusat pelancongan negara di bawah NCIA. Sememangnya yang kita tahu sebut sahaja Lembah Bujang automatik kita tahu tentang candi-candi yang kini para pembaca boleh lawat di Muzium Arkeologi Merbok. Di kaki Gunung Jerai.
Dalam masa yang sama, sejak 2006, tapak arkeologi Sungai Batu asalnya adalah milik sebuah syarikat 'developer' dan sudah ada pelan pembangunan yang diluluskan oleh Kerajaan Tempatan untuk dibangunkan perumahan. Kalau ikut pelan yang pernah saya tengok, memang lengkap. Ada rumah, lot kedai, stesyen minyak yang di kanan dan kiri jalan raya baru dibina.
Arahan Tun Lah turun kepada Jabatan Warisan Negara seterusnya PPAG iaitu Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (USM) diminta untuk perkemas data tersebut.
Apabila PPAG mengambil tugas tersebut, timbul persoalan pada pasukan penyelidik. Selat Melaka telah digunakan sejak abad pertama masehi. Catatan pelayar dan pedagang menyatakan laluan Selat Melaka sibuk dengan kapal-kapal dagang dari benua-benua lain.
Tetapi mengapa sejarah diperkatakan pada kurun ke 15 iaitu Melaka sebagai pusat pelabuhan dan perdagangan antarabangsa. Kalau kita kira beza abad 15 dengan abad pertama masehi adalah 1400 tahun lamanya. 1400 tahun Selat Melaka digunakan tanpa ada kisah pelabuhan lain tiba-tiba muncul Melaka pada sekitar 1500 masehi.
Sedangkan Lembah Bujang di Kedah telah ada candi yang berusia abad ke 7 masehi yakni pada 700 tahun masehi.
Lagi sekali Melaka disebut melangkau fungsi Selat Melaka yang telah digunakan 1400 tahun lama sebelum munculnya Melaka sebagai pusat perdagangan antarabangsa dan selepas 700 tahun candi-candi dibina di Lembah Bujang.
Kedudukan Lembah Bujang pula adalah di tepi laut dengan Gunung Jerai sebagai 'landmark' kepada para pelayar.
Kita tidak menidakkan sejarah Melaka atau membandingkan tetapi nak kisahkan kepada pembaca bagaimana Sungai Batu dikesan.
Lalu PPAG menjalankan penyelidikan dengan lebih rapi iaitu dengan menggunakan beberapa kaedah dengan penggunan GIS atau Sistem Maklumat Geografi sepenuhnya. GIS dijalankan melalui penggunaan satelit. Maka dibuat pengesanan paras air laut, lautan serta daratan di kawasan Lembah Bujang pada abad pertama sehingga 2008.
4 grafik terhasil mewakili yang menunjukkan kedudukan paras air lautan dan daratan. 4 grafik itu dibahagi kepada 4 masa mengikut kurun pertama sehinggalah kurun ke 21 masehi.
Pada abad pertama masehi sahaja, grafik menunjukkan tempat-tempat di Lembah Bujang yang dijumpai candi-candi seperti Pengkalan Bujang dan Sungai Mas berada di dalam air. Keduanya masih jadi lautan. Jadi bermakna tak ada penempatan yang mestilah di atas darat.
Daratan yang paling hampir dengan laut dan sangat sesuai untuk persinggahan adalah Sungai Batu. Tapak Sungai Batu yang dijumpai tinggalan-tinggalan inilah yang paling hampir dengan laut. Dulu ianya daratan.
Dapat sahaja peta ni, maka lokasi dikenalpasti.
Seingat saya, berselang minggu sahaja PPAG turun sebelum developer pecah tanah dan naikkan pembangunan. Kalau lewat minggu-minggu ni saja, Melayu terus duduk dalam keadaan tidak tahu langsung sejarah mereka.
PPAG turun sahaja ke lokasi ini yang pada ketika itu masih di dalam ladang kelapa sawit yang besar, Sudah ada jalanraya telah dibina. Pijak sahaja kawasan, kelihatan bata-bata merah dipermukaan tanah dalam kelapa sawit.
Maka sebaik sahaja nampak dan dikenalpasti tapak purba, maka pemetaan dan penandaan dibuat, Terus projek perumahan diarah dihentikan kerana diyakini adanya tinggalan lama.
Sehingga kini selepas dibuat penyelidikan bermula tahun 2009, maka kita adalah waris pandai besi bertaraf dunia!
Itulah kisah mula Sungai Batu ditemui. Wallahua'lam.
Copy and paste: FB Kebangkitan Bani Jawi (Nusantara)
10.5.2019: 1.35 pm

No comments:

Post a Comment