ZULHEIMY MAAMOR

Friday, 10 May 2019

KESIAN MELAYU

Abdul Muati Ahmad
Orang Melayu dulu bangun sebelum subuh. Selepas solat subuh terus turun ke kebun menoreh getah. Ada yg turun menoreh sebelum subuh pun. Nyamuk jangan cerita. Harimau pun kadang2 ada.
Dlm pukul 9 atau 10 selesai menoreh. Kena tunggu susu getah penuh pot baru boleh kutip masuk baldi. Kemudian bawa ke pondok utk mesin jadi getah keping.
Sementara nak tunggu susu getah masuk pot inilah mereka ke warung utk minum kopi dan sembang2. Masa ni lah Mat Salleh baru bangun dan meronda masuk kampung. Dia tengok orang Melayu tadi dok bersembang lalu ditulis dlm bukunya Melayu malas.
Pesawah padi pun sama. Selesai musim menuai biasanya pada musim panas. Sementara nak tunggu hujan turun utk membajak semula dan memulakan musim baru, pesawah berehat sejenak. Musim peralihan ni angin biasanya kuat. Sesuai utk main layang2 di bendang yg sudah dituai.
Lalu datang Mat Salleh meronda dan lihat orang Melayu dok main layang2. Lalu ditulis dalam bukunya Melayu malas, lebih banyak berlibur daripada bekerja.
Hari ni anak cucu penoreh getah dan pesawah ini membaca buku2 yg ditulis Mat Salleh tadi. Lalu sebahagian mereka pun percaya sepenuh hati bahawa memang nenek moyang mereka pemalas.
Semasa saya menuntut di Amerika dulu saya lihat dgn mata kepala sendiri betapa malasnya Mat Salleh. Ada pensyarah Mat Salleh yg tak mau buat kuliah malam Selasa hanya kerana ada American Football game live di TV. Ada yg tamatkan kuliah lebih awal jika pasukan kegemarannya bermain.
Setiap musim panas mereka bercuti 3 bulan. Summer semester jika kita belajar, kena bayar yuran lebih sbb gaji pensyarah lebih tinggi jika disuruh bekerja pada musim panas.
Pelajar Mat Salleh pula hari Khamis mlm lagi dah nak mula happy hour, belum hujung minggu lagi. Mabuk dan berparti saja kegemaran kebanyakan mereka.
Jadi kemalasan ada di mana2 hatta di negara maju pun. Kemalasan bukan milik eksklusif bangsa Melayu. Memang ada segelintir Melayu yg malas, sama juga dgn semua bangsa lain di dunia ini. Tapi kebanyakan Melayu juga bekerja keras demi mencari rezeki dan keselesaan hidup. Jangan pukul rata...
Copy and pasteL FB Kebangkitan Bani Jawi (Nusantara)
10 Mei 2019 : 1.30 pm

No comments:

Post a Comment