ZULHEIMY MAAMOR

Friday, 10 May 2019

Biografi Perdana Menteri Kesultanan Kedah Dato' Wan Saman Wan Ismail


Izmal Karim
Dato Wan Mohd Saman Wan Ismail (1830 – 1898) merupakan Perdana Menteri Kesultanan Kedah dari tahun 1870 sehingga 1898. Beliau sempat bertugas dengan 3 orang Sultan Kedah:

1.Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah - 1854 - 1879
2.Sultan Zainal Rashid Muadzam Shah II - 1879- 1881
3.Sultan Abdul Hamid Halim Shah – 21 Jan 1882 – 13 Mei 1943


Wan Mohd Saman Wan Ismail di lahirkan pada tahun 1830 di Alor Janggus dan meninggal dunia pada 14 Disember 1898 serta dikebumikan di Makam DiRaja Langgar, Alor Setar Kedah. 
Nama Wan Mohd Saman amat sinonim dengan peninggalan Terusan Wan Mohd Saman yang menhubungkan Alor Setar hingga ke Kaki Gunung Jerai sepanjang 22 batu pada tahun 1885. Pembinaan terusan ini amat bertepatan dengan gelaran negeri Jelapang Padi.

Sektor pertanian melalui penanaman padi secara besar-besaran menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi Kesultanan Kedah dengan pembinaan terusan ini. Amat bertepatan Wan Mat Saman di kenali sebagai Bapa Pembangunan Kesultanan Kedah Moden pada kurun ke -19.
Dasar-dasar pembangunan di Kesultanan Kedah ketika ini banyak berkait rapat dan di pengaruhi dengan perkembangan sektor pertanian di Kerajaan Siam. Ini kerana Kesultanan Kedah merupakan salah sebuah negeri-negeri di utara Semenanjung Tanah Melayu yang berada di bawah naungan kerajaan Siam sehingga 1909.
Salah satu portrait RaRe Wan Mohd Saman Wan Ismail yang berjaya di temui ketika kunjungan (Kajian Lapangan) di Arkib Negara Siam ( Thailand) yang rakamkan oleh Studio Robert Lenz & Co Singapore (Corner Stamford Road & Hill Street) pada 4 April 1897.
Penemuan ini sebagai bukti yang amat jelas, masih banyak lagi foto-foto dari Kesultanan Melayu di negeri-negeri utara Semenanjung Tanah Melayu yang tersimpan serta di jaga dengan baik oleh pihak Arkib Negara Siam (Thailand) dari keseluruhan koleksi yang hampir 33 ribu keping foto.
Di harap pada masa akan datang ada lagi para Pengkaji Bebas (Independent Researcher), Ahli Akademik, Peminat Sejarah, Waris Keturunan ataupun institusi yang berkaitan dapat meneruskan aktiviti ini dengan sokongan kuat dari pihak Istana Kesultanan Melayu (Kedah, Perlis, Kelantan & Terengganu).
Ini kerana semua institusi ilmu,pendidikan, kebudayaan, warisan dan sejarah seperti Perpustakaan, Arkib, Muzium dan Galeri berada di bawah naungan dan payung Raja-Raja Thailand secara langsung.
Rujukan :
1.Arkib Negara Malaysia.
2.Arkib Negara Siam (Thailand).
3.Memori Kedah – Laman Website Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.

Copy and paste: FB Lembaran Sejarah
10.5.2019: 1.40 pm

No comments:

Post a Comment