ZULHEIMY MAAMOR

Sunday, 28 April 2019

Ishikawa/Ishigawa-san

Baru saja berkenalan dengan saudara Muhammad Faris Imadi di group BANZAI!(group perbincangan mengenai sejarah militari Jepun).
Apa yang menariknya ialah, saudara Faris Imadi sedang dalam usaha untuk menjejak moyangnya, seorang tentera Jepun (IJA) yang hanya dikenali sebagai "Ishikawa/Ishigawa". Ishikawa/Ishigawa-san ialah seorang juruterbang tentera yang (mungkin) berkhidmat di bawah Divisi Udara Ke-3 bersama-sama Divisi Tentera Ke-25 IJA menyerang dan menguasai Kuala Lumpur pada 11 Januari 1942.
Setelah Jepun berjaya menguasai Kuala Lumpur dan Selangor, Ishikawa-san ditempatkan di Sungai Buloh, iaitu di Kampung Merbau Sempak sebagai seorang Pegawai Pertanian yang mengawasi penanaman padi. Dikatakan Ishikawa/Ishigawa-san ini sangat rapat dengan orang2 kampung. Setelah beberapa ketika, Ishikawa/Ishigawa-san berkahwin dengan sorang wanita Melayu yang bernama Kamisah, seorang janda yang tua 4 tahun dari Ishikawa/Ishigawa-san. Dia telah memeluk Islam dan menggunakan nama Salleh.
Ishikawa/Ishigawa-san juga telah dijadikan sebagai anak angkat oleh Ketua Kampung Merbau Sempak ketika itu, En. Ismail.
Di antara tahun 1943-1944, tentera PKM (Komunis/MPAJA) telah menyerang beberapa kampung dan mencari orang2 yang pernah bekerjasama dengan pihak Jepun. Malang sekali bagi En. Ismail dan adiknya, mereka telah dibunuh oleh komunis semasa Ishikawa/Ishigawa-san menghadiri satu mesyuarat di Kuala Lumpur. Dan bagi keluarga Pn. Kamisah, mereka terpaksa sembunyikan segala maklumat berkaitan dengan Ishikawa/Ishigawa-san demi keselamatan keluarga.
Setelah Jepun menyerah kalah pada Ogos 1945, Ishikawa/Ishigawa-san telah menerima arahan dari ibupejabat (Marai Gunsei Honbu) di Kuala Lumpur untuk kembali ke Jepun. Namun begitu, anak bersama hasil perkahwinan dia dan Kamisah, Daud telah dilahirkan pada 1946. Dan anaknya tidak pernah melihat wajah ayahnya selepas itu.
Dikatakan pihak Jepun telah membakar segala rekod yang ada sebelum mereka menyerah kalah di Kuala Lumpur. Mungkin rekod2 berkaitan Ishikawa/Ishigawa-san juga telah dibakar.
15 tahun selepas itu, pada tahun 1960, Ishikawa/Ishigawa dikatakan telah kembali semula ke Malaya untuk mencari isteri dan anaknya. Namun malang sekali apabila Ishikawa/Ishigawa telah diberitahu bahawa anaknya telah meninggal.
...tetapi yang sebenar, anaknya masih hidup. Dan disembunyikan dari pengetahuan Ishikawa/Ishigawa-san. Mengapa? Bagi menghalang Ishikawa/Ishigawa membawa anak lelakinya ke Jepun.
Itu adalah kisah yang telah diceritakan oleh saudara Imadi kepada saya melalui lisan yang diberitahu oleh datuknya semasa kecil dan neneknya. Sedih, dramatik dan penuh dengan sejarah. Hampir2 saja ditelan zaman!
Gambar dibawah adalah gambar anak Ishikawa/Ishigawa-san, Allahyarham En. Daud bin Salleh, dan gambar lama tersebut adalah satu2nya maklumat yang ada mengenai Ishikawa/Ishigawa-san (atau nama Islamnya Salleh).
Saudara Faris Imadi ada juga cuba mencari di arkib2 namun menemui jalan buntu.
Kepada yang ada maklumat mengenai Ishikawa/Ishigawa-san bolehlah menghubungi saudara Imadi melalui FB Messenger.
Satu kisah sejarah yang agak menarik untuk dikupas dan dicari~
Copy and paste: FB Malaya Historical Group
https://www.facebook.com/groups/123793270970953/
28 April 2019 : 9.43 am

No comments:

Post a Comment