ZULHEIMY MAAMOR

Monday, 22 April 2019

PENGALAMAN PEMBEDAHAN PINTASAN JANTUNG - BAHAGIAN 2

Sambungan :

ACUTE CORONARY SYNDROM (ACS) - PENGALAMAN KU :HOSPITAL ANGKATAN TENTERA TUANKU MIZAN KL


Setelah dikeluarkan (discharged) dari Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 14 Februari 2019, saya pun menjalani kehidupan biasa di rumah saya sehinggalah sesuatu yang tidak diduga berlaku pada 24 Februari 2019 jam 11.00 malam dimana saya mengalami kesakitan di bahagian dada hingga ke lengan kiri. 
Mulanya saya menyangkan diserang gastrik, namun kesakitan kali agak berlainan dari selalu.... saya terus meminta isteri saya menghubungi kakak saya yang kebetulan tinggal tidak jauh dari rumah saya. Kakak saya telah segera menghubungi Ambulan kerana mengesyaki saya diserang penyakit Jantung. 
Ketika menunggu ketibaan ambulan.. saya masih ingat masa tu saya telah mengalami keadaan separuh sedar dan akhirnya saya terus tidak sedar.
Saya hanya sedar ketika berada didalam ambulan dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur.  Syukur Alhamdullillah Allah swt masih memberi peluang kepada saya untuk meneruskan kehidupan. 
Saya tiba di Zon Kritikal Hospital Kuala Lumpur (tidak ingat waktunya) malam itu dan telah menunggu beberapa orang doktor dan jururawat untuk memberi rawatan kecemasan pada saya... namun saya ketika itu telah pun sedar dan agak stabil...namun doktor dan jururawat di wad kecemasan terus memantau tahap kesihatan saya hingga keadaan saya benar-benar stabil. 
Setelah disahkan keadaan saya stabil, saya terus dimasukkan ke Wad CRW (Coronary Rehabilitation Ward) pada jam 5.30 pagi. 


Hasil carian imej untuk hospital kuala lumpur
Disinilah saya diturunkan dari Ambulan pada malam tersebut. 

Hospital Besar Kuala Lumpur atau Hospital Kuala Lumpur (HKL) ialah sebuah hospital besar utama di Kuala LumpurMalaysia.
Dibina pada tahun 1870 dengan hanya 3 buah wad sahaja ketika itu. 
Hospital ini mempunyai 49 buah jabatan dan unit-unit lain. Ini termasuk Jabatan Pentadbiran dan Kewangan, Jabatan Farmaseutikal, Latihan dan Penyelidikan, 23 buah jabatan klinik dan 11 buah klinik perkhidmatan sokongan.
Hospital Kuala Lumpur kini ialah sebuah hospital terbesar di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia dan dianggap salah satu yang terbesar di rantau Asia tenggara (ASEAN). Ia adalah sebuah hospital kerajaan berujukan tinggi, terletak di tanah perdana berkeluasan 150 ekar dengan 83 buah wad dan 2 502 buah katil.
HKL mempunyai pekerja besar dengan 7 000 orang pekerja dengan hampir 100 buah pekerjaan dalam pelbagai bidang dan disiplin-disiplin. Selain jumlah bilangan kakitangan, terdapat kira-kira 200 orang perunding dan pakar-pakar, 500 orang pegawai perubatan dan pendaftar, 10 orang matron, 100 orang saudara perempuan (pengurus-pengurus wad), 1 600 orang jururawat berdaftar, 750 orang pembantu jururawat terlatih dan 40 orang bidan-bidan terlatih. Baki kakitangan adalah ahli farmasi, tutor, penolong ahli farmasi, pembantu perubatan, kakitangan pentadbiran dan pengiring-pengiring hospital.

Saya berada di CRW wad Hospital Kuala Lumpur selama 5 malam dan dikeluarkan (discharged) pada 1 Mac 2019. 
Sepanjang 5 hari berada di wad ini, tahap kesihatan saya telah dipantau dan pelbagai ujian dijalankan seperti Ujian ECG, Echo ECG, X ray dan sebagainya. 




 jam 5.30 pagi seorang jururawat bertugas malam yang sentiasa memantau tahap kesihatan pesakit di wad mengikut masa yang ditentukan.


Setelah tahap kesihatan saya stabil dan doktor berpuashati, saya dibenarkan keluar wad pada hari Jumaat 1 Mac 2019. 
Pihak HKL telah menetapkan tarikh temujanji saya Institut Jantung Negara untuk menjalani ujian Angiogram pada 19 Mac 2019. 

Bersambung ke :
PENGALAMAN PEMBEDAHAN PINTASAN JANTUNG - BAHAGIAN 3

No comments:

Post a Comment