ZULHEIMY MAAMOR

Tuesday, 23 April 2019

Islam dan perhambaan :Jawapan Dari Sudut Hadith dan Sejarah

Oleg Douglas Kirk
Kita melihat golongan liberal atau murtad akan menyerang islam melalui perhambaan. Mereka turut mendakwa bahawa Islam membenarkan merogol hamba perempuan berdasarkan salah lfaham yang sengaja terhadap hadith ini:
حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، أَخْبَرَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ جَعْفَرٍ، عَنْ رَبِيعَةَ بْنِ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ يَحْيَى بْنِ حَبَّانَ، عَنِ ابْنِ مُحَيْرِيزٍ، أَنَّهُ قَالَ دَخَلْتُ الْمَسْجِدَ فَرَأَيْتُ أَبَا سَعِيدٍ الْخُدْرِيَّ فَجَلَسْتُ إِلَيْهِ فَسَأَلْتُهُ عَنِ الْعَزْلِ،، قَالَ أَبُو سَعِيدٍ خَرَجْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فِي غَزْوَةِ بَنِي الْمُصْطَلِقِ، فَأَصَبْنَا سَبْيًا مِنْ سَبْىِ الْعَرَبِ، فَاشْتَهَيْنَا النِّسَاءَ وَاشْتَدَّتْ عَلَيْنَا الْعُزْبَةُ، وَأَحْبَبْنَا الْعَزْلَ، فَأَرَدْنَا أَنْ نَعْزِلَ، وَقُلْنَا نَعْزِلُ وَرَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم بَيْنَ أَظْهُرِنَا قَبْلَ أَنْ نَسْأَلَهُ فَسَأَلْنَاهُ عَنْ ذَلِكَ فَقَالَ ‏ "‏ مَا عَلَيْكُمْ أَنْ لاَ تَفْعَلُوا، مَا مِنْ نَسَمَةٍ كَائِنَةٍ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ إِلاَّ وَهْىَ كَائِنَةٌ ‏"
Dari Ibn Muhairiz ia berkata : “Aku masuk kedalam masjid, maka aku mendapatkan Abu Said Al-Khudry di dalamnya, lalu aku duduk mendekat kepadanya, maka aku tanyakan kepadanya tentang Azl, maka ia berkata : dalam peperangan Bani Mustholiq,r“Kami telah keluar bersama Rosulullah dan kami menawan tawanan dari tawanan-tawanan arab. Lalu kami berkehendak kepada wanita, kerana kami jauh dari isteri-isteri kami. Sedangkan kami suka melakukan Azl (menumpahkan air mani di luar rahim wanita), dan kami ingin melakukannya. Maka kami berkata : berada ditengah-tengah kami, “.”*Maka kami berkata: “Apakah kita akan melakukan ‘azl sebelum bertanya, sementara Rasulullah S.A.W berada di antara kita? Lalu kami bertanya tentang Azl. Maka Baginda bersabda: “Mengapa kalian tidak melakukannya, kerana tidak ada satu jiwa pun yang telah ditaqdirkan hingga Hari Kiamat, kecuali pasti ianya akan terjadi."
[Sahih Bukhari, Kitab Al-Maghazi, Hadith 4183]
Hadith yang lebih kurang sama juga diriwayatkan dalam Sahih Muslim, 3371 dan Kitab Al-Muwatta, Kitab At-Talaq, Hadith 95 dan Hadith 1260]
Fahaman golongan liberal/murtad yang seangkatannya terhadap hadith-hadith ini lebih kurang begini:
1. Riwayat ini menunjukkan bahawa Orang Islam biasa bersetubuh dengan wanita tawanan perang mereka
2. Tawanan perempuan itu disetubuhi tanpa kerelaan mereka, kerana keluarga mereka baru sahaja dibunuh dalam Perang Bani Mustaliq, tidak mungkin mereka rela disetubuhi oleh orang-orang yang baru sahaja menawan mereka.
3. Oleh itu, Tentera Muslim dikira sebagai merogol tawanan wanita Bani Mustaliq kerana bersetubuh dengan mereka tanpa kerelaan mereka.
Sebelum kita pergi lebih jauh, mari kita lihat bagaimanakah keadaan budaya Yahudi, Nasrani dan Orang-Orang Samawi (Semites) di Timur Tengah ketika itu:
“Para wanita akan mengikut ayah dan suami mereka ke medan perang dan mereka akan memakai pakaian dan perhiasan yang paling cantik sebelum pertarungan bermula, dengan harapan bahawa mereka akan dapat menarik perhatian askar yang menawan mereka jika berlaku kekalahan”
[John McClintock, James Strong, "Encyclopedia of Biblical, Theological, and Ecclesiastical Literature" [Harper & Brothers, 1894], p. 782]
“Para wanita sejak sekian lama akan sentiasa mengikuti gerakan tentera untuk membasuh pakaian askar, menjaga mereka yang sakit dan cedera, dan melayani mereka sebagai pelacur. Mereka akan berpakaian dan berhias dengan cantik untuk menarik perhatian askar-askar yang memenangi peperangan”
[Matthew B. Schwartz, Kalman J. Kaplan, "The Fruit of Her Hands: The Psychology of Biblical Women" [Wm. B. Eerdmans Publishing, 2007] , pp. 146-147)]
Walaupun petikan ini merujuk kepada zaman Israeliyyat, ianya boleh diaplikasi dalam keadaan zaman Bani Mustaliq dan Kabilah-Kabilah Arab di Semenanjung Tanah Arab dalam keadaan ini kerana mereka juga membawa bersama mereka wanita-wanita dalam peperangan ini, mengikut budaya Yahudi, Nasrani, dan Orang-orang Samawi (Semite) ketika itu yang membawa wanita turut serta dalam Peperangan.
Ini menunjukkan adalah norma pada zaman itu untuk bersetubuh dengan hamba wanita yang menjadi tawanan dalam sesuatu peperangan, dan perempuan yang ditawan juga tahu akan kebiasaaan bahawa mereka akan disetubuhi oleh Tuan mereka seandainya mereka ditawan jika kalah dalam peperangan, seperti yang kita nyatakan di atas.
Timbul persoalan. Adakah Kaum Muslimin yang memiliki hamba perempuan (selepas ini dipanggil jariyah) dibenarkan bersetubuh dengan Jariyah tersebut tidak rela dengan perbuatan tersebut?
Untuk mengetahui apakah pendapat Islam tentang hukuman bagi seorang Tuan yang merogol Jariyah mereka, mari kita merujuk kepada riwayat ini:
أخبرنا أبو الحسين بن الفضل القطان أنبأ عبد الله بن جعفر بن درستويه ثنا يعقوب بن سفيان ثنا الحسن بن الربيع ح وأخبرنا أبو نصر بن قتادة أنبأ أبو الفضل بن خميرويه أنبأ أحمد بن نجدة ثنا الحسن بن الربيع ثنا عبد الله بن المبارك عن كهمس عن هارون بن الأصم قال بعث عمر بن الخطاب رضى الله تعالى عنه خالد بن الوليد في جيش فبعث خالد ضرار بن الأزور في سرية في خيل فأغاروا على حي من بني أسد فأصابوا امرأة عروسا جميلة فأعجبت ضرارا فسألها أصحابه فأعطوها إياه فوقع عليها فلما قفل ندم وسقط به في يده فلما رفع إلى خالد أخبره بالذي فعل فقال خالد فإني قد أجزتها لك وطيبتها لك قال لا حتى تكتب بذلك إلى عمر فكتب عمر أن أرضخه بالحجارة فجاء كتاب عمر رضى الله تعالى عنه وقد توفي فقال ما كان الله ليخزي ضرار بن الأزور
Terjemahan:

Abu al-Hussain ibn al-Fadhl al-Qatan meriwayatkan daripada Abdullah ibn Jaffar ibn Darestweh daripada Yaqub ibn Sufyan daripada al-Hassab ibn Rabi’ daripada Abdullah ibn al-Mubarak daripada Kahmas daripada Harun ibn Al-Asam yang menceritakan:
Umar bin al-Khatab (R.A.) telah menghantar Khalid bin al-Walid dalam satu sariyyah dengan sekumpulan tentera, dan Khalid menghantar Dharar ibn Al-Auwzwar dalam satu pasukan kecil dan mereka telah menawan satu penempatan yang diduduki oleh Bani Asad.
Mereka kemudian berjaya menawan seorang perempuan yang cantik, Dharar sangat suka dengannya, dan dia meminta kepada raka-rakan sekumpulannya agar mereka menghadiahkan perempuan itu kepadanya dan mereka bersetuju dengan kehendak Dharar. Dia kemudiannya bersetubuh dengan perempuan itu.
Setelah dia selesai menjalankan tugasnya (yakni menawan penempatan Bani Asad), dia merasa bersalah (kerana menyetubuhi perempuan tersebut), dan dia pergi kepada Khalid dan memberitahu Khalid apa yang dia lakukan. Khalid berkata: “Aku membenarkan kepada kamu dan menghalalkan kepada kamu (perbuatan tersebut, yakni bersetubuh dengan tawanan wanita itu). Namun Dharar berkata: “Tidak, tidak sehingga kamu menghantar surat kepada Umar (untuk memberitahu kepadanya tentang perkara ini). (Mereka kemudian menghantar surat kepada Umar) dan Umar membalas bahawa dia (Dharar wajib dihukum dengan hukuman rejam. Namun apabila surat Umar sampai kepada kumpulan tentera Khalid Al-Waliad, Dharar telah meninggal dunia. (Khalid) berkata: “Allah tidak mahu memalukan Dharar”
[Sunan Al Bayhaqi, Jilid 84 Hadith no. 18001]
Athar ini sungguh jelas menunjukkan bahawa Umar Al-Khattab memerintahkan agar mereka yang merogol jariyah akan dikenakan hukuman rejam.
Apakah golongan liberal seperti mahu menyatakan bahawa mereka lebih memahami hukum hakam Islam dari Umar Al-Khattab, sehingga mereka menuduh Islam membenarkan Lelaki Muslim merogol jariyah mereka?
Apakah pendapat para fuqaha tetang hukuman kepada mereka yang merogol jariyah (hamba perempuan)?
Daripada Kitab Al-Muwatta karangan Imam Malik ibn Anas:
حَدَّثَنِي مَالِكٌ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ، أَنَّ عَبْدَ الْمَلِكِ بْنَ مَرْوَانَ، قَضَى فِي امْرَأَةٍ أُصِيبَتْ مُسْتَكْرَهَةً بِصَدَاقِهَا عَلَى مَنْ فَعَلَ ذَلِكَ بِهَا ‏.‏ قَالَ يَحْيَى سَمِعْتُ مَالِكًا يَقُولُ الأَمْرُ عِنْدَنَا فِي الرَّجُلِ يَغْتَصِبُ الْمَرْأَةَ بِكْرًا كَانَتْ أَوْ ثَيِّبًا إِنَّهَا إِنْ كَانَتْ حُرَّةً فَعَلَيْهِ صَدَاقُ مِثْلِهَا وَإِنْ كَانَتْ أَمَةً فَعَلَيْهِ مَا نَقَصَ مِنْ ثَمَنِهَا وَالْعُقُوبَةُ فِي ذَلِكَ عَلَى الْمُغْتَصِبِ وَلاَ عُقُوبَةَ عَلَى الْمُغْتَصَبَةِ فِي ذَلِكَ كُلِّهِ وَإِنْ كَانَ الْمُغْتَصِبُ عَبْدًا فَذَلِكَ عَلَى سَيِّدِهِ إِلاَّ أَنْ يَشَاءَ أَنْ يُسَلِّمَهُ ‏
Terjemahan:
"Malik telah meriwayatkan daripada Ibn Shihab (Az-Zuhri) bahawa Abdul Malik Ibn Marwan telah memutuskan hukuman bahawa perogol harus membayar mahar bagi wanita yang dirogol.
Yahya berkata bahawa dia mendengar dari Imam Malik:
“Apa yang dilakukan di kalangan kami berkenaan dengan lelaki yang merogol wanita, perawan atau bukan perawan; jika dia (perempuan itu) adalah seorang merdeka, maka dia (lelaki itu) haruslah membayar mahar yang sesuai dengannya. Jika dia (perempuan itu) adalah seorang hamba, maka dia mesti membayar nilai yang telah dia kurangkan terhadap hamba itu.
Hukuman Hadd (Sebat 100 kali atau rejam) akan dikenakan kepada perogol dalam keadaan ini, dan tiada hukuman akan dikenakan kepada wanita yang dirogol. Jika yang melakukan jenayah merogol adalah seorang hamba lelaki, maka ianya adalah (tanggungan) ke atas Tuannya, melainkan jika Tuannya menyerahkannya.”
[Al-Muwatta, Kitab Al-Aqdiah, Hadith 14 dan Hadith 1418]
Daripada Sahih Bukhari, hukuman bagi mereka yang merogol hamba perempuan:
وَقَالَ اللَّيْثُ حَدَّثَنِي نَافِعٌ، أَنَّ صَفِيَّةَ ابْنَةَ أَبِي عُبَيْدٍ، أَخْبَرَتْهُ أَنَّ عَبْدًا مِنْ رَقِيقِ الإِمَارَةِ وَقَعَ عَلَى وَلِيدَةٍ مِنَ الْخُمُسِ، فَاسْتَكْرَهَهَا حَتَّى افْتَضَّهَا، فَجَلَدَهُ عُمَرُ الْحَدَّ وَنَفَاهُ، وَلَمْ يَجْلِدِ الْوَلِيدَةَ مِنْ أَجْلِ أَنَّهُ اسْتَكْرَهَهَا‏.‏ قَالَ الزُّهْرِيُّ فِي الأَمَةِ الْبِكْرِ، يَفْتَرِعُهَا الْحُرُّ، يُقِيمُ ذَلِكَ الْحَكَمُ مِنَ الأَمَةِ الْعَذْرَاءِ بِقَدْرِ قِيمَتِهَا، وَيُجْلَدُ، وَلَيْسَ فِي الأَمَةِ الثَّيِّبِ فِي قَضَاءِ الأَئِمَّةِ غُرْمٌ، وَلَكِنْ عَلَيْهِ الْحَدُّ‏.‏
“Seorang hamba lelaki milik kerajaan cuba untuk menggoda seorang hamba perempuan hasil tawanan dari 1/5 ghanimah perang dan dia bersetubuh dengan hamba perempuan itu secara paksa; maka Umar menghukum sebat ke atasnya dan memulaukannya, tetapi dia tidak menghukum sebat hamba perempuan itu kerana hamba lelaki itu telah menyetubuhinya secara paksa.”
Az-Zuhri berkata berkenaan dengan seorang jariyah yang perawan yang dirogol oleh lelaki yang merdeka: Hakim hendaklah menghukum denda sebanyak nilai harga yang sama dengan harga jariyah tersebut, dan perogol itu disebat; tetapi jika jariyah tersebut bukan seorang perawan (janda; pernah berkahwin), maka mengikut keputusan Imam,perogol tidak dikenakan denda, tetapi dia dikenakan hukuman had (sebat atau rejam)”
[Sahih Bukhari, Kitab Al-Ikrah, Hadith 10]
Ini semua adalah dalil yang mencukupi untuk menangkis fitnah dan tuduhan liberal bahawa Islam membenarkan seseorang lelaki untuk merogol hamba perempuannya.
Kemudian timbul pula dakwaan, bagaimana jika seseorang lelaki Muslim itu mempunyai hamba perempuan, namun hamba perempuan itu tidak mahu bersetubuh dengan lelaki tersebut? Adakah lelaki itu boleh memaksa perempuan itu bersetubuh dengannya?
Sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk dari Rasulullah S.A.W. Baginda telah memberi perintah dan panduan yang sangat jelas tentang tatacara bagi kaum Muslimin untuk melayan hamba miliknya:
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَمْرٍو الرَّازِيُّ، حَدَّثَنَا جَرِيرٌ، عَنْ مَنْصُورٍ، عَنْ مُجَاهِدٍ، عَنْ مُوَرِّقٍ، عَنْ أَبِي ذَرٍّ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ "‏ مَنْ لاَءَمَكُمْ مِنْ مَمْلُوكِيكُمْ فَأَطْعِمُوهُ مِمَّا تَأْكُلُونَ وَاكْسُوهُ مِمَّا تَكْتَسُونَ وَمَنْ لَمْ يُلاَئِمْكُمْ مِنْهُمْ فَبِيعُوهُ وَلاَ تُعَذِّبُوا خَلْقَ اللَّهِ
Rasulullah S.A.W. bersabda: Berikan makanan kepada hamba kamu daripada apa yang kamu makan, dan pakaikanlah mereka dari apa yang kamu pakai, dan jual lah hamba yang kamu tidak redha kepadanya dan janganlah menghukum makhluk Allah
[Sunan Abi Daud, Kitab Al-Adab, Hadith 389, Sahih menurut penilaian Al-Albani]
Secara mafhum, kalau Rasulullah S.A.W melarang seseorang menyakiti hamba miliknya sendiri dan memerintahkan agar menjualnya jika dia tidak redha kepadanya, maka jika hamba perempuan tersebut tidak rela untuk bersetubuh dengan lelaki Muslim itu, maka hendaklah lelaki itu menjualnya, dan tidak boleh dia memaksa hamba perempuan itu untuk bersetubuh dengannya
حَدَّثَنَا آدَمُ، قَالَ‏:‏ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، قَالَ‏:‏ حَدَّثَنَا حُصَيْنٌ قَالَ‏:‏ سَمِعْتُ هِلاَلَ بْنَ يَسَافٍ يَقُولُ‏:‏ كُنَّا نَبِيعُ الْبَزَّ فِي دَارِ سُوَيْدِ بْنِ مُقَرِّنٍ، فَخَرَجَتْ جَارِيَةٌ فَقَالَتْ لِرَجُلٍ شَيْئًا، فَلَطَمَهَا ذَلِكَ الرَّجُلُ، فَقَالَ لَهُ سُوَيْدُ بْنُ مُقَرِّنٍ‏:‏ أَلَطَمْتَ وَجْهَهَا‏؟‏ لَقَدْ رَأَيْتُنِي سَابِعَ سَبْعَةٍ وَمَا لَنَا إِلاَّ خَادِمٌ، فَلَطَمَهَا بَعْضُنَا، فَأَمَرَهُ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم أَنْ يُعْتِقُهَا‏.‏
Hilal ibn Yasaf berkata:
Kami biasa menjual kain di dalam rumah Suwaid ibn Muqarrin. Seorang hamba perempuan keluar dan berkata sesuatu kepada salah satu lelaki yang ada dan lelaki itu kemudian melempang hamba perempuan itu. Suwaid ibn Muqarrin berkata: "Adakah kamu melempang dia?" Ada tujuh orang di antara kami dan kami hanya ada satu hamba. Salah satu dari kami memukulnya, dan Rasulullah S.A.W. memerintahkan dia agar membebaskannya (hamba perempuan itu)
[Adab Al-Mufrad, Jilid 9, Haditth 21, Sahih menurut penilaian Al-albani]
Ibn Umar berkata:
أَنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ ‏ "‏ مَنْ لَطَمَ مَمْلُوكَهُ أَوْ ضَرَبَهُ فَكَفَّارَتُهُ أَنْ يُعْتِقَهُ ‏"‏.
Aku mendengar bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Sesiapa yang melempang atau memukul hambanya, maka kafarahnya adalah dibebaskan hamba (yang dipukul) tersebut"
[Sahih Muslim, Kitab Al-Iman, Hadith 46]
Jikalau memukul, melempang dan menyakiti seorang hamba pun dilarang oleh Rasulullah S.A.W., apatah lagi merogol hamba.
Bahkan dalam Islam, hamba perempuan mempunyai beberapa hak yang tiada pada hamba-hamba lain pada zaman itu, antaranya ialah:
1. Anak hasil persetubuhan dengan Tuannya dikira sebagai seorang yang merdeka. Ini berbeza dengan budaya pada zaman itu, di mana anak hasil hubungan Tuan dan hamba perempuan masih dipandang hina dan dianggap sebagai hamba.
2. Jika hamba perempuan itu melahirkan anak, ianya dikira sebagai Ummu Walad, yakni dia telah dijamin kebebasan setelah kematian Tuannya, dan Tuannya tidak boleh menjualnya kepada sesiapa sahaja setelah dia melahirkan anak.
Bahkan Napoleon Bonaparte sangat mengkagumi hak-hak seorang hamba yang dikurniakan oleh syariat Islam sehingga inilah kata-kata-nya ketika dia berjaya menawan Mesir:
“The slave inherits his master's property and marries his daughter. The majority of the Pashas had been slaves. Many of the grand viziers, all the Mamelukes, Ali Ben Mourad Beg, had been slaves. They began their lives by performing the most menial services in the houses of their masters and were subsequently raised in status for their merit or by favour. In the West, on the contrary, the slave has always been below the position of the domestic servants; he occupies the lowest rug. The Romans emancipated their slaves, but the emancipated were never considered as equal to the free-born. The ideas of the East and West are so different that it took a long time to make the Egyptians understand that all the army was not composed of slaves belonging to the Sultan al-Kabir.”
Cherfils, Bonaparte et l'Islam (Paris, 1914)
Terjemahan:
"Hamba-hamba mewarisi harta Tuan mereka dan berkahwin dengan anak perempuan Tuannya. Kebanyakan Pashas adalah seorang hamba. Kebanyakan Wazir, kesemua Mamluk,Ali Ben Mourad Beg, adalah dahulunya hamba. Mereka memulakan kehidupuan mereka dengan menjalankan tugas yang sangat remeh di rumah Tuan mereka sehinggalah kedudukan mereka diangkat, sama ada kerana hasil usaha mereka atau kerana disanjungi oleh Tuan mereka.
Di barat pula, keadaannya terbalik, golongan hamba sentiasa berada di bawah kedudukan dan taraf pembantu rumah, dia meduduki status yang terbawah. Orang-Orang Rom membebaskan hamba mereka, namun hamba yang dibebaskan tidak pernah dianggap sama taraf dengan orang yang lahir merdeka. Idea-idea Timur dan Barat sangat berbeza sehingga ianya mengambil masa yang lama untuk Orang-orang Mesir faham bahawa keseluruhan Tentera (Napoleon) tidak terdiri daripada hamba yang dimiliki oleh Sultan Al-Kabir.(Sultan Al-Kabir di sini merujuk kepada Napoleon Bonaparte)
Copy and paste: FB Kebangkitan Bani Jawi (Nusantara)
23.4.2019: 4.21 am

No comments:

Post a Comment