ZULHEIMY MAAMOR

Thursday, 30 April 2026

HARTA KARUN PALING MAHAL DI DUNIA MILIK TANAH MELAYU !


Posted by: Nizam Ali
KISAH & SEJARAH
15 Januari 2026

Tahukah anda bahawa harta karun yang paling mahal tetapi hilang di dunia milik Tamadun Melayu? Semua sedia maklum kekayaan Kesultanan Melayu Melaka (KMM) pada abad ke-15 yang menjadikannya sebagai antara kerajaan yang paling kaya dan paling berkuasa di Nusantara ketika itu. Kesibukan Melaka sebagai pelabuhan entrepot ketika itu menjadikannya sebagai Venice versi Timur.
Tetapi semua itu berakhir menerusi serangan Portugal yang diketuai Alfonso de Alburquerque ke atas Melaka pada tahun 1511. Serangan tersebut menyaksikan banyak khazanah berharga Melaka cuba dibawa pulang ke Portugal menerusi kapal Flor de la Mar tetapi hasrat Alburquerque tidak kesampaian apabila kapal tersebut karam pada tahun sama.
Rekod hari ini meramalkan bahawa jumlah harta yang tenggelam bersama Flor De La Mar yang dirampas daripada Melaka berjumlah sekitar 2.6 Billion Dollar dan dianggap harta karun paling mahal dalam kategori harta karun yang hilang? Jumlah tersebut merangkumi:
1. Perempuan perempuan penenun kain
2. Anak-anak perempuan bangsawan Melaka
3. Tiang tiang Istana Melayu Melaka yang dihias dan dilepa dengan emas dan perak
4. Tanduk gajah Sultan Melaka yang disepuh emas
5. 600 Tan Emas barang kemas
6. Meja berkaki emas 7. 7.Gelang Sakti Nakhoda Beego
8. 6 bijik Singa tembaga besar hadiah Maharaja Cina
9. Baju perisai perang berkain baldu, senjata, dan topi besi berhias indah
10. Baju-naju berkain baldu dan sutera
11. Mangkuk mangkuk perak
12. 2 pasu besar
13. Perabot-perabot indah
14. 200 kotak berlian, rubi, permata-permata mahal.
Wujud laporan kebanyakan harta tersebut hilang dalam lautan tetapi ada juga menyatakan mana-mana harta yang dapat diselamatkan dibawa pulang ke Portugal atau dikutip oleh penduduk tempatan. Jika benar laporan ini, tidak mustahil sesetengah harta KMM ini menjadi asas kekayaan kerajaan-kerajaan Melayu selepasnya seperti Kesultanan Johor dan Kesultanan Acheh.
Bukan sekali penemuan lokasi sebenar kapal didakwa di media massa seperti imej dron lokasi kapal dikatakan berada di Laut Jawa berhampiran Semarang, Indonesia pada tahun 2014. Bagaimanapun, menurut Ketua Menteri Melaka ketika itu, Datuk Seri Idris Haron, ia harus disahkan 100% sebagai benar sebelum sebarang tuntutan royalti boleh dibuat dengan Jakarta.
Oleh: Helmi Effendy
--- The Patriot ---

C&P
30 April 2026: 12.17 p.m

No comments:

Post a Comment