SUMBER : FB SAYA SAYANG TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
Sejak kebelakangan ini, satu demi satu kisah mengenai bangsa Melayu mula terbongkar dan dibongkarkan oleh para pengkaji sejarah amatur yang sebenarnya lebih jujur dalam menceritakan sejarah bangsa daripada penulis buku teks sejarah itu sendiri.
Kisah mengenai Srivijaya, Langkasuka, Champa dan beberapa lagi kisah kehebatan sejarah bangsa kelihatan begitu segan untuk diceritakan oleh buku teks sejarah berbanding menceritakan kepada kita saat kita jatuh.
Ya, saya akui, kita harus belajar bagaimana kita jatuh agar kita tidak mengulanginya, tetapi kalau tiada keseimbangan dalam penceritaan sesungguhnya itu adalah percubaan untuk men-downgraded-kan jati diri bangsa Melayu itu sendiri. Di samping kita menceritakan tentang kejatuhan kita, tiada salahnya kita menceritakan yang kita pernah hebat suatu masa dahulu.
Tamadun Maya
Di saat Sepanyol mula menjejakkan kakinya ke benuah Amerika, mereka menemui satu bangsa yang masih bercawat, tetapi memiliki sebuah peradaban yang sangat agung. Walaupun mereka hidup separuh telanjang di dalam hutan, ilmu sains yang dimiliki oleh mereka menandingi ilmu sains yang dimiliki oleh bangsa Sepanyol.
2000 BC ialah detik yang menurut para sejarawan menyaksikan bagaimana tamadun ini mula berdiri dan mengalami perkembangannya. Tamadun yang setua ini menyaksikan mereka mampu membina pyramid mereka sendiri. Ya, bangsa Maya mempunyai pyramid mereka tersendiri.
Kita mungkin hanya mengetahui, kebanyakan daripada kita, bahawa pyramid itu terletak di Mesir sahaja, di bina oleh firaun mereka. Tetapi sebenarnya, terdapat pyramid lain yang sama hebat dan sama menakjubkan seni bina mereka, iiatu pyramid bangsa Maya.
Selain terkenal dengan kewujudan pyramid ini, bangsa Maya juga menyaksikan bahawa mereka cukup hebat dalam bidang ilmu astronomi. Ilmu astronomi sangat dititikberatkan oleh mereka sehinggakan dibinanya banyak balai pencerapan untuk mencerap bintang. Anda kena ingat, mereka membina balai cerap ribuan tahun sebelum barat dan arab mula memulakannya.
Dalam buku saya nanti, saya akan khaskan sekurang-kurangnya 5 muka surat untuk kita belajar mengenai Tamadun Maya, tetapi buat masa sekarang ni, biarlah kita sekadar belajar secara ringkas, atau dalam erti kata lain sekadar mengenali betapa hebatnya bangsa bercawat yang membina pyramid yang bersalut emas, yang menemui minuman yang dipanggil milo dan memiliki ilmu sains yang sangat mengagumkan.
Sistem Kalendar Maya dan Melayu
Maafkan saya di atas pengenalan yang agak berjela-jela dalam artikel ini. Kita tetus ke apa yang akan dibincangkan oleh kita. Mengenai perkaitan antara bangsa Melayu dan Mayan, aka nada tiga kata kunci untuk kita merungkai misi ini. Kata kunci pertama ialah SISTEM KALENDAR. Kata kunci kedua ialah SENI BINA dan KATA KUNCI KETIGA IALAH LINGUISTIK.
Menurut Professor Cyrus Thomas, daripada Bureau Ethnology, Washington, U.S.A, beliau telah menulis sebuah jurnal yang bertajuk Mayan And Malay yang sebenarnya telah mengungkapkan segala-galanya tentang topic ini. Ketika saya dalam pencarian mencari mengenai sejarah Melayu, saya telah bertemu dengan kajian beliau yang akhirnya membuka mata saya betapa besarnya tamadun Melayu ini daripada jangkaan saya.
Menurut Cyrus Thomas, beliau mendakwa bahawa system calendar yang digunakan oleh bangsa seperti Samoa, Fiji dan bangsa-bangsa lain di Kepulauan Polynesian datang daripada induk bangsa itu sendiri, iaitu bangsa Melayu. Sistem calendar Melayu yang dikajinya, kemudian menemui perkaitan dengan Sistem Kalendar penduduk asli Amerika yang dikenali sebagai Mayan Year.
Dalam jurnal lain yang bertajuk Maya and Mexican Manuscripts, kita mendapati bahawa orang Mexico dan Maya sebenarnya membahagikan calendar mereka kepada lima hari, di mana hari-hari ini sebenarnya bukanlah berturutan seperti system calendar hari ini, tetapi dibahagikan mengikut system yang tertentu. Saya akan menjelaskan dengan lebih mendalam mengenai system calendar ini dalam buku saya. Cukup kita tahu bahawa terdapat cara tertentu untuk membahagikan hari-hari di dalam system kelander Maya, antaranya ialah 4 mata angin yang berpandukan pada figura seekor burung, untuk menentukan lima hari di dalam calendar maya.
Apa yang menariknya, system yang sama ditemui di dalam bangsa Melayu di nusantara ini. Menurut Cyrus Thomas, system calendar maya yang hari-harinya berasaskan empat mata angin. Anehnya, cara yang sama didapati di dalam budaya bangsa Melayu ini. Menurut Cyrus Thomas, yang menyebut etnik jawa di dalam bangsa Melayu juga mempunyai system calendar yang sama. Berbeza dengan bangsa lain di dunia, mereka mempunyai 7 hari dalam seminggu, tetapi tidak etnik jawa, di mana hanya mempunyai 5 hari dalam seminggu. Har-hari etnik jawa ialah seperti berikut, Laggi, Pahing, Pon, Wagi, Kliwon. Masyarakat jawa membahagikan hari mereka berdasarkan warna dan kedudukan horizon tertentu.
Sekaligus Cyrus Thomas menafsirkan calendar masyarakat Melayu ini dengam calendar Mayan yang turut memiliki 5 hari dan hari mereka dibahagikan mengikut arah mata angin, tiada bezanya dengan system calendar masyarakat jawa. Persamaan ini hanya terdapat di kalangan bangsa Melayu dan Mayan lagi, tegas Cyrus Thomas di dalam jurnal kajian beliau.
Saya akan mengulas topic ini dengan lebih mendalam lagi sekiranya buku saya terbit nanti. Di mana akan ada banyak lagi persamaan akan diulas, membandingkan system-sistem calendar masyarakat Melayu dan Mayan secara terperinci. Artikel ini tidak memberi saya ruang yang cukup.
Seni Bina Maya Dan Melayu
Ya, dulu orang Melayu ini merupakan mereka yang beragama hindu Buddha. Tetapi, kalau difikirkan kembali, apakah seni bina hindu Buddha itu benar-benar mempengaruhi seni bina di Tanah Melayu dan Nusantara ini?
Srivijaya, Langkasuka, Champa, Majapahit dan kerajaan Melayu yang lainnya, apakah kita dapat melihat kesan besar peninggalan daripada India? Di sinilah untuk kita melihat binaan-binaan di Asia Tenggara itu sendiri, kemudian membandingkan dengan di negara India.
Di sinilah saya ingin membangkitkan mengenai kewujudan sebuah candi yang menjadi misteri, tiba-tiba muncul di tengah-tengah hutan. Candi yang langsung tidak mempunyai kaitan langsung dengan candi-candi yang terdapat di negara-negara India dan China. Candi ini dikenali oleh dunia sebagai CANDI SUKUH.
Kemudian bandingkan dengan pyramid-piramid yang membangunkan Tamadun Maya (Gambar: http://3.bp.blogspot.com/.../6zUKpW.../s320/Mayan+Temple.jpg)
Anda sekarang fikirkan? Apakah semua ini? Tidak cukup dengan itu lagi, di Malaysia juga terdapat bukti-bukti yang boleh membawa kepada penemuan kewujudan sebuah pyramid di Malaysia.
Saya sarankan kita semua membuka kembali keratan berita yang ditulis oleh BERNAMA yang bercakap mengenai penemuan pyramid di Malaysia. 10 December 2007, menyaksikan BERNAMA telah menulis mengenai penemuan bukit yang membentuk pyramid dan telah mengundang Datuk Dr Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, seorang pakar arkelogi untuk mengkajinya dan peroses cari gali di sekitar Tasik Chini berterusan.
Bercakap mengenai Tasik Chini, ada rahsia sejarah yang terpendam di sini, yang sebenarnya sedang dibongkarkan oleh banyak para pengkaji sejarah. Nanti, bila tiba masanya, nanti akan dibongkarkan.
Penemuan struktur berbentuk pyramid di Malaysia sebenarnya bukan berhenti di situ sahaja, pernah dengar tentang penemuan Gunung Lalakon di Indonesia? Itu juga merupakan salah satu daripada struktur yang sedang dicari gali oleh para pakar arkeologi.
Pernah dengar tentang Candi Borubudur di Indonesia? Yang sebenarnya pembinaan candi borubudur menggunakan asas dalam pembinaan pyramid dan jarak antara Candi Sukuh dan Candi Borubudur sebenarnya tidaklah jauh mana.
Belum cukup lagi untuk membuktikan bahawa tradisi pembinaan pyramid sebenarnya sangat dekat dengan kita. Pernah dengar tak tentang penemuan pyramid di dasar laut Jepun pada lewat tahun 1990 an? Dan tahukah anda antara penemuan pyramid tersebut membawa kita kepada penemuan alat sesuatu yang berbentuk seperti keris? Ya, sebuah keris ditemui di Enkakuji Temple. Boleh rujuk artikel daripada The Star yang bertarikh 26.6.2003 yang memperkatakan tentang penemuan keris ini.
Linguistik
Rasanya ini merupakan antara bukti yang kukuh membuktikan terdapat perkaitan antara Melayu dan Maya itu sendiri. Bahasa mereka. Di sini, melalui pembuktian bahasa, para pengkaji seperti Professor Cyrus Thomas cuba untuk membuktikan kepada dunia bahawa terdapat perkaitan bahasa antara Bahasa Melayu dan juga Bahasa Maya. Mari kita lihat penemuan-penemuan Cyrus Thomas.
Kita lihat perbandingan bahasa-bahasa Austronesia, termasuk bahasa Melayu dengan bahasa Maya itu sendiri. Mari, saya buka mata anda. Kenapa saya petik Austronesia? Kerana bahasa Melayu termasuk dalam keluarga bahasa Austronesia (nama saintifik untuk rumpun Melayu).
Para pakar bahasa aka nmengkategorikan sesuatu bahasa itu dalam keluarga yang sama berdasarkan perkataan asas seperti mak dan tanah yang memang sinonim dalam kehidupan. Maka di sini, kita harus melihat perkataan-perkataan asas dalam sesuatu bahasa itu, di mana Bahasa Maya itu menurut Cyrus Thomas sangat hampir dengan bahasa Austronesia itu sendiri.
(Bukit)
Maya - puk,
Maori puke,
Filipina – bukit
Melayu - bukit,
Magindano – puked
Akar kata dalam perkataan bukit ini ialah pu.
Kita lihat perkataan lain pula dalam memperkatakan tentang kesamaan linguistic antara Melayu dan Maya. Kita ambil perkataan ‘tanah’ untuk mencari kesamaan dalam linguistic antara bahasa Melayu, Austronesia dan Maya.
(Tanah)
Melayu – tanah
Maya – tanah
Dayak – tanah
Malagasy – tani
(Mak)
Maya – na
Melayu – mak/ma/na (dialek Perang Semang)
Fiji – nana
Melanisia – nana
(Kuku)
Maya – Kukum
Melayu – Kuku
Maori – Tuku
Samoa – Tutu
Tonga – tuki
(Bola)
Maya – bul
Melayu – bola
Saya hanya mempamerkan penemuan perkataan-perkataan asal yang agak sama antara Maya dan kelompok bahasa Austronesia itu sendiri untuk membuktikan bahawa terdapat kaitan yang sangat besar dalam Bangsa Maya itu dengan Melayu.
Sebenarnya artikel ini akan menjadi lebih panjang dengan setiap pembuktikan perkatana-perkataan bahasa Maya itu dengan Bahasa Melayu. Cukuplah nanti saya akan panjangkan dalam buku saya yang akan dimulakan penulisannya tahun hadapan.
Kesimpulan yang boleh kita rumuskan di sini ialah, terdapat perkaitan dan bukti yang kemungkinan sama ada Melayu ini adalah saudara jauh bangsa Mayan, atau bangsa Mayan itu seperti menurut Professor Cyrus Thomas ialah asalnya daripada bangsa Melayu yang mengembara di lautan, sesuai dengan sikap Melayu itu sendiri. Lalu tiba di Amerika Tengah dan menubuhkan tamadun mereka.
Artikel ini akan jadi lebih bernilai sekiranya dapat kita cantumkan dengan puzzle-puzzle lain seperti artikel saya sebelum ini, mengenai Lemuria dan Atlantis, cantumkan juga dengan artikel-artikel yang akan datang. Artikel ini akan menjadi lengkap andai buku “Tamadun Bangsa Yang Dilenyapkan” diterbitkan.
Rujukan:
1. Maya and Malay by Cyrus Thomas, page 89-100
2. Maya and Malay by Edward Tregear page 101-108
3. Artikel mengenai pyramid Melayu oleh Bernama bertarikh 10 December 2007
4. Artikel mengenai Keris Di Dasar Laut Jepun oleh The Star bertarikH 26.6.2003
Copy and paste:
18.11.2024 : 9.05 p.m
No comments:
Post a Comment