Perjalanan saya bersama Isteri, Kakak kedua saya dan adik Ipar Kakak saya adalah menuju ke Jalan Munshi Abdullah di Melaka.
Tempat yang kami tuju adalah di Dewan Hang Tuah dimana akan berlansungnya Majlis Perkahwinan anak kepada sepupu kami sebelah emak.
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Melaka adalah sejauh 154 km dan mengambil masa perjalanan 2 jam 3 minit.
Dewan Hang Tuah dibuka oleh YTM Tuanku Abdul Rahman Putra Al Haj pada 5 Februari 1966 bagi memperingati jasa Tunku kerana perjuangan kemerdekaan negara ini.
Batu asas bangunan ini diletakkan oleh Y.A.B Encik Ghafar Bin Baba, Ketua Menteri Melaka pada 15 Julai 1963.
Bergambar Kenangan bersama sepupu-sepupu kami
Melaka sememangnya terkenal sebagai negeri yang kaya dengan sejarah, budaya dan warisan.
Ia juga dikenali sebagai "Bandaraya Bersejarah" dan merupakan destinasi pelancongan yang popular di Malaysia.
Melaka memang tidak asing bagi saya kerana arwah Emak saya berasal dari Melaka iaitu di Kg.Sungai Siput, Lubok Cina, Melaka.
Kelihatan sebuah jambatan bersejarah yang dikenali dengan nama "Jambatan Chan Boon Cheng", siapakah Chan Boon Cheng ini, saya cuba juga cari-cari di Google tapi tiada sebarang maklumat mengenai siapa beliau.
Di Belakang Dewan Hang Tuah ini terletaknya Sungai Melaka yang menjadi destinasi pelancongan di negeri ini.
Sungai Melaka diperakui pernah menjadi laluan utama pedagang silam kerana Melaka pernah menjadi pelabuhan terkaya di Dunia mengikut catatan dari Negara Portugal yang pernah menjajah Melaka pada 1511. Pernah mendapat julukan "Venice of the East" kerana kehebatan Pelabuhan Melaka dulu setanding dengan Venice di Italy.
Antara kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri di Sungai Melaka ada perkhidmatan River Cruise sepanjang Sungai Melaka.
"Melaka Duck Tours" bot amfibia yang membawa pengunjung merentasi laluan di sekitar Jalan Taman Melaka Raya dan terus ke Pulau Melaka.
Hotel Visma terletak di hadapan Dewan Hang Tuah
Demikian serba sedikit mengenai kunjungan saya ke Bandar Melaka. Ketika bekerja dulu saya sering membuat tugasan luar di Melaka jadi Bandar Melaka ini memang tidak asing bagi saya.
Hj Zulheimy Bin Maamor
Lembah Keramat, K.L
21 November 2024 : 1.35 p.m
No comments:
Post a Comment