ZULHEIMY MAAMOR

Friday, 19 January 2024

SUATU KETIKA DAHULU - KENANGAN BERPUASA DI TENGAH LAUT

Posted by :
Hj Zulhemy Maamor
8 April 2023

Gambar saya dan ODCR Roseli Zin, sahabat sama skot saya ini diambil di atas kapal TLDM KD Ganas dari Sekuadron Pertama Kapala Pembina Laju (Misil) di Selat Singapura pada Julai 1981. Ini adalah kapal pertama kami sebagai OJT (On Job Training) selama 6 bulan.


Saya masih ingat lagi ketika ini bulan Ramadan dan ini merupakan pengalaman pertama saya berpuasa di tengah-tengah lautan. Ketika ini kami dalam latihan penembakan peluru berpandu di Laut Cina Selatan. Kapal yang menjadi target adalah bekas Kapal TLDM KD Ledang yang telah dilucutkan tauliahnya.



Selepas daripada ini selama 16 tahun berkhidmat dengan TLDM saya telah melalui banyak pengalaman berpuasa dan berhari Raya di lautan dan pernah juga merasa pengalaman meredah Sungai Rejang di Sibu, Sarawak ketika Ramadan dengan bot Lancang TLDM ketika Ops Jalan Aman 1 yang dilancarkan oleh RASCOM (Rajang Area Security Command) dalam membenteras kegiatan PARAKU (Parti Rakyat Kalimantan Utara) di bumi Kenyalang. Pernah bersahur dengan biskut kering dan jem Nenas...







Pernah mengejar bot Nelayan Siam yang menceroboh perairan Malaysia ketika bulan Ramadan bersama KD Panah....







Itulah pengalaman manis ketika dalam perkhidmatan, pengalaman berpuasa dan berhari raya di lautan... sebenarnya kalau nak diceritakan banyak lagi pengalaman saya berpuasa bersama kapal-kapal lain seperti KD Ganyang, KD Lekir, KD Raja Jarom, KD Mutiara, KD Pendekar, KD Sri Negri Sembilan dan lain-lain, cuma bagi saya yang saya ceritakan ini paling mencabar sekali... yang lain tu biasa-biasa saja ketika menjalankan tugas rondaan di perairan Malaysia....

Posted on Blog :
19 January 2024 > 8 Rejab 1445H: 9.16 pm


No comments:

Post a Comment