ZULHEIMY MAAMOR

Thursday, 18 January 2024

SIJIL MCE, OPERASI ISI PENUH DAN TLDM

Posted by:
Hj Zulheimy Maamor: 16 June 2022

Apabila melihat keputusan SPM diumumkan dan post-post di FB ibubapa yang anaknya berjaya dalam keputusan SPM... teringat kembali zaman saya menduduki peperiksaan Malaysian Certificate of Education (MCE) yang setaraf SPM pada 1978.


Saya adalah batch kedua terakhir dalam sekolah Aliran Inggeris, bermakna tahun 1979 adalah tahun terakhir peperiksaan MCE dijalankan.... selepas 1980 semua pelajar menduduki peperiksaan SPM hinggalah ke hari ini....
Selesai menduduki peperiksaan MCE tahun 1978, saya mulalah mencari kerja-kerja sementara demi untuk memenuhi masa lapang daripada duduk di rumah sahaja. Ketika itu saya menginap di Taman Greenwood, Batu Caves, Selangor.
Akhirnya saya dapat juga bekerja disebuah Restoran yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman (ketika itu Batu Road) dan saya masih ingat nama Restoran itu iaitu Bangles Tandoori Chicken.. dimiliki oleh India Muslim (tak jauh dari Globe Silk Store dan Panggung Coliseum)...
Selepas keputusan MCE diumumkan saya hanya mendapat 3rd Grade, zaman tu kalau 3rd grader tu jawabnya cari jelah kerja....
Hari hari belek juga suratkhabat mencari kerja kosong yang lebih baik, zaman tu kalau tak ada SPM atau MCE memang agak susah nak dapat kerja di pejabat pejabat Kerajaan...
Dan pada tahun 1979 Kerajaan telah melancarkan "OPERASI ISI PENUH" sebagai langkah mengisi kekosongan-kekosongan di Jabatan-Jabatan Kerajaan (Rujuk Surat Pekeliling Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bertarikh 24 Julai 1979).
Saya masih ingat atas usaha arwah Ayah saya yang ketika itu bekerja dengan Kerajaan. Arwah telah berusaha mendapatkan seberapa banyak borang JPA ketika itu untuk saya isi.... seingat saya 20 keping borang arwah serahkan pada saya untuk saya isi....


Dalam seminggu itu jenuh tangah saya mengisi borang, maklumkan ketika itu semuanya kena isi dengan tangan tak seperti sekarang boleh isi online......
Setelah selesai mengisi kesemua 20 borang , dengan dibantu oleh arwah ayah saya untuk dimasukkan dalam sampul surat, beliau sendiri bersusah payah ke Pejabat Pos untuk menghantar borang tersebut..... Hasilnya sehingga kini (2022) setelah 43 tahun tak ada satu pun jawapan permohonan yang saya terima.... Kenapa?
Saya pun tak tahu....... dah 43 tahun berlalu malas nak kaji selidik pula.... apa yang saya kenang hingga ke hari ini ialah jasa dan pengorbanan arwah ayah saya yang berusaha membantu saya ketika itu... tapi tak ada rezeki nak buat macamana....
Akhirnya terpampang sebuah iklan pengambilan tentera Laut di akhbar tempatan ketika itu... saya tak pernah ada mimpi nak minta tentera laut.... tentera Darat atau Polis tu adalah dalam kepala masa tu... ni Tentera laut... tapi kenapa tak cuba kan? ketika itu saya teringat sepupu saya yang juga sedang mencari pekerjaan... kami berdua bergegas pada tarikh yang ditetapkan dan pusat Pemilihan yang paling hampir ketika itu ialah di Sebuah Sekolah di Rawang, selangor (tak ingat nama sekolah tu)... kami dihantar oleh arwah ayah saya yang mengambil cuti hari itu... akhirnya saya terpilih untuk ke Lumut, Perak manakala sepupu saya gagal kerana tak cukup ketinggiannya.... ketika itu juga saya diserahkan waran tiket untuk keretapi ke Ipoh, Perak....
Akhirnya pada 13 January 1980 bermulalah perjalanan saya menaiki keretapi di Stesen Keretapi Kuala Lumpur menuju ke Ipoh, Perak dihantar oleh Arwah Ayah, Arwah Ibu dan juga kakak nombor 2 (Kakngah)…
Setiba di Ipoh, Kami dibawa dengan Bas TLDM dan Terak tentera ke Pengkalan TLDM di Lumut, Perak yang baru saja dibuka. Pengkalan TLDM Lumut ketika itu masih dalam serba kekurangan seperti tiada Padang Kawad, Kolam Renang dan lain-lain kemudahan asas untuk menjalani latihan Rekrut selama 6 bulan….
Pemilihan kedua dilakukan di Lumut termasuk temuduga oleh Pegawai TLDM. Ketika itu saya ditemuduga oleh Arwah Komander Md Zain. Apabila beliau melihat saya berkelulusan MCE, terus beliau bertanya saya dalam bahasa Inggeris dan saya pun menjawab dalam bahasa Inggeris juga… akhirnya saya diserapkan kedalam cawangan Komunikasi (dalam Navy dipanggil RO atau Radio Operator) dimana cawangan ini memang memerlukan anggotanya berkemahiran bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris… dan dari situlah bermulanya perjalanan hidup saya dengan Tentera Laut di Raja Malaysia sehingga saya menamatkan perkhidmatan pada tahun 1996…..


Pengalaman bekerja selepas menamatkan persekolahan memang banyak dari Tentera Laut hinggalah kembali ke Dunia Awam…. Saya telah menempuh pelbagai pengalaman mengembara di dalam dan luar Negara…. Dan kini bersara sepenuhnya … menetap di Lembah Keramat KL dalam meniti usia yang semakin hampir ke penghujungnya…
Semoga Allah mengurniakan saya kesihatan untuk meneruskan penghidupan dan semoga dikurnikan pengakhiran hidup dengan Husnul Khotimah…. Aamiin….

Posted on Blog :
18 January 2024 ?> 7 Rejab 1445H: 11.20 pm

No comments:

Post a Comment