ZULHEIMY MAAMOR

Wednesday, 10 January 2024

PERIGI HANG LI POH

Posted by:
Hj Zulheimy Maamor : 30 August 2021



Tahukah anda ada satu tempat yang menjadi tempat wajib bagi para pelancong dari Negara China apabila mereka berkunjung ke Malaysia?
Tempat itu ialah Perigi Hang Li Poh yang terletak di Bukit Cina, Melaka.
Ini kerana mereka percaya perigi paling tua di Malaysia ini bertuah dan lagi satu adalah ia adalah lambang sejarah hubungan tanah besar China dan Tanah Melayu suatu ketika dulu.
SIAPA PUTERI HANG LI POH?
Hingga kini identiti Puteri Hang Li Poh masih menjadi perdebatan, kerana sejarah dan mitos telah dicampur adukkan.
Tiada sebarang catatan dari Kerajaan Dinasti Ming mengenai puteri Hang Li Poh. Catatan mengenainya hanya terdapat dalam Sejarah Melayu karya Tun Seri Lanang.
Saya masih ingat ketika saya melawat Beijing tahun 2001. Kebetulan Pemandu Pelancong kami ketika itu adalah seorang graduan dalam bidang Sejarah negara China.
Saya mengambil kesempatan apabila dapat berbual dengan beliau, saya bertanya samada dia pernah dengar nama Puteri Hang Li Poh di Melaka... menurut Mr. Jimmy beliau pernah ke Melaka dan terbaca kisah Puteri Hang Li Poh ini... namun beliau tidak menemui sebarang catatan mengenai puteri ini dalam Catatan Kerajaan Dinasti Ming, kerana Melaka ketika di zaman Kegemilangannya adalah ketika zaman Pemerintahan Dinasti Ming di China.


Malah dalam catatan Pelayaran Laksamana Zheng He (Cheng Ho) pun tidak disebut nama Puteri Hang Li Poh?
Jadi siapakah sebenarnya Puteri Hang Li Poh ini... sehingga sekarang masih tiada jawapan yang pasti dan tinggal misteri....

Posted on Blog :
10 January 2024 > 29 Jamadilakhir 1445H: 8.53 pm



No comments:

Post a Comment