ZULHEIMY MAAMOR

Friday, 12 January 2024

NOSTALGIA - KEMENTERIAN PERTAHANAN

Posted by :
Hj Zulheimy Maamor
5 June 2020



BANGUNAN BARU KEMENTERIAN PERTAHANAN
Sekitar tahun 1981 / 82 , ketika pulang bercuti ke rumah kedua orang tua saya di Lembah Keramat, Kuala Lumpur. pasti akan melalui Jalan Padang Tembak dimana ketika itu bangunan didalam foto dibawah sedang dalam pembinaan ketika itu... saya sering melihat perkembangan pembinaan bangunan Kementerian Pertahanan yang baru sehingga lah ianya siap sepenuhnya pada tahun 1985...
Batu Asas bangunan ini diletakkan oleh Timbalan Menteri Pertahanan ketika itu Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Hj Mustapha pada 10 Mac 1982 dengan nilai RM144 juta.....
Tidak pernah terfikir dalam fikiran saya ketika itu yang saya akan bertugas di bangunan ini 2 kali sepanjang perkhidmatan dengan TLDM iaitu pada 2 Mei 1986 sehingga 7 September 1986 (4 bulan) dan 13 Mac 1995 sehingga 8 Jun 1995 (3 bulan)....
Walaupun hanya bertugas paling lama 4 bulan ... tapi kenangan bertugas di bangunan Kementerian Pertahanan ini tetap bersemadi dalam ingatan saya.....
Ketika bertugas di sini paling kerap kena masuk baris Kawalan 3 perkhidmatan (Darat, Laut dan Udara)... berpeluh dibuatnya training hari hari..... sebab tu saya tak suka bertugas di Darat ni.... dok kapal tak pernah kena masuk perbarisan....
😃😃
Saya tidak pernah lama bertugas di pengkalan TLDM (bertugas di Darat)... paling lama setahun lebih dah kena balik bertugas di Kapal.... dah nama pun tentera Laut... tugasnya di Laut lah....
😃😃

BANGUNAN LAMA KEMENTERIAN PERTAHANAN


Bangunan kedua Kementerian Pertahanan

SEJARAH KEMENTERIAN PERTAHANAN
Sebelum tertubuhnya Kementerian Pertahanan (MINDEF) pada 31 Ogos 1957, operasi ketenteraan Tanah Melayu ketika itu adalah di bawah MALAYA COMMAND (Markas Pemerintahan Tentera British di Malaya), suatu formasi tentera yang ditubuhkan oleh Tentera British pada awal 1920an dengan ibu pejabatnya ketika itu di Singapura.
Ibu Pejabat Malaya Command dipindahkan ke Kuala Lumpur pada tahun 1957 di Jalan Padang Tembak (tapak itu kini menjadi tapak Kementerian Pertahanan sekarang).


Kementerian Pertahanan ditubuhkan pada 31 Ogos 1957 dengan memulakan operasi rasminya di sebuah bangunan di Brockman Road (Sekarang Jalan Dato’ Onn Kuala Lumpur).
Menteri Pertahanan yang pertama ialah Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Datuk Hussein yang memegang jawatan dari 31 Ogos 1957 sehingga 22 September 1970.
Bangunan Kementerian Pertahanan yang pertama dibina di Jalan Padang Tembak Kuala Lumpur dan dirasmikan pembukaan pada 18 Mac 1960 oleh Tun Hj Abdul Razak.
Manakala bangunan yang kedua mengandungi 6 blok 4 tingkat dirasmikan oleh Tunku Abdul Rahman pada 6 April 1967.
Bangunan WISMA PERTAHANAN yang kini boleh menampung kesemua agensi dibawah satu bumbung siap dibina pada tahun 1985.
Saya pernah berkhidmat di Departmen Tentera Laut di Kementerian Pertahanan KL dari 2 Mei 1986 sehingga 7 September 1986 (4 Bulan sahaja) dan kemudian ditumpangkan sebelum kursus peralihan dari 13 Mac 1995 sehingga 8 Jun 1995 (3 Bulan), dan juga di SKTLDM Kuala Lumpur dari 29 Mac 1988 sehingga 6 Ogos 1989.

Posted on Blog:
12 January 2024 > 1 Rejab 1445H: 8.36 pm


No comments:

Post a Comment