ZULHEIMY MAAMOR

Friday, 12 January 2024

AKU DAN KENANGAN > SKTLDM KUALA LUMPUR DAN KD LEKIR

Posted by :
Hj Zulheimy Maamor
4 November 2022

Suatu hari pada tahun 1988
Ketika itu aku bertugas di Stesen Komunikasi TLDM Kuala Lumpur dalam Kawasan Kementerian Pertahanan di Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur.
Suatu Tengahari ketika nak memulakan tugas Shift Petang, saya dipanggil oleh Bentara Muda (Sarjan) .... (maaf lupa nama dia) ke pejabat Tadbir. Dia memaklumkan bahawa saya diarahkan untuk bertukar tugas ke KD Lekir (kapal Corvette) yang berpengkalan di Lumut, Perak. Saya pada masa itu berasa agak sedih dan terkilan kerana baru saja setahun bertugas di Darat dah kena hayun balik ke kapal... tapi tak apalah saya redha demi tugas....
Balik ke tempat tugas saya di SKTLDM KL, kawan saya (tak perlu saya sebut namanya) yang sudah mengetahui lebih dahulu mengenai pertukaran saya itu terus berkata, "KD Lekir ye? berjanggutlah engkau.... orang kata KD Lekir kalau belayar sampai berjanggut baru balik ke base...."

Saya memandang kawan saya, dia yang lebih lama bertugas di SKTLDM KL dari saya namun nama dia tak pula naik untuk bertugas ke Kapal... saya yang kemudian dari dia pula yang kena balik ke kapal.... begitulah resam dunia....

Saya berkata kepadanya, " tak apelah ... nak buat macamana, dah nama pun Tentera Laut (Navy), kenalah bertugas di Laut... kalau nak dok darat je baik tak yah masuk Navy...."
Kawan saya balas, "Aiiii...macam perli je...."

Saya ketawa dan terus buat kerja malas nak layan... tapi macamana pun tak rugi juga saya bertugas di KD Lekir ini (1989 - 1991)... kerana banyak pengalaman yang saya timba... dapat belayar ke Luar Negara, sertai 2 International Fleet Review, satu di Penang tahun 1990 dan satu lagi di New Zealand tahun 1991... merasa naik dan bertugas di Kapal Tentera Laut negara asing semasa latihan di laut iaitu pertukaran anggota - anggota Tentera Laut dengan kapal kapal asing.... puas tengok Terumbu di Peraiaran Sabah... Puas menjelajah ke Sarawak.... 3 kali merapat di Surabaya... dan banyak lagi.... kata orang luas perjalananan luas pandangan dan banyak pengalaman serta merasa asam garam hidup ini...
Itulah kehidupan Pelaut... sentiasa di Samudera Raya..... bak kata kawan saya tu berjanggutlah dok KD Lekir.....berjanggut pun berjanggutlah.... aku Navy.... Navy kenalah belayar.... buat apa jadi Navy kalau dok Darat je..... tapi balik kampung dok cerita orang kampung belayar satu dunia....

Aku pernah kenal satu awek di Lumut (ini cerita lama zaman bujang).... bila aku kata aku kerja navy dia pun terus kata dia punya Pakwe pun Navy..... sekarang Pakwe dia tengah belayar ke Eropah....saya bertanya kapal apa Pakwe dia tu.... Awek tu cakap kapal dia nama KD Malaya....... aku ketawa berdekah dekah depan awek tu.... dia kehairan dan tanya kenapa ketawa.... aku kata KD Malaya tu Kapal Batu dek ooii...dia tak belayar kemana-mana... (KD Malaya bukan kapal, ianya adalah Pengkalan Tentera Laut).... aku terus ketawa dan blah dari situ.... Awek tu terpinga-pinga.... Sampai sekarang aku dok fikir agak-agaknya awek tu kawin tak dengan Pakwe dia tu..... 








Posted on Blog:
12 January 2024 > 1 Rejab 1445H: 9.00 pm








No comments:

Post a Comment