ZULHEIMY MAAMOR

Tuesday, 9 January 2024

KOSHER VS HALAL

Posted by Hj Zulheimy Maamor
13 March 2021

Perkataan "HALAL" sangat popular dan diketahui juga oleh orang bukan Islam di seluruh dunia.... kalau kita biasa merantau ke luar negara, kita akan jumpa kedai ada tanda HALAL, dan tanya orang bukan Islam di sana mereka tahu apa itu HALAL....
Tapi pernah ke kita dengar perkataan "KOSHER"?
Kosher adalah peraturan dalam agama Yahudi mengenai konsep makanan. Ianya sama dengan HALAL dan terdapat banyak persamaan antara Halal dan Kosher.
Malah ada sesetengah ulama Islam di negara Eropah mengeluarkan fatwa jika kita tidak dapat makanan halal, maka kita dibolehkan makan bertanda “kosher” kerana orang Yahudi dari sudut makanan seperti orang Islam, mereka tak makan daging babi dan mereka menyembelih dengan menyebut nama Allah iaitu “Shem–e-Shem”.

Namun perlu ingat, KOSHER itu tidak sama dengan HALAL.

Halal adalah apa yang diterima oleh seorang Muslim, mengikut undang-undang diet Islam.
Kosher atau Kasharut dalam bahasa Hebrew adalah apa yang diterima oleh seorang Yahudi, menurut hukum pemakanan Yahudi.

Kosher bermakna penentuan atau sesuai digunakan seperti daging, buah, sayur, arak, keju dan gelatin. Lawan Kosher ialah Terefah (Hibrew) yang bermakna tidak sesuai digunakan atau haram. Contohnya darah, babi, arnab dan semua haiwan laut berkulit cengkerang.

Jika kita lihat diatas, amalan Kosher dan Halal adalah berbeza. Islam sudah jelas mengharamkan alkohol, arak dan bahan yang memabukkan. Sebalik Kosher membenarkannya.

JAKIM tidak menerima sijil Kosher sebagai Dokumen Rujukan untuk menyokong persijilan Halal kerana amalan Kosher itu bercanggah dengan Syariah.

Al Quran dalam Surah Al-Maidah ayat 5 :
"Pada masa ini dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) yang lazat-lazat serta baik-baik. Dan makanan (sembelihan) orang yang diberikan kitab adalah halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka…”

Kita kena faham pengertian Ahli Kitab dan amalan Kosher di Barat dan Eropah. Amalan pensijilan kosher tidak mengambil kira penggunaan bahan haram yang bersumberkan babi di dalam gelatin kerana dianggap bahan tersebut telah diproses.

Menurut Ahmad H.Sakr yang mempunyai pengalaman luas dalam pengeluaran barangan halal di Amerika Syarikat gelatin dalam Kosher bersumberkan gelatin bagi malah sesetengah Kosher membenarkan penggunaan alkohol dalam makanan. Maka sahlah penggunaan 2 bahan tersebut diharamkan secara mutlak dalam persijilan Halal JAKIM.

JAKIM sendiri telah melantik badan Islam diserata dunia dan boleh memilih barangan halal dan disahkan oleh badan-badan Islam tersebut di luar negara.

Sama ada bolehkah kita memakan makanan Kosher, sebaiknya rujuklah kepada yang lebih arif... Jangan terpedaya dengan Sijil Kosher kerana ia bukan bukti yang makanan itu boleh dimakan oleh orang Islam. Kena tengok Sijil yang diiktiraf oleh JAKIM.........Wallahualam... 

Rujuk:

  1. Al Islam (Tahun ke-37 Bil : 453) Disember 2011, Oleh : Lokman Ab. Rahman, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Presiden Persatuan Eksekutif Halal Malaysia.
  2. Kosher: Adakah Halal bagi Muslim > Sahabat Halal
  3. THE PATRIOTS : Daging Kosher : Penyembelihan dalam Agama Yahudi.
  4. JAKIM : Semakan Status Halal
Posted on Blog :
9 January 2024 > 28 Jamadilakhir 1445H: 10.04 pm

No comments:

Post a Comment