ZULHEIMY MAAMOR

Monday, 11 December 2023

ZIKRULLAH : KELEBIHAN SURAH AL BAQARAH

Sumber: FB Penawar Sihir Mujarab

1.RUMAH TIDAK DIMASUKI SYAITAN

Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Muslim dan An-Nasa-I meriwayatkan dari Suhail bin shalih, dari ayahnya, dari abu hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda :

“ Janganlah kamu menjadikan rumah kamu sebagai kuburan,sesungguhnya rumah yang di bacakan Surah Al Baqarah tidak akan dimasuki syaitan “ At tirmidzi mengatakan : hadis ini hasan sahih

Syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan surah Al baqarah.
Dari Abdullah bin Mas’ud, ia berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda :

“ Semoga aku tidak mendapatkan salah seorang daripada kamu meletakkan salah satu kakinya diatas kaki yang lain sambil menyanyi dan meninggalkan surah Al Baqarah tanpa membacanya, sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan surah Al baqarah. Sesungguhnya rumah yang paling kosong adalah rumah yang kosong dari kitab Allah ( Al-Quran ) “
Hadis riwayat An-Nas-I dalam kitab al-yaum wa al-lailah
Abdullah bin Mas’ud mengatakan : Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari surah Al baqarah iaitu ayat ;
- Surah Al baqarah ayat 1-5
- Ayat kursi dan 2 ayat berikutnya
- Surah Al Baqarah ayat 284-286
Maka syaitan tidak akan masuk kerumahnya pada malam itu.Dalam satu riwayat lain disebutkan bahawa dia dan keluarganya tidak akan didekati syaitan dan apa yang dibencinya ( binatang buas seumpamanya ). Dan tidaklah ayat ini jika dibacakan kepada orang gila akan membuatkannya sadar.

2.MALAIKAT BERSAMA DENGAN PEMBACA SURAH AL-BAQARAH

Ini merupakan salah satu fadhilat dan kelebihan surah Al baqarah kepada pembacanya. Al Bukhari meriwayatkan dari Al-laits, dari yazid bin Al-Haad, dari Muhammad bin Ibrahim, dari Usaid bin Hudhair :
“ Pada suatu malam dia membaca surah Al-Baqarah sementara kudanya ditambat dekat dengannya. Tiba-tiba kudanya itu pun berputar-putar. Ketika Usaid berhenti membaca, kudanya itu pun kembali tenang. Kemudian Usaid membacanya kembali dan kudanya itu pun kembali bergerak dan berputar-putar. Tatkala dia berhenti membaca, kudanya kembali diam. Kemudian dia membacanya lagi, kudanya itu pun bergerak dan berputar-putar. Maka dia pun berhenti membacanya sedangkan puteranya Yahya berada dekat kuda tersebut. Oleh kerana berasa takut dan kasihan kuda itu akan menginjak anaknya, dia pun mengambil anaknya sambil melihat ke langit dan dia melihat satu bayangan putih ( berkelip-kelip ) sampai dia tidak melihatnya lagi.
Ketika pagi, dia pun menceritakan hal tersebut kepada Rasulullah SAW. Rasulullah bersabda :
“Wahai putera Hudhair, baca terus” Dia menjawab “ Ya Rasulullah, aku merasa takut karena Yahya berada dekat dengan kuda tersebut. Kemudian aku mengangkat kepalaku dan melihat ke langit, tiba-tiba aku melihat seperti suatu bayangan yang mirip lampu-lampu. Setelah itu aku keluar rumah dan melihatnya sampai aku tidak melihatnya lagi.”
“Tahukah engkau apa itu “ Tanya Rasulullah. “ Tidak “ Jawabnya.
Beliau pun bersabda “ itulah malaikat yang mendekatimu untuk mendengar suara bacaanmu. Seandainya kamu terus membacanya (sampai pagi ), niscaya pagi ini manusia akan dapat melihatnya tanpa terhalang.

3.MENDAPAT SYAFAAT DIPADANG MASYAR

Surah Al baqarah dan surah Al- Imran dipanggil surah az-Zahrawain yang apabila dibaca akan mendapat syafaat di padang mahsyar kelak. Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Umamah, dia berkata:
“ Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: “ Bacalah Al-Quran kerana Al-quran itu akan memberi syafaat kepada pembacanya di Akhirat kelak. Dan bacalah az-Zahrawain iaitu Surah Al-Baqarah dan Ali’-Imran, kerana kedua surah itu akan datang pada hari kiamat, seolah-olah keduanya bagai sekelompok awan, atau payung yang menaungi, atau dua kelompok burung yang mengembangkan sayapnya. Keduanya akan membela pembacanya di hari kiamat. “

4.MELINDUNGI DARI SIHIR

Kemudian beliau bersabda lagi “ Bacalah Al-Baqarah karena membacanya akan mendatangkan berkah dan meninggalkanya berarti penyesalan. Dan para tukang sihir tidak akan sanggup menjangkaunya ( si pembaca )” Kedua hadis diatas juga diriwayatkan oleh Muslim dalam kitabnya As-shalah.
Dalam sahih bukhari dan muslim diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah membaca kedua-dua surah itu dalam satu rakaat.
Imam al-Baihaqi dari Imam Shalshal berkata:
"Barangsiapa membaca Surat Baqarah maka dipakaikan kepadanya mahkota disyurga."
Imam Ibnu Zanjawai dari Imam Wahab ibn Munabih menyatakan:
"Barangsiapa membaca Surat Baqarah dan Ali Imran pada malam Jumaat maka baginya nur cahaya membentang antara Arsy dan dasar bumi."

5.PERLINDUNGAN DARI SEGALA KEJAHATAN

Abu Mas'ud Albadri r.a. berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda;
"Barangsiapa membaca dua ayat dari surat Al-Baqarah, maka cukuplah baginya (dari hal-hal yang membencikan. Dan menurut sebahagian pendapat :sama dengan bersembahyang malam)."
(Riwayat Bukhari & Muslim)

6.UNTUK MEMOHON AGAR DIKABULKAN

Ibnu Abbas r.a. bercerita: Pada suatu ketika Malaikat Jibrail berada disisi Nabi Muhammad s.a.w. , tiba-tiba terdengar suara dari atas, maka ia mengangkat kepalanya dan berkata: "Ini sebuah pintu dilangit, pada hari ini dibuka dan turun seorang malaikat memberi salam dan berkata:

"(Bergembiralah dengan dua cahaya penerangan yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepadamu dan belum pernah diberikan kepada seseorang Nabi sebelum kamu iaitu: fatihul kitab dan akhir surah al-baqarah. Tiada engkau membaca suatu huruf daripadanya melainkan pasti permintaanmu diberi)."
(Riwayat Muslim) 

-------------------------------------------------------------------------------------------
TAMBAHAN :
AYAT 285 & 286 - SURAH AL BAQARAH

1.Barangsiapa membaca 2 ayat terakhir Surah Al Baqarah (285 & 286), maka dia akan dicukupi oleh Allah s.w.t apa yang dikehendakinya. 
2. Tidak ada rumah yang didalamnya dibacakan dua ayat tersebut selama 3 malam, terkecuali syaitan pasti menjauhi rumah tersebut. 
3. Membaca Ayat Kursi dan 2 ayat terakhir dari surah Al Baqarah ketika dalam kesusahan, nescaya Allah s.w.t memberikan pertolongan kepadanya. 
(Muhammad Uzair : Kaifiat & Khasiat Surah & Ayat Al Quran). 

Copy and paste: 11 Disember 2023 > 27 Jamadilawal 1445H: 10.53 am


No comments:

Post a Comment