ZULHEIMY MAAMOR

Sunday, 17 December 2023

Qantura, Keturah, Khauthura, Qaturah

Oleh Tengku Ahmad Ridhaudin

1. Metodologi Rujukan. Sebenarnya tidak apa masalahpun nak tulis apapun asalkan ada sumber asal yang boleh ditemui jalurnya. Cuma ada yang rasa pandai sangat nak tengok hadis sahih saja. Walhal akidah dia pakai hadis dhaif. Wiki ke, Britannica ke, Pakcik tepi jalan ke, mimpi ke, blog ke, boleh saja ditulis sebagai sumber. Asalkan sumber2 itu ada dinyatakan sumber asalnya/ primer. Malah banyak je rekod penjajah merujuk informan tepi jalan. Jadi nak kempen kita ada kitab sahih sedangkan kita rujuk terjemahan, itu munafik le.
2. Ada beza kertas dasar dan kertas inferen berdasarkan andaian. Asalkan andaian tidak boleh menolak andaian. Andaian hanya boleh ditolak dengan fakta. Kadang2 kertas kerja dasar hanya melontarkan idea untuk dibuat kajian lanjutan. Ia bukan kajian mutlak. Mungkin yang komplen ni tak jelas bab metodologi kajian. Atau terlalu taksub dengan metodologi tertentu.
3. Teori bahasa Austronesia / Austroasiatik tu memang dah lapuk. Asal Orang melayu tidak diukur dengan bahasa semata2 tetapi dengan adat. Teori bahasa juga telah berkembang dan tambahan lagi penemuan sifat genomik alam melayu menjelaskan bahawa bahasa itu berkembang dengan keadaan persekitaran bukan menunjukkan asal. Jadi orang Melayu wajib dilihat dari adat asal/ adat sabana adat bukan bahasa sahaja.
4. Bahasa dari sudut fonologi, morfologi, kognat suku kata, sintaks ayat dan perkembangan kelompok hanya berkebetulan dengan epigenetik setempat. Malah kosa kata terbina mengikut bahan sekitar bahasa itu terbentuk. Ini bermakna teori Austronesia bermula di Indochina yang mengandaikan Melayu dari IndoChina tidak boleh terpakai secara mutlak.
5. Begitu juga teori Indianisasi yang memperkecilkan skop pengunaan sanskrit berasal India Hindu Buddha. Sedangkan Sanskrit itu dari Timur Tengah malah menjadi bahasa unggul Melayu pada satu masa. Ini menjelaskan teori bahasa tidak lagi mutlak penentu asal Melayu.
6. Champa yang difahami di Khauthura Vietnam itu hanyalah inferen kepada masa yang berbeza. Malah Teori Laut China Selatan dahulunya Laut Champa masih belum diperjelaskan. Champa adalah merujuk alam Melayu pada zaman Ibrahim a.s juga belum dapat diperjelas. Namun dasarnya ada dan makin menyerlah.
7. Jadi Champa abad ke-2 Masihi dengan Champa Keturah zaman Nabi Ibrahim A.S. yang hidup sekitat 3000-1500 SM, bergantung pada sumber yang kita rujuk.
8. Selagi tiada fakta menolak maka andaian itu tidak tertolak. Soal tidak ada rekod arkeologi, hikayat, bertulis, batu bersurat dan seumpama hanyalah proses biasa dalam kajian. Terlalu banyak hal yang dulunya tak jumpa sekarang dah jumpapun. Jadi tak perlu gelojoh.
9. Champa sezaman dengan Mesopotamia itu juga tidak ada masalah apapun. Kita bukan jin hidup zaman tu. Apakah kita akan menjadi penipu sejarah dengan menerima andaian? Jawapannya tidak. Sejarah itu memang telah berlaku. Hanya kita belum jumpa. Sampai bila kita nak tertakluk pada tulisan yang kita dah jumpa dalam google sedang berlambak lagi kitab dan manuskrip belum ada dalam google.
10. Kitab tafsir, sumber sejarah yang ada tu banyak dalam bahasa lain yang kita belum baca. Jadi belajarlah adab dulu.
11. Saya lampirkan rujukan menyanggah Keturah menurunkan bangsa Arab. Yang menurunkan Arab ialah Ismail. Bukan Keturah. Keturah menurunkan bangsa Timur. Timur tengah bukan tempat bangsa Arab.
12. Saya lampir Kitab al-Muluk wa ar-Rusul oleh Imam Tabari dalam bahasa Arab Keturah adalah wanita Kanaan bernama Qaturah binti Yaqtan, istri Nabi Ibrahim AS setelah kematian Siti Sarah, melahirkan enam putera.
13. Kalau pandai baca sekali imbas faham takde logik Keturah bangsa Arab kerana bangsa Arab tu waris Ismail anak tiri Keturah. Maka pandangan Keturah berasal dari bangsa Arab tu melalut la kan.
14. Kitab al-Kamil fi at-Tarikh oleh Ibn Athir juga menyebut Keturah, mengikuti narasi Tabari dengan menekankan asal-usul Kanaan. Makna keturah bukan Arab.
15. Saja nak bagi faham bahawa semitik tu merujuk anak Nuh. Jadi Keturah menjadi pemimpin Semitik di Timur adalah jelas. Tak kesahla timur laut, timur tengah, timur leste. Yang jelas timur. Bukan asia barat atau afrika tempat anak2 Ismail dan Ishak.
16. Saya sebutkan tadi bahawa bangsa Melayu tu diperdukan dari adat. Bukan bahasa. Dan paling penting melayu itu di timur. Takde melayu di barat. Malah alam melayu itu di timur. Malah kajian DNA memetakan melayu itu di Timur. Jadi setelah jelas anak2 keturah orang timur dan keturah bukan Arab, maka Keturah adalah kanaan mengikut fahaman sepuak. Namun petunjuk lain banyak menunjukkan Katurah itu asal dari Timur berdasarkan sifat2 dan kedudukannya. Antaranya puteri berbau wangi, gaharu, dan sifat2 berbeza dengan puak sarah dan hajar.
17. Persoalan siapa dulu menyesatkan agama Ibrahim jelas terpancar dalam sejarah anak2 keturah. Bacalah rujukan yang dilampirkan. Yang menarik ialah tentang penggunaan gendang puja2 anak2 keturah yang sesat. Gendang mana lagi kalau bukan gendang yang sezaman itu.
18. Kalau tak faham dan tak jelas bawa bincang bukan bawa budaya takde adab macam wahabi
19. Ada juga orang ada sijil tapi bodoh budaya dan sejarah tapi nak juga menyebok. Gundik tu kalau beranak sah anaknya. Malah anak hamba tu sah. Banyak je raja2 sekarang anak gundik. Dan syariat dahulu mengesahkan halal mereka menerima pusaka bapanya. Sebab tu belajar dulu adat Melayu dan syariat agama terdahulu.
20. Kalau tak tahu dari mana asal Keturah. Kaji dulu dan bincang dulu secara adab. Jangan kerana nak lakukan buku bawa budaya hasad dengki dan sombong. Atau mungkin anti sangat keturah ni sesuai dengan perangai anak yahudi yang sesat ke alam Melayu.

Copy and paste:
17 Disember 2023 > 4 Jamadilakhir 1445: 12.05 pm