ZULHEIMY MAAMOR

Monday, 25 December 2023

Pusat Eksport Besi Sejak Abad Ke-6 SM

Oleh Cik Srikandi

Ada hasil penyelidikan terbaru yang mengesahkan pentarikhan abad ke-6 Sebelum Masehi.
Huraiannya, untuk pentarikhan bermulanya aktiviti peleburan besi di Tapak SB2H.
Pakai kaedah chronometric dating dan OSL serta lain-lain kaedah berkaitan. Boleh rujuk di sini: https://www.sciencedirect.com/.../pii/S2095263523000936
Sebelum ini ada hasil penyelidikan pakai Bayesian (analisis statistik guna perisian). Hasilnya telah mengesahkan adanya kegiatan/tamadun abad ke-2 Masehi. Tapi kena ingat ahli arkeologi yang buat kajian itu sendiri telah nyatakan ia belum muktamad dan kajian berterusan perlu dijalankan. Menariknya ahli arkeologi yang terlibat dengan kertas kerja tersebut ada yang terlibat juga dengan kertas kerja terbaru ini. Maka kita raikan saja penemuan dan kerja keras ahli-ahli arkeologi negara ini.
Bagi Srikandi tamadun abad ke-2 Masehi itu sudah sah. Ia masih juga tamadun antara tertua di Asia Tenggara. Cumanya ada kegiatan ekonomi lebih awal dari itu yang perlu diperhatikan dan dibuat penyelidikan lanjut sebab ada bukti pentarikhan. Dengan kata lain; ada tamadun-tamadun lain contohnya abad ke-3 SM, abad ke-5 SM dan sebagainya. Sebagai maklumat tambahan, mengikut kertas kerja terbaru ini, pentarikhan 788 SM itu masih sah. Ini kerana sampel pentarikhan Beta-516413 telah memberikan pentarikhan abad ke-8 SM dan High Probability Density Range Method (HPD) telah menunjukkan keputusan pentarikhan yang tepat. Namun begitu ia memerlukan lebih banyak sampel untuk mengukuhkan data pentarikhan kronometrik itu. Wajib buat banyak ekskavasi lagi.
Maka hasil kajian terbaru ini sepatutnya dilihat melengkapi kajian sebelumnya.
Ini kerana penyelidikan arkeologi di Asia Tenggara sehingga kini telah merekodkan beberapa tapak arkeologi yang terlibat dalam aktiviti peleburan besi sejak sebelum abad pertama Masihi.
Tapak-tapak seperti Prohear, Kemboja (Bayard et al., 1982/1983), Non Chai (Reinecke et al., 2009), Ban Dong Phlong (Nitta, 2015), Khao Sek (Petchey, 2018), Khao Sam Kaeo, Thailand (Biggs, 2013), Dong Son (Nishimura, 2005), dan Sa Huynh, Vietnam (Pham, 2005) telah membuktikan peranannya dalam industri besi sehingga abad ke-2 SM, yang menguatkan fakta bahawa industri peleburan besi telah pun berlangsung di Asia Tenggara lebih awal dari abad ke-2 Masihi.
Maka mengapa tidak ianya juga berlangsung di Sungai Batu sementelah terbukti dengan keputusan pentarikhan karbon yang telah pun dibuat. Kepentingan kajian arkeologi di Tapak Arkeologi Sungai Batu berbanding tapak peleburan besi lain di rantau Asia Tenggara dapat dilihat berdasarkan penemuannya, yang terdiri daripada bukti jeti sungai, pengurusan pelabuhan, ritual, dan monumen Buddha di kawasan seluas kira-kira 4 kilometer persegi.
Menerusi kertas kerja ini juga dapatlah disimpulkan tentang berlakunya awal kepada tamadun besi sehinggalah memungkinnya berlakunya kemuncak kegiatan perkilangan besi yang semakin rancak pada abad ke-2 Masehi dan seterusnya.
Ini menunjukkan telah wujud perkembangan kearifan tempatan bagi masyarakat peleburan besi di Sungai Batu yang mempunyai piawaian tersendiri dalam proses urbanisasi. Ini menjadikan Sungai Batu sebagai pusat eksport jongkong besi terbesar di dunia sejak 545 SM.
Apa pun Srikandi mengalu-alukan lebih banyak penemuan dan ekskavasi dijalankan. Umum mengetahui dari kira-kira 96 tapak yang dikenalpasti, hanya 54 tapak yang telah diekskavasi. Daripada 54 yang telah diekskavasi, hanya 9 tapak yang telah dipertarikhkan. Daripada 9 tapak itu pula kita cuma ada 3 tapak yang jumlah sampel yang cukup banyak. Alasan mengapa tidak mampu membuat pentarikhan untuk semua tapak adalah masalah dana kerana nak buat pentarikhan bagi satu sampel saja memakan kos RM3000+, maka masalah kewangan menjadi kekangan.
Maka kajian di Tapak Arkeologi Sungai Batu ini belum muktamad dan menanti penemuan-penemuan yang mengujakan.
~Srikandi
Hallowed Be Thy History
Copy and paste:
25 Disember 2023 > 12 Jamadilakhir 1445H: 11.36 pm

No comments:

Post a Comment