ZULHEIMY MAAMOR

Wednesday, 20 December 2023

AMERIKA SYARIKAT BERSAMA ZIONIS ISRAEL MAKHLUK PEROSAK DEMOKRASI DAN HAK ASASI MANUSIA

Oleh TG HJ ABDUL HADI AWANG

Kaum Yahudi mendakwa mereka bangsa termulia pilihan Allah kerana perjuangan mereka bersama para anbiya’ AS yang paling ramai. Walaupun mereka akhirnya telah dijatuhkan kedudukan menjadi hina apabila berlaku zalim terhadap para rasul pilihan Allah, di samping kufur aqidah dan kufur ni‘mat terhadap petunjuk Allah dan kurniaan-Nya. Firman Allah SWT:
﴿ضُرِبَتۡ عَلَيۡهِمُ ٱلذِّلَّةُ أَيۡنَ مَا ثُقِفُوٓاْ إِلَّا بِحَبۡلٖ مِّنَ ٱللَّهِ وَحَبۡلٖ مِّنَ ٱلنَّاسِ وَبَآءُو بِغَضَبٖ مِّنَ ٱللَّهِ وَضُرِبَتۡ عَلَيۡهِمُ ٱلۡمَسۡكَنَةُۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ كَانُواْ يَكۡفُرُونَ بِـَٔايَٰتِ ٱللَّهِ وَيَقۡتُلُونَ ٱلۡأَنۢبِيَآءَ بِغَيۡرِ حَقّٖۚ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَواْ وَّكَانُواْ يَعۡتَدُونَ ١١٢﴾
“Mereka diliputi kehinaan di mana-mana sahaja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia, dan mereka kembali mendapat kemurkaan daripada Allah dan mereka diliputi kerendahan. Yang demikian itu kerana mereka kufur (menentang) ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi tanpa alasan yang benar. Yang demikian itu disebabkan mereka derhaka dan melampaui batas.” [Surah Ali ‘Imran: 112]
Mereka bermegah kerana dilahirkan daripada zuriat Sam bin Nuh AS dan menafikan bahawa rumpun Sam itu bukan daripada bangsa Yahudi sahaja. Kelahiran rumpun Yahudi (Bani Isra’il) sebenarnya daripada zuriat Nabi Ya‘qub AS cucu Ibrahim AS setelah beberapa ribu tahun berada di Mesir, selepas Ya‘qub AS berhijrah ke sana bersama puteranya Yusuf AS yang memerintah Mesir.
Datuk kebanggaan mereka, Ibrahim AS juga mempunyai anak selain Ishaq AS yang merupakan bapa Ya‘qub AS, seperti Isma‘il AS dan lain-lain yang lahir daripada mereka bangsa Arab dan bangsa yang lain. Allah menetapkan darjat manusia bukan berdasarkan bangsa dan keturunannya, tetapi ketaqwaannya.
Nabi Nuh AS juga memiliki anak bernama Ham dan Yafith yang melahirkan berbagai-bagai bangsa purba. Kemudian, berlaku perkahwinan campuran sesama mereka yang melahirkan berbagai-bagai lagi bangsa lain.
Firman Allah SWT:
﴿يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٞ ١٣﴾
“Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya, Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenali. Sesungguhnya, orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa antara kamu. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” [Surah al-Hujurat: 13]
Allah menegaskan manusia juga merupakan satu keluarga besar sebagaimana firman-Nya:
﴿يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُواْ رَبَّكُمُ ٱلَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفۡسٖ وَٰحِدَةٖ وَخَلَقَ مِنۡهَا زَوۡجَهَا وَبَثَّ مِنۡهُمَا رِجَالٗا كَثِيرٗا وَنِسَآءٗۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ ٱلَّذِي تَسَآءَلُونَ بِهِۦ وَٱلۡأَرۡحَامَۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَيۡكُمۡ رَقِيبٗا ١﴾
“Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu daripada seorang diri (Adam AS), dan daripadanya Allah menciptakan isterinya (Hawwa’ AS); dan daripada kedua-duanya Allah mengembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya, Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” [Surah al-Nisa’: 1]
Allah melantik para anbiya’ dalam kalangan manusia bersama petunjuk-Nya bagi memimpin dan menjadi teladan. Firman Allah SWT:
﴿كَانَ ٱلنَّاسُ أُمَّةٗ وَٰحِدَةٗ فَبَعَثَ ٱللَّهُ ٱلنَّبِيِّـۧنَ مُبَشِّرِينَ وَمُنذِرِينَ وَأَنزَلَ مَعَهُمُ ٱلۡكِتَٰبَ بِٱلۡحَقِّ لِيَحۡكُمَ بَيۡنَ ٱلنَّاسِ فِيمَا ٱخۡتَلَفُواْ فِيهِۚ وَمَا ٱخۡتَلَفَ فِيهِ إِلَّا ٱلَّذِينَ أُوتُوهُ مِنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَتۡهُمُ ٱلۡبَيِّنَٰتُ بَغۡيَۢا بَيۡنَهُمۡۖ فَهَدَى ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لِمَا ٱخۡتَلَفُواْ فِيهِ مِنَ ٱلۡحَقِّ بِإِذۡنِهِۦۗ وَٱللَّهُ يَهۡدِي مَن يَشَآءُ إِلَىٰ صِرَٰطٖ مُّسۡتَقِيمٍ ٢١٣﴾
“Manusia ialah umat yang satu. (Setelah timbul perselisihan), maka Allah mengutus para nabi sebagai pemberi peringatan, dan Allah menurunkan bersama mereka Kitab yang benar untuk memberikan keputusan antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan. Tidaklah berselisih tentang Kitab itu melainkan orang yang telah didatangkan kepada mereka Kitab, iaitu setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata kerana dengki antara mereka sendiri. Maka, Allah menunjuki orang-orang yang beriman kepada kebenaran tentang hal yang mereka perselisihkan itu dengan kehendak-Nya. Dan Allah selalu menunjuki orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus.” [Surah al-Baqarah: 213]
Allah melantik para nabi itu daripada kalangan orang-orang terbaik pilihan-Nya. Para nabi diketahui peribadi, akal, roh, jasad, ilmu, dan kebijaksanaan mereka, di samping wajib berakhlak mulia, benar, amanah, dan berani menyatakan kebenaran.
Perkara ini dapat disaksikan secara nyata oleh mereka yang sezaman dengan nabi itu. Namun, Bani Isra’il bersifat takabbur dan menentang nabi-nabi mereka dengan zalim. Firman Allah SWT:
﴿... أَفَكُلَّمَا جَآءَكُمۡ رَسُولُۢ بِمَا لَا تَهۡوَىٰٓ أَنفُسُكُمُ ٱسۡتَكۡبَرۡتُمۡ فَفَرِيقٗا كَذَّبۡتُمۡ وَفَرِيقٗا تَقۡتُلُونَ ٨٧﴾
“...Apakah setiap kali datang kepada kamu seorang rasul membawa sesuatu (pelajaran) yang tidak sesuai dengan keinginan kamu lalu kamu menyombong? Maka, beberapa orang (antara mereka) kamu dustakan dan beberapa orang (yang lain) kamu bunuh?” [Surah al-Baqarah: 87]
Akibat kejahatan mereka, maka Allah menjadikan mereka bangsa yang paling dimurkai Allah dan dilaknat oleh-Nya. Ramai bala tentera syaitan dijadikan dalam kalangan bangsa Yahudi yang merosakkan kehidupan bagi menguji seluruh manusia di alam dunia.
Mereka mempelopori kejahatan, kezaliman, peperangan, dan kemusnahan alam. Mereka diberikan peluang untuk mendapat kesenangan dunia dengan menguasai harta paling kaya, tetapi banyak yang menguasai ekonomi secara haram seperti riba, penipuan, perniagaan maksiat, dan kejahatan lain yang merosakkan akhlak manusia.
Mereka menggunakan kekayaan bagi mempengaruhi pemikiran dan cara hidup manusia sehinggalah mempengaruhi takhta dan pihak yang paling berkuasa. Demikian juga, mereka menggunakan media, politik, ekonomi, pendidikan, dan lain-lain untuk tujuan tersebut.
Daripada kalangan mereka, muncul para pemikir yang mencipta berbagai-bagai ideologi dan teori yang menarik tetapi memusnahkan pada akhirnya. Tujuannya adalah untuk merosakkan manusia bukan Yahudi dengan berbagai-bagai cara.
Mereka merancang untuk menguasai dunia kononnya bagi mengulangi sejarah Nabi Dawud AS dan Nabi Sulaiman AS yang menjadi raja kuasa besar dunia yang tunggal. Akan tetapi, mereka membawa bersama kebanggaan perkauman tanpa petunjuk Kitab Allah, menjadikan mereka hilang kelayakan. Firman Allah SWT:
﴿وَلَقَدۡ كَتَبۡنَا فِي ٱلزَّبُورِ مِنۢ بَعۡدِ ٱلذِّكۡرِ أَنَّ ٱلۡأَرۡضَ يَرِثُهَا عِبَادِيَ ٱلصَّـٰلِحُونَ ١٠٥﴾
“Dan sungguh, telah Kami tulis dalam Zabur sesudah (Kami tulis dalam) Lauh Mahfuz, bahawasanya bumi ini dipusakai hamba-hamba-Ku yang soleh.” [Surah al-Anbiya’: 105]
Bagi mencapai matlamat perjuangan yang salah dan zalim, mereka melakukan apa-apa sahaja kejahatan dan keganasan. Firman Allah SWT:
﴿وَقَالَتِ ٱلۡيَهُودُ يَدُ ٱللَّهِ مَغۡلُولَةٌۚ غُلَّتۡ أَيۡدِيهِمۡ وَلُعِنُواْ بِمَا قَالُواْۘ بَلۡ يَدَاهُ مَبۡسُوطَتَانِ يُنفِقُ كَيۡفَ يَشَآءُۚ وَلَيَزِيدَنَّ كَثِيرٗا مِّنۡهُم مَّآ أُنزِلَ إِلَيۡكَ مِن رَّبِّكَ طُغۡيَٰنٗا وَكُفۡرٗاۚ وَأَلۡقَيۡنَا بَيۡنَهُمُ ٱلۡعَدَٰوَةَ وَٱلۡبَغۡضَآءَ إِلَىٰ يَوۡمِ ٱلۡقِيَٰمَةِۚ كُلَّمَآ أَوۡقَدُواْ نَارٗا لِّلۡحَرۡبِ أَطۡفَأَهَا ٱللَّهُۚ وَيَسۡعَوۡنَ فِي ٱلۡأَرۡضِ فَسَادٗاۚ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُفۡسِدِينَ ٦٤﴾
“Orang-orang Yahudi berkata, ‘Tangan Allah terbelenggu.’ Sebenarnya, tangan merekalah yang dibelenggu dan merekalah yang dilaknat disebabkan apa-apa yang telah mereka katakan itu. (Tidak demikian), tetapi kedua-dua tangan Allah terbuka; Dia menafkahkan sebagaimana Dia kehendaki. Dan al-Quran yang diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu sungguh-sungguh akan menambah kederhakaan dan kekafiran bagi kebanyakan antara mereka. Dan Kami telah timbulkan permusuhan dan kebencian antara mereka sampai Hari Kiamat. Setiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya, dan mereka berbuat kerosakan di muka bumi, dan Allah tidak menyukai orang-orang yang membuat kerosakan.” [Surah al-Ma’idah: 64]
Mereka berjuang melakukan gerakan awal melalui pertubuhan Freemason dan kemudiannya pertubuhan Zionis bagi mempengaruhi pelbagai pertubuhan antarabangsa, di samping meniupkan slogan kemerdekaan, kebebasan, hak asasi manusia, dan demokrasi.
Kini, mereka dapat mempengaruhi kuasa besar Amerika Syarikat dan Eropah bagi menentukan kerajaan dan pemimpin kerajaan masing-masing. Hal ini dapat dilihat dengan nyata betapa masing-masing calon pilihan raya berusaha menjadi paling kuat menyokong Israel tanpa sempadan akal dan kemanusiaan.
Zionis secara khusus berjuang bagi menubuhkan negara haram Israel di Palestin dengan merampas daripada penduduk asalnya yang telah bermukim sejak awal sebelum kedatangan Ibrahim AS.
Kejayaan Zionis memeteraikan Perisytiharan Balfour yang terkenal bagi menubuhkan negara haram Israel di bumi Palestin, dengan melakukan rompakan yang ganas dan membunuh. Selain itu, bangunan, tanah kebun, rumah kediaman, dan perniagaan dirampas dan diambil alih oleh pendatang Yahudi yang bersenjata atau kumpulan ganas yang dibantu oleh polis dan tentera.
Sehinggakan, penduduk asal terpaksa berada di khemah pelarian semata-mata bagi mewujudkan negara Yahudi Israel yang menjadi pangkalan bagi menghadapi negara Islam dan Arab. Malah Zionis dibekalkan segala jenis persenjataan, termasuk senjata pemusnah yang diharamkan oleh undang-undang antarabangsa.
Tindakan zalim yang sama terus dilakukan sehingga kini pada masa Amerika Syarikat dan sekutunya mencadangkan teori dua penyelesaian negara (two-state solution). Dalam keadaan Israel tidak mempedulikannya, Amerika Syarikat dan sekutu Eropahnya terus menghantar senjata bertali arus bagi membantu Israel atas nama menjaga keselamatannya.
Israel juga diberikan kekebalan boleh melakukan apa-apa sahaja keganasan tanpa tindakan undang-undang antarabangsa dan Resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana dibatalkan oleh kuasa veto negara besar tersebut.
Mereka juga mencatur mana-mana negara demi kepentingan politik dan ekonomi Israel dan sekutunya. Mereka membatalkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi dan mempertahankan diktator atas nama menjaga keamanan negara haram Israel. Beberapa pilihan raya turut dibatalkan dan kerajaannya dijatuhkan oleh tentera mengikut kemahuan percaturan bekas negara-negara penjajah iaitu Amerika Syarikat dan Eropah.
Tindakan melampau Israel terhadap Palestin sehingga membenarkan golongan ekstremis Zionis menceroboh Masjid al-Aqsa serta menghalang dan menyerang mereka yang datang atau sedang beribadat. Tindakan ini mencetuskan kumpulan Hamas yang berpangkalan di Gaza untuk melancarkan serangan yang tidak diduga oleh musuh dan serangan itu mendapat sokongan seluruh kumpulan Islam Palestin dan lain-lain.
Tindakan tersebut berjaya menembusi pertahanan Israel yang disangka kebal tidak boleh ditembusi. Ramai tentera Israel terbunuh dan tertawan, sehingga mendedahkan sikap yang nyata oleh Amerika Syarikat dan negara sekutunya lalu mereka mengerakkan armada dan bala tentera mereka bagi melindungi Israel yang terdesak.
Israel melakukan serangan balas yang paling ganas tanpa peduli akan undang-undang perang dan undang-undang antarabangsa. Mereka menyerang kawasan kediaman, termasuk hospital, rumah ibadat (masjid dan gereja), sekolah, dan tempat perlindungan.
Sebahagian besar sasaran mereka ialah kanak-kanak, kaum wanita, warga tua, dan pesakit yang sedang dirawat. Sehingga menggerakkan bantahan di seluruh dunia oleh rakyat yang berperikemanusiaan, termasuk di Amerika Syarikat dan Eropah.
Adapun Kerajaan Amerika Syarikat dan sekutu Eropahnya terus membantu Israel dengan membekalkan senjata yang lebih banyak dan ganas, di samping tindakan politik menggunakan kuasa veto bagi membatalkan segala cadangan dan usul menghukum jenayah Israel yang nyata.
Oleh itu, terang lagi bersuluh bahawa Amerika Syarikat dan sekutunya di Eropah menjadi makhluk perosak dunia yang paling ganas melebihi binatang di rimba.
Pada masa yang sama, mereka bermanis muka mencadangkan perdamaian bodoh yang zalim dan membunuh demokrasi majoriti besar rakyat Palestin yang memilih Hamas dalam pilihan raya bebas beberapa tahun yang lalu. Mereka mengambil pendekatan yang zalim dan bebal supaya ditubuhkan sebuah kerajaan yang dipersetujui oleh Israel yang zalim dan ganas bersama mereka.
Perbuatan ini menepati ciri-ciri kumpulan yang dinyatakan oleh firman Allah SWT:
﴿وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يُعۡجِبُكَ قَوۡلُهُۥ فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَيُشۡهِدُ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا فِي قَلۡبِهِۦ وَهُوَ أَلَدُّ ٱلۡخِصَامِ ٢٠٤ وَإِذَا تَوَلَّىٰ سَعَىٰ فِي ٱلۡأَرۡضِ لِيُفۡسِدَ فِيهَا وَيُهۡلِكَ ٱلۡحَرۡثَ وَٱلنَّسۡلَۚ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ ٱلۡفَسَادَ ٢٠٥ وَإِذَا قِيلَ لَهُ ٱتَّقِ ٱللَّهَ أَخَذَتۡهُ ٱلۡعِزَّةُ بِٱلۡإِثۡمِۚ فَحَسۡبُهُۥ جَهَنَّمُۖ وَلَبِئۡسَ ٱلۡمِهَادُ ٢٠٦ وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَشۡرِي نَفۡسَهُ ٱبۡتِغَآءَ مَرۡضَاتِ ٱللَّهِۚ وَٱللَّهُ رَءُوفُۢ بِٱلۡعِبَادِ ٢٠٧﴾
“Dan antara manusia ada orang yang ucapannya tentang kehidupan dunia menarik hatimu, dan dipersaksikannya kepada Allah (atas kebenaran) isi hatinya, padahal dia merupakan penentang yang paling keras. (204) Dan apabila dia berpaling (dari kamu), dia berjalan di bumi untuk mengadakan kerosakan padanya, dan merosakkan tanam-tanaman dan binatang ternak, dan Allah tidak menyukai kebinasaan. (205) Dan apabila dikatakan kepadanya, ‘Bertaqwalah kepada Allah,’ bangkitlah kesombongannya yang menyebabkannya berbuat dosa. Maka, cukuplah (balasannya) Neraka Jahanam. Dan sungguh, Neraka Jahanam itu tempat tinggal yang seburuk-buruknya. (206) Dan antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah; dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya. (207)” [Surah al-Baqarah: 204–207]
Satu kumpulan makhluk perosak paling ganas yang membunuh nyawa manusia dan merosakkan alam sekitarnya, manakala satu lagi kumpulan bersedia mengorbankan diri mereka yang mendapat sanjungan Allah.
Kumpulan Islam Hamas, Tanzim Jihad, Hizbullah, dan Ansarullah berperang mengikut nas al-Quran dan Hadis yang mutawatir, dipegang oleh semua mazhab dan diharamkan melampau dalam peperangan. Firman Allah SWT:
﴿وَقَٰتِلُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ ٱلَّذِينَ يُقَٰتِلُونَكُمۡ وَلَا تَعۡتَدُوٓاْۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُعۡتَدِينَ ١٩٠﴾
“Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya, Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.” [Surah al-Baqarah: 190]
Allah mewajibkan Rasul-Nya SAW beristiqamah menegakkan kebenaran dan tidak bersama mereka yang nyata kezalimannya dengan amaran yang keras. Firman Allah SWT:
﴿فَٱسۡتَقِمۡ كَمَآ أُمِرۡتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطۡغَوۡاْۚ إِنَّهُۥ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٞ ١١٢ وَلَا تَرۡكَنُوٓاْ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ ١١٣﴾
“Maka, tetaplah kamu di jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat berserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya, Dia Maha Melihat apa-apa yang kamu kerjakan. (112) Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain Allah, kemudian kamu tidak akan diberikan pertolongan. (113)” [Surah Hud: 112–113]
Hanya segelintir sahaja negara Arab dan Islam yang menyatakan sokongan tegas kepada Palestin. Lebih memalukan lagi, apabila terdapat negara Amerika Latin bukan Islam yang menyatakan sokongan terbuka kepada rakyat Palestin.
Adapun majoriti umat Islam dan mereka yang berperikemanusiaan di seluruh dunia menunjukkan apa-apa yang ada dalam hati masing-masing.
Malang bagi umat Islam yang memberikan alasan tidak menyokong Hamas, Tanzim Jihad, Hizbullah, dan Ansarullah yang berperang menentang kaum dimurkai Allah, dengan berhujah kerana semuanya tidak bermazhab Ahli Sunnah wa al-Jama‘ah.
Hakikatnya, mereka jahil bahawa ulama’ Salaf dan Khalaf telah menetapkan perpaduan umat Islam berdasarkan Ahli Kiblat yang semuanya sembahyang menghadap ke arah Kaabah di Makkah.
Hal ini menunjukkan adanya kalangan mereka yang mengaku Islam, hanya kiblat sembahyangnya sahaja yang menghadap ke Baitullah (Rumah Allah) di Makkah, tetapi kiblat politik dan cara hidupnya menghadap ke arah White House (Rumah Putih) di Washington.
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 1 Jumada al-Akhirah 1445 / 14 Disember 2023
[Bil: 106 / 2023]
Copy and paste:
20 Disember 2023 > 7 Jamadilakhir 1445H: 12.04 am

No comments:

Post a Comment