ZULHEIMY MAAMOR

Tuesday, 12 September 2023

𝐓𝐇𝐄 𝐍𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐀𝐍𝐓𝐇𝐄𝐌 𝐎𝐅 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀

SOURCE: MALAY WORLD

Negaraku which means “My Country” in Malay is the National Anthem of Malaysia. It was adopted in 1957 when the Federation of Malaya achieved its Independence from the British Empire. The tune of the song was in turn adapted from the original state anthem of Perak, 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ 𝐿𝑎𝑛𝑗𝑢𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑈𝑠𝑖𝑎 𝑇𝑢𝑎𝑛𝑘𝑢 ( "God Lengthen the Sultan's Age"), which was introduced in 1888. ⁽¹⁾
The history of the Perak Anthem began when 𝐒𝐮𝐥𝐭𝐚𝐧 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐈𝐈 of Perak was exiled to Seychelles in 1877 after the conclusion of 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤 𝐖𝐚𝐫 (1875-1876). The Sultan resided at Male, where a French band gave a weekly public performance at the seafront of the Sultan’s residence. During a visit to his parents at Mahe in 1883, 𝐑𝐚𝐣𝐚 𝐂𝐡𝐮𝐥𝐚𝐧, one of Sultan Abdullah's sons, heard and was much attracted by a tune played by the band which he discovered was called "La Rosalie". He spoke to the French bandmaster and was told that the tune had been written by a well-known French composer 𝐏𝐢𝐞𝐫𝐫𝐞 𝐉𝐞𝐚𝐧 𝐝𝐞 𝐁𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐞𝐫. When he returned to Perak, he stayed with his elder brother 𝐑𝐚𝐣𝐚 𝐌𝐚𝐧𝐬𝐮𝐫 in Taiping, and often hummed the tune of "La Rosalie". It caught Raja Mansur's fancy and remained in his memory. ⁽²⁾
In 1888, Raja Mansur, then a junior officer in the Perak State Secretariat was selected as the aide-de-camp to accompany the recently installed 28th Sultan of Perak, 𝐈𝐝𝐫𝐢𝐬 𝐌𝐮𝐫𝐬𝐡𝐢𝐝𝐮𝐥 𝐀𝐳𝐳𝐚𝐦 𝐒𝐡𝐚𝐡 in his state visit to England, at the invitation of 𝐐𝐮𝐞𝐞𝐧 𝐕𝐢𝐜𝐭𝐨𝐫𝐢𝐚 the year after his installation. It was noticed that no anthem existed to greet the Sultan. Raja Mansur did not dare to tell that no anthem exists and so he hummed a song he knew to the bandmaster, that is the melody of the "La Rosalie". After he told the Sultan about it, the Sultan accepted the song as the anthem. The lyrics “Allah lanjutkan usia Sultan” were written by Raja Mansur later on. ⁽³⁾
The melody was later adapted in 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐰𝐚𝐧 (Malay traditional Opera) mainly performing in Malaya and Singapore. In no time, the melody became extremely popular and was given the name “𝐓𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧” or “Bright Moon” in Malay.⁽⁴⁾⁽⁵⁾ In 1902, the Perak anthem was once again played in England during the coronation of 𝐊𝐢𝐧𝐠 𝐄𝐝𝐰𝐚𝐫𝐝 𝐕𝐈𝐈, following the attendance of Sultan Idris as a royal guest. ⁽⁶⁾ The song became a Malayan evergreen, playing at cabarets and sung by almost everybody in the 1920s and 1930s, and spread even to the Netherland East Indies. ⁽⁷⁾
It is not clear if this tune "La Rosalie" had roots in France, as no written trace has been found of this melody in 𝐏𝐢𝐞𝐫𝐫𝐞 𝐉𝐞𝐚𝐧 𝐝𝐞 𝐁𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐞𝐫 works. A gramophone of Terang Bulan was sent by the Sheppard to the Seychelles in 1960, which was then played over the radio. It was recognised instantly by an elderly resident as a tune popular in the 1890′s.⁽⁸⁾ In 1963, the French ambassador in Malaysia, Pierre Anthonioz, had requested the government of Seychelles to procure the lyrics of La Rosalie. In 1964, the governor (the Seychelles were still under the British then) replied and reaffirmed that the tune was recognized by some of the elderly populace, and provided the words to the song, which was still hummed at that time. ⁽⁹⁾⁽¹⁰⁾ In conclusion, although the song's association with 𝐏𝐢𝐞𝐫𝐫𝐞 𝐉𝐞𝐚𝐧 𝐝𝐞 𝐁𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐞𝐫 remains unclear, its status as originally a French song from Seychelles was confirmed.
At the time of independence of Malaya, each of the eleven states that made up the Federation of Malaya had their own state anthems, but there was no national anthem for the Federation as a whole. Tunku Abdul Rahman, at the time the Chief Minister and Minister for Home Affairs, organised and presided over a committee for the purpose of choosing a suitable national anthem. At his suggestion, a worldwide competition was launched. 514 entries were received, but none were deemed suitable. Tunku Abdul Rahman then suggested that the state anthem of Perak be used as a basis for the new national anthem, the committee agreed to his suggestion. On 5 August 1957, the Committee chose the Perak Anthema citing the "traditional flavour" of its melody. New lyrics for the national anthem were written jointly by the Panel of Judges, led by the Tunku himself.
Dedicated to Allahyarham Tan Sri Dato' Haji Abdul Mubin Sheppard, without his detail account on the subject, this article wouldn't be possible. Al-Fatihah
-------------------------------------------------------------------------
𝐋𝐀𝐆𝐔 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀
Negaraku adalah lagu kebangsaan rasmi untuk Malaysia. Ia telah mula digunakan sejak 1957, ketika Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dari Empayar British. Lagu tersebut pula diadaptasi dari Lagu Kebangsaan negeri Perak 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ 𝐿𝑎𝑛𝑗𝑢𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑈𝑠𝑖𝑎 𝑇𝑢𝑎𝑛𝑘𝑢 yang diperkenalkan pada tahun 1888. ⁽¹⁾
Sejarah lagu kebangsaan negeri Perak bermula ketika 𝐒𝐮𝐥𝐭𝐚𝐧 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐈𝐈 dibuang negeri ke Seychelles pada tahun 1877 selepas selesainya 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤 (1875-1876). Di sana, Sultan Abdullah tinggal di Male, di mana sebuah kugiran Perancis membuat persembahan mingguan di kawasan pantai di hadapan kediaman baginda. Ketika 𝐑𝐚𝐣𝐚 𝐂𝐡𝐮𝐥𝐚𝐧 datang ke Seychelles melawat ayahanda dan bonda baginda pada tahun 1883, salah satu lagu yang dikenali dengan nama "La Rosalie" yang dimainkan kugiran Perancis itu menarik perhatian baginda. Baginda bertanyakan kepada ketua kugiran dan diberitahu yang lagu tersebut ditulis oleh seorang komposer Perancis yang terkenal, 𝐏𝐢𝐞𝐫𝐫𝐞 𝐉𝐞𝐚𝐧 𝐝𝐞 𝐁𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐞𝐫. Apabila pulang ke Perak, baginda tinggal dengan kekandanya 𝐑𝐚𝐣𝐚 𝐌𝐚𝐧𝐬𝐮𝐫 diTaiping, dan sering bersenandung dengan lagu "La Rosalie" tersebut. Hal ini menarik perhatian Raja Mansur. ⁽²⁾
Pada tahun 1888, Raja Mansur, yang ketika waktu itu bertugas sebagai pegawai rendah Sekretariat Negeri Perak telah dipilih menjadi pegawai pengiring kepada Sultan Perak ke-28 yang baru saja ditabalkan, 𝐒𝐮𝐥𝐭𝐚𝐧 𝐈𝐝𝐫𝐢𝐬 𝐌𝐮𝐫𝐬𝐡𝐢𝐝𝐮𝐥 𝐀𝐳𝐳𝐚𝐦 𝐒𝐡𝐚𝐡 dalam rombongannya ke England, atas jemputan 𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐕𝐢𝐜𝐭𝐨𝐫𝐢𝐚. Disedari ketika itu yang tiada lagu kebangsaan yang ada untuk menyambut kehadiran Sultan. Raja Mansur tidak mahu memberitahu yang Perak tiada lagu kebangsaan, maka baginda bersenandung dengan lagu "La Rosalie" kepada ketua kugiran yang memainkan lagu untuk sambutan. Selepas Raja Mansur memaklumkan Sultan tentang kejadian tersebut, baginda bersetuju mengambil lagu tersebut sebagai lagu kebangsaan. Liriknya, Allah "Lanjutkan Usia Tuanku" ditulis kemudiannya oleh Raja Mansur. ⁽³⁾
Lagu tersebut kemudiannya juga dinyanyikan dalam 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐰𝐚𝐧 (opera Melayu tradisional) yang banyak dipersembahkan di Malaya and Singapura. Dalam beberapa tahun, melodi lagu tersebut menjadi sangat popular dan diberi nama dalam Bahasa Melayu “𝐓𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧”.⁽⁴⁾⁽⁵⁾ Pada tahun 1902, lagu kebangsaan negeri Perak sekali lagi dimainkan di England ketika pertabalan 𝐑𝐚𝐣𝐚 𝐄𝐝𝐰𝐚𝐫𝐝 𝐕𝐈𝐈, yang juga dihadiri oleh Sultan Idris sebagai tetamu diraja. ⁽⁶⁾ Lagu tersebut mencapai taraf evergreen di Malaya dan banyak dimainkan di kabaret dan dinyanyikan ramai orang pada era 1920-an dan 1930-an, dan menyebar sehingga ke Hindia Timur Belanda. ⁽⁷⁾
Tidak dapat dipastikan dengan jelas samada "La Rosalie" benar-benar berasal dari Perancis, kerana tiada rekod ditemui tentang lagu tersebut dalam karya 𝐏𝐢𝐞𝐫𝐫𝐞 𝐉𝐞𝐚𝐧 𝐝𝐞 𝐁𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐞𝐫. Pada tahun 1960, satu gramofon Terang Bulan telah dihantar oleh Sheppard ke Seychelles yang kemudiannya dimainkan dalam radio. Dengan serta merta seorang warga emas mengecamnya sama seperti sebuah lagu yang popular pada tahun 1890an. ⁽⁸⁾ Pada tahun 1963, duta besar Perancis ke Malaysia, Pierre Anthonioz, telah meminta kerajaan Seychelles untuk mendapatkan lirik lagu La Rosalie. Pada tahun 1964, gabenor wilayah tersebut (Seychelles ketika itu masih dalam jajahan British) telah membalas dan mengesahkan yang lagu tersebut masih lagi diingati oleh beberapa warga tua dan beliau telah memberikan lirik lagu tersebut yang masih lagi dinyanyikan di sana ketika itu. ⁽⁹⁾ Kesimpulannya, meskipun kaitan lagu tersebut dengan 𝐏𝐢𝐞𝐫𝐫𝐞 𝐉𝐞𝐚𝐧 𝐝𝐞 𝐁𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐞𝐫 masih lagi tidak dapat dipastikan, statusnya sebagai asalnya sebuah lagu Perancis yang dinyanyikan di Seychelles telah disahkan.
Ketika kemerdekaan Tanah Melayu, setiap negeri dalam persekutuan mempunyai lagu kebangsaan yang tersendiri, dan tiada lagu kebangsaan yang khusus untuk keseluruhan persekutuan. Tunku Abdul Rahman, yang merupakan Ketua Menteri dan Menteri Dalam Negeri ketika itu, telah menganjurkan dan mengetuai satu jawatankuasa untuk memilih satu lagu kebangsaan. Atas cadangan Tunku, satu pertandingan antarabangsa telah dilancarkan. Sebanyak 514 penyertaan diterima, namun tiada satu pun didapati bersesuaian. Tunku Abdul Rahman kemudiannya mencadangkan lagu kebangsaan Perak digunakan sebagai asas untuk lagu kebangsaan baru tersebut, dan dipersetujui oleh semua ahli jawatankuasa. Pada 5 August 1957, pihak jawatankuasa rasmi memilih lagu kebangsaan Perak, yang menganggap melodinya mengandungi "unsur tradisional". Lirik untuk lagu kebangsaan tersebut ditulis secara bersama oleh satu panel hakim, diketuai oleh Tunku sendiri.
𝐑𝐞𝐟𝐞𝐫𝐞𝐧𝐜𝐞𝐬
⁽¹⁾ Sheppard (1983), p. 78
⁽²⁾ Sheppard (1983), p. 78
⁽³⁾ Sheppard (1983), p. 75
⁽⁴⁾ Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu (1999), p.44
⁽⁵⁾ Sheppard (1960), p. 16
⁽⁶⁾ Sheppard (1983), p. 77
⁽⁷⁾ Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. (1997), p. 68-69
⁽⁸⁾ Sheppard (1960), p. 14-16
⁽⁹⁾ New Sunday Times (1992)
⁽¹⁰⁾ Julien Durup (2011)
𝐁𝐢𝐛𝐥𝐢𝐨𝐠𝐫𝐚𝐩𝐡𝐲
Sheppard, M. (1983). Taman Saujana: Dance, Drama, Music, and Magic in Malaya, Long and Not-so-long Ago. Malaysia: International Book Service. ISBN-9789679500004
Sheppard, M. (1960), The Origin of Negara-ku, Malaya in history : The magazine of the Malaysian Historical Society, vol.vi no.1. Kuala Lumpur: Malaysian Historical Society.
Ensiklopedia sejarah dan kebudayaan Melayu (1999), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. ISBN 9836252169, 9836242465, 9836252177, 9836252185,9836252193
Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. (1997). Singapore: Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society.
Anthem: The French Connection. New Sunday Times. 25 Jun 1992
Julien Durup (2011), The Innocent Sultan of Perak in the Seychelles, Seychelles Weekly

Copy and paste:
12 September 2023 > 26 Safar 1445H: 11.24 am

No comments:

Post a Comment