ZULHEIMY MAAMOR

Friday, 2 June 2023

Kisah Utusan Sultan Melaka Yang Dibunuh di China

KREDIT: MEGAT HISEMUDIN MEGAT KASIM
DARI FB KISAH SEJARAH MELAYU

Hubungan Melaka - China dimulai dengan kedatangan utusan China bernama 尹庆 Yin Qing dalam tahun 1403 yang dihantar oleh Maharaja 永乐 Yong Le semasa Dinasti Ming.
Utusan dari Sultan Melaka yang terakhir ke China pula dibunuh dalam satu komplot oleh orang dalaman yang bersama belayar menghantar ufti ke China di Beijing.
Sumber ini terdapat dalam 明實錄 Mingshilu, iaitu Catatan Sejarah Ming.
正德三年 (1508 - 1509),使臣端亞智等入貢。Tahun ke 3 pemerintahan Maharaja Zhende iaitu di tahun 1508 - 1509, utusan dari Melaka 端亞智 Tuah Ah Zhi, mungkin sekali diterjemahkan sebagai Tuan Haji dan rombongannya menghantar ufti ke istana.
其通事亞劉,本江西萬安人蕭明舉,負罪逃入其國,賂大通事王永、序班張字,謀往浡泥索寶。而禮部吏侯永等亦受賂,偽為符印,擾郵傳。
Penterjemah bahasa dalam rombongan ini bernama 蕭明舉 Xiao ming-ju yang juga digelar Ah Liew berasal dari daerah Wan An dalam Wilayah Jiangxi. Beliau adalah bekas seorang pesalah jenayah yang telah menyusup ke Melaka. Setelah sampai di China, Ah Liew telah merasuah jurubahasa utama bernama 王永 Wang Yong, penyusun jadual kerja bernama 張字 Chang zi dengan tujuan ke Poni (Brunei) untuk melakukan penipuan bagi mendapatkan barangan berharga. Ketua protokol 候永 Hou yong dan yang lain-lain juga dirasuah untuk memalsukan cop mohor bagi tujuan mangaburi persuratan (yang mungkin mengatakan mereka wakil dari China).
使團返回時,貢使火者亞劉等以船為颶風所壞,請令廣東布政司代造。禮部下令查核,如需重造,俾自修理,自備材料,廣東政府可適度給予力役支助。
Apabila rombongan utusan ini mahu kembali ke Melaka, Ah Liew dan yang lain-lainya mengatakan kapal telah rosak disebabkan oleh ribut taufan dan meminta untuk diperbaiki semula di Guandong. Bahagian protokol mengarahkan untuk diperiksa dan jika perlu diperbaiki semula dengan kos membaiki kerosakan dan bahan-bahan harus disediakan sendiri. Kerajaan Guangdong akan membantu pada kadar yang bersesuaian.
Untuk rujukan, kebiasaannya kapal akan berlabuh di Wilayah Guangdong di selatan China dan kemudiannya menggunakan kenderaan darat untuk ke ibu kota yang dikatakan memakan masa berbulan lamanya.
還至廣東,明舉與端亞智輩爭言,遂與同事彭萬春等劫殺之,盡取其財物。
Setelah sampai kembali ke Guangdong, berlaku pertengkaran antara Xiao Ming-ju dengan Tuan Haji. Berserta dengan Pang Wan-chun dan lain-lainnya lalu mereka membunuh Tuan Haji. Habis semua barangan diambil.
事覺,逮入京。明舉凌遲,萬春等斬,王永減死罰米三百石,與張字、侯永並戍邊,尚書白鉞以下皆議罰。劉瑾因此罪江西人,減其解額五十名,仕者不得任京職。
Setelah diketahui hal ini lalu ditangkap mereka yang terlibat untuk dibawa ke ibu kota. Xiao ming-ju dijatuhi hukuman yang paling kejam ketika itu yang selalunya diikat pada sebatang tiang dan ditusukkan dengan banyak senjata tajam dan dihiris hidup-hidup.
Pang Wan-chun dan yang lain-lainya dipancung kepala. Wang Yong dikurangkan dari hukuman mati kepada didenda dengan beras 300 石 shi.
石 shi adalah unit ukuran isipadu ketika itu. 1 石 shi bersamaan dengan 52.5 kg. Jadi 300 石 shi hampir kepada 1 tan sekarang.
Zhang zi dan Hou yong dibuang daerah ke sempadan negeri. Bai yue dan yang bawahan juga dikenakan tindakan.
Disebabkan orang dari Wilayah Jiangxi (iaitu Xiao ming-ju) yang telah membuat kesalahan besar maka Liu Jun (pegawai tinggi Ming) telah mengurangkan bilangan 50 pegawai dan mereka yang dari Jiangxi tidak dibenarkan untuk berkhidmat di ibu kota.
Begitulah hukuman yang dijatuhi oleh kerajaan Ming terhadap mereka yang berkomplot membunuh utusan Sultan Melaka.


Copy and paste: 2 Jun 2023 : 13 Zulkaedah 1444H: 9.12 am