ZULHEIMY MAAMOR

Friday, 2 June 2023

Apa Bukti Bangsa Melayu Ialah Bangsa Pelaut?

Posted by : Nurul Kejora Muhammad > Kisah Sejarah Melayu

Saya mintak maaf sebab rosakkan pagi Ahad ini dengah komen rasis seperti ini, tapi saya terpanggil untuk pertahankan Prof Muati yang dihina seperti ini, dengan membentangkan bukti-bukti berkaitan Melayu ialah bangsa Pelaut.
Saya nak betulkan saudara Chandran Singh bahawa Enrique bukan semata-mata, tetapi memiliki ilmu perlayaran dan mampu menjadi penterjemah untuk Magellan untuk misi pelayarannya.
Kenapa penterjemah? Sebab kerana pada waktu itu Bahasa Melayu ialah bangsa Lingua Franca, kerana itulah dia diambil sebagai penterjemah. Ketika Enrique dibawa menghadap Raja Charles V dari Sepanyol.
Dek kerana teruja dengan pengetahuan Enrique tentang laluan perlayaran di Kepulauan Melayu, sebagai pelayar dan penterjemah, Raja Charles V meluluskan misi untuk Magellan pada 1519, dari Sungai Guadalquivir dengan Armada Molucca, yang terdiri dari 5 buah kapal dan 270 anak kapal.
Ada banyak perbahasan berkenaan dengan Enrique dan asal-usulnya, tetapi dalam wasiat terakhir Magellan kepada iparnya Duarte Barbossa, Enrique harus dibebaskan dan dikembalikan ke Melaka, tempat asal-usulnya.
Itu satu tentang Enrique, yang bukan semata-mata sebagai hamba. Sekarang kita ke arah membahaskan bahawa bangsa Melayu sebagai bangsa pelaut. Seberapa hebat mana bangsa Melayu ni sebagai pelaut? Saya nak mulakan hujah dengan mengambil anekdot dibawah:
Orang Cina juga tahu penduduk pulau ini sebagai pembina dan kru kapal laut serta akan terlibat perdagangan laut. Orang Cina sebenarnya telah banyak belajar daripada mereka. Orang Melayu mula membina kapal yang diperbuat dari tikar anyaman yang diperkukuhkan dengan buluh, sekurang-kurangnya beberapa beratus-ratus tahun SM dan ketika masa Dinasti Han (206 SM hingga 221 SM), orang Cina telah menggunakan layar itu.” 
(Lihat Linda Shaffer. 1996. Maritime Southeast Asia to 1500. ME Sharp Inc. Hlm 12-13)
Menurut Linda Shaffer lagi, pelayar-pelayar Melayu merupakan pelayar-pelayar yang mempunyai ilmu laut yang tinggi, berlayar merentasi lautan beribu-ribu batu tanpa bantuan kompas atau carta-carta bertulis.
Pelayar-pelayar Melayu menggunakan angin, bintang, warna air laut, rupa bentuk gelombang laut untuk mengetahui lokasi. Mereka boleh tahu kedudukan sebuah pulau walaupun mereka masih berjarak 30 batu dari pantainya hanya dengan melihat tabiat burung-burung tertentu, haiwan dan tumbuhan laut dan juga rupa bentuk gelombang pada permukaan laut.
Jadi, apakah dua bukti di atas cukup untuk mengatakan bahawa kami bangsa Melayu, ialah bangsa pelaut yang hebat ? Dan sekarang faham kan kenapa betapa Enrique diperlukan oleh pelaut Eropah dalam membantu misi perlayaran mereka?
Persoalan saya ialah, kenapa ada segelintir rakyat Malaysia, yang tak dapat terima hakikat, bahawa kami orang Melayu ialah salah seorang keturunan pembina Tamadun Agung dunia?

Oleh: Helmi Effendy
---
Ayuh kita dalami lagi dalam keagungan Tamadun Melayu dalam buku kami, KITAB TAMADUN MELAYU, boleh beli di Shopee kami pada pautan: https://bit.ly/40FLVup

Copy and paste: 2 Jun 2023 > 13 Zulkaedah 1444H: 9.18 am



No comments:

Post a Comment