ZULHEIMY MAAMOR

Wednesday, 29 June 2022

JAUHI 6 CIRI WANITA INI, RUMAH TANGGA PASTI AKAN BAHAGIA

OLEH USTAZAH ASMA' HARUN

Sebut sahaja tentang pernikahan, pasti terbayang sebuah keluarga bahagia, pasangan yang saling memahami dan anak-anak yang menyejukkan mata.
Selalu kita dengar tentang ciri wanita yang harus dikahwini seperti menjaga aurat, maruah diri, taat suami, dll. Namun sebenarnya ada juga ciri wanita yang perlu kita berhati-hati untuk dijadikan isteri. Bimbang jika tersalah pilih teman hidup, banyak derita yang perlu ditanggung nanti.
Imam Al-Ghazali telah pun memberi panduan tentang beberapa sifat WANITA YANG JANGAN DIKAHWINI.
Mari kita teliti 6 sifat wanita tersebut, mudah-mudahan kita dijauhkan daripada sifat begini:
قَالَ بَعْضُ العَرَبِ لاَ تَنْكِحُوا مِنَ النِّسَاءِ سِتَّةٌ لاَ أَنَّانَةَ وَلاَ مَنَّانَةَ وَلاَ حَنَّانَةَ وَلاَ تَنْكِحُوْا حَدَّاقَةَ وَلاَ بَرَّاقَةَ وَلاَ شَدَّاقَةَ
Maksudnya: “Sebahagian orang Arab berkata: “Janganlah engkau kahwini enam wanita ini, iaitu yang Annanah, Mannanah, Hannanah. Dan jangan engkau nikahi yang Haddaqah, Baraqah dan Syaddaqah.”
(Kitab Ihya’ Ulum Ad-Din)
Maksud setiap ciri-ciri tersebut

1. ANNANAH
Wanita yang terlalu suka mengeluh dan mengadu masalah secara berlebihan.
2. MANNANAH
Wanita yang suka mengungkit jasa baik yang pernah mereka lakukan.
3. HANNANAH
Wanita yang suka menceritakan kelebihan lelaki lain di depan suami.
4. HADDAQAH
Wanita yang boros dalam berbelanja tanpa mengira kehendak atau keperluan.
5. BARRAQAH
Wanita yang suka berhias secara berlebihan.
6. SYADDAQAH
Wanita yang berlebihan dalam ucapannya.
Allahu Akbar
Sahabat, jom kita semak semula, adakah kita mempunyai ciri-ciri ini dalam diri? Selagi ada kesempatan, manfaatkanlah peluang untuk muhasabah dan bertaubat.
Semoga kita dapat menjadi pasangan yang menenangkan hati, serta ibu yang hebat dalam mendidik zuriat keturunan.

Mari amalkan doa ini agar Allah mengurniakan pasangan yang baik untuk dunia dan akhirat kita.
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa.”
(Surah al-Furqan: 74)
SILAKAN SHARE, SEMOGA BERMANFAAT BUAT SEMUA

Asma’ binti Harun
Copy and paste: 29 June 2022 > 29 Zulkaedah 1443H: 9.17 am

No comments:

Post a Comment