ZULHEIMY MAAMOR

Friday, 7 January 2022

Misteri Negara Mo-Luo-Yu

KREDIT > Darul Muttaqin

Monday, September 21, 2015

Pada akhir abad ke-7 Masehi,seorang sami dan pengembara dari China telah mencatatkan sesuatu di dalam diarinya,yang menceritakan perjalanan 25 tahunnya ke negeri-negeri selatan dalam pengembaraannya menuju ke India,dan kembali ke China.
Ketika itu adalah pemerintahan Maharani Wu Zetian dari Dinasti Tang.Perkataan yang aneh itu; yang dicatatkan di dalam diarinya,ialah sebuah tempat sebelum beliau meneruskan perjalanan ke utara dan berlayar ke arah India dari pelabuhan Kedah Tua.
Perkataan yang aneh itu adalah 末羅瑜國 yang bermaksud: Negara Mo-Luo-Yu.

Yi Jing adalah seorang sami Buddha dan pengembara yang hidup pada abad ke-7 Masehi.Beliau terkenal kerana catatannya iaitu Rekod Amalan Agama Buddha Sekembali Dari Lautan Selatan atau Nanhai Jigui Neifa Zhuan.
Sebelum sampai ke India,Yi Jing telah singgah ke Srivijaya pada tahun 671 Masehi dan mempelajari bahasa Sanskrit dan Melayu.
Yi Jing mempelajari bahasa Melayu sebab di sana,sebahagian manuskrip-manuskrip terkenal Buddha adalah dalam bahasa Melayu dan biksu ini terpaksa belajar bahasa Melayu untuk menterjemah kembali ke bahasa Cina.
Dalam catatannya,Yi Jing menyebutkan bahawa beliau telah melihat kitab-kitab asli Buddha seperti Tripitaka yang sebanyak 500 gatha (seakan jilid) ditulis dalam ‘bahasa Sriwijaya’ (bahasa Melayu Kuno) dan jika diterjemahkan dalam bahasa Cina akan memakan ribuan jilid.
Raja Melayu Srivijaya melayan baik biksu Cina ini dengan diberikan makanan dan tempat tinggal yang selesa.Yi Jing tinggal di sana selama 6 bulan.Kemudian raja ini mengirimkan Yi Jing ke sebuah tempat yang bernama 末羅瑜國 yang mengambil masa 15 hari pelayaran dan tinggal di sana selama dua bulan.Kemudian,beliau berlayar ke Kedah,juga mengambil masa 15 hari pelayaran.Dari Kedah beliau meneruskan perjalanan ke India.

Persoalannya, dimanakah 末羅瑜國 atau ‘Negara Mo-Lo-Yu’ itu?
Saya akan jelaskan misteri ini sebentar lagi bahkan akan menjelaskan juga lokasi ‘Srivijaya’ yang sebenar ketika Yi Jing sampai disana.

“Mo-Lo-Yu”


Dalam catatannya,Yi Jing menuliskan:

“Ketika angin timur laut mulai bertiup, kami berlayar meninggalkan Kanton menuju selatan. Setelah lebih kurang dua puluh hari berlayar, kami sampai di negeri Srivijaya. Di sana saya berdiam selama enam bulan untuk belajar Sabdawidya. Baginda raja sangat baik kepada saya. Dia menolong mengirimkan saya ke negeri Malayu,selepas 15 hari berlayar, di mana saya singgah selama dua bulan. Kemudian saya kembali menukar arah,menuju ke (Ka Cha (Kedah),selepas 15 hari sampai di sana,kemudian berlayar dari Kedah menuju utara lebih dari sepuluh hari, kami sampai di Kepulauan Orang Telanjang (Nikobar) …. Dari sini berlayar ke arah barat laut selama setengah bulan, lalu kami sampai di Tamralipti (pantai timur India).
(Nanhai Jigui Neifa Zhuan)

Dari Kanton,Yi Jing berlayar menuju ke ‘Srivijaya’.Tinggal di sana 6 bulan.Dari Srivijaya menuju ke ‘Moloyu’ ambil masa 15 hari pelayaran.Tinggal di Moloyu 2 bulan kemudian menukar arah,berlayar 15 hari lagi menuju ke Kedah.
Dalam peta di atas saya meletakkan semua petunjuk.Terdapat dua ‘Srivijaya’ yakni Srivijaya di kawasan sekitar Patani-Kelantan atau kerajaan Tanah Merah (Chih-Tu) dalam catatan China,di mana dalam riwayat Kelantan ia digelar sebagai Sriwijayamala atau Medang Ghana yang berlambangkan wau bulan.
Satu lagi ialah Srivijaya-Palembang yang merupakan teori popular.

Sekarang kita siasat di manakah 末羅瑜國 (Mo-Lu-Yu Guo) berdasarkan catatan perjalanan Yi Jing.

Kedudukan Mo-Lo-Yu


Pandangan yang popular setakat ini mengatakan bahawa 末羅瑜國 merujuk kepada Jambi.Namun,jika Srivijaya itu di Palembang,maka ini tidak mungkin kerana jarak Palembang dengan Jambi terlampau dekat.
Yi Jing mengambil masa 15 hari berlayar dari ‘Srivijaya’ ke ‘Moloyu’ kemudian mengambil tempoh yang sama berlayar dari Moloyu ke Ka Cha (Kedah).
Jika Moloyu itu adalah Jambi,maka pelayaran mesti kurang dari 15 hari kerana faktor jarak yang dekat.
Jadi untuk mendekati logik jarak yang lebih sesuai,末羅瑜國 itu sebenarnya terletak di hujung semenanjung,tepatnya di sekitar Johor.Yi Jing telah sampai di pelabuhannya di Selat Tebrau.

Adakah Srivijaya benar-benar berada di Palembang?

——————————————————————————————-
Bahagian ini boleh dibaca di SINI: LOKASI RAHSIA IBUKOTA SRIVIJAYA
——————————————————————————————-

Mengapa Moloyu terletak di Johor?


Gambar di atas adalah kedudukan sebuah sungai di Johor,tepatnya di muara Selat Tebrau.Menariknya,nama sungai tersebut adalah Sungai Melayu.

Berdekatan dengan sungai tersebut,terdapat perkampungan yang dinamakan Kampung Sungai Melayu.Menarikkan?
Apabila kita tahu ada entiti bernama ‘Melayu’ di hujung Johor,perasan tak apa yang Ptolemy namakan di hujung Aurea Chesonese dalam petanya:


Kebetulan?
I don’t think so.

KESIMPULAN


Peta perjalanan Yi Jing

Daripada perbicangan di atas,kita boleh simpulkan beberapa perkara:

1) Perjalanan dari Srivijaya ke Moloyu dan dari Moloyu ke Kedah masing-masing 15 hari pelayaran.
2) Moloyu terletak di tengah-tengah pelayaran dari Srivijaya ke Kedah
3) Berdasarkan geografi,Moloyu lebih logik terletak di hujung semenanjung dan Jambi bukanlah ‘Moloyu’ kerana jaraknya yang terlampau dekat dengan Palembang.
4) Yi Jing mencatatkan bahawa ketika di Moloyu,beliau menukar arah (転向),jadi jika Moloyu di Jambi dan dari Palembang,maka ini tidak mungkin kerana ia mengambil perjalanan pada satu garis lurus.
5) Sehingga ke hari ini,terdapat apa dinamakan ‘Sungai Melayu’ di selatan Johor berhadapan Selat Tebrau dan terdapat juga perkampungan bernama Kampung Sungai Melayu.
6) Di hujung petanya dalam Γεωγραφικὴ Ὑφήγησις (Geōgraphikḕ Hyphḗgēsis),Ptolemy mencatatkan nama Μαλεου Κώλον yang bermaksud “bahagian dari Malayu” (Meleu-Kolon).
7) Jika sumber Yi Jing menyebut Mo-Lo-Yu Guo yang bermaksud “Negara Melayu” maka ini cross-reference dengan sumber Greek yang menyebutkan Meleu-Kolon yang bermaksud “Wilayah Melayu”.

Selain Yi Jing,terdapat sami Buddha dari China yang bernama Xuanzang juga mencatatkan nama sebuah tempat bernama Mok-La-Yu (木剌由) di pertengahan perjalanannya ke India.Semua ini hanyalah menjelaskan lagi Misteri Μαλεου Κώλον Dalam Γεωγραφικὴ Ὑφήγησις berdasarkan perkataan dengan maksud yang sama,iaitu 末羅瑜國 di dalam 南海寄归内法传 karya Yi Jing itu.



Copy and paste:
7 Januari 2022 > 4 Jamadilakhir 1443H: 8.54 am










Powered by Blogger.

No comments:

Post a Comment