ZULHEIMY MAAMOR

Thursday, 19 August 2021

Bukti Ampuh King of Straits, Lord of Sea

OLEH SRIKANDI

Sebagai satu bangsa yang dikenali masa lalu sebagai bangsa pelayar yang disegani, apakah alasan atau bukti paling ampuh jika orang bertanya: Jika Melayu itu bangsa laut, bangsa pelayar, bangsa pedagang hebat suatu ketika dahulu, apakah buktinya?
Sebagai bangsa pelaut yang handal, orang Melayu telah menulis 'maritime code' yang menjadi contoh penyusunan undang-undang kepada kerajaan-kerajaan lain di sekitar Selat Melaka. Ia adalah Undang-undang Laut Melaka yang mana para pengkaji bersepakat bahawa kandungannya adalah lebih tua dari masa ia didokumentasikan seawal zaman Sultan Mahmud Syah (1488-1511). Ia dipercayai telah wujud lama sebelum Kesultanan Melayu Melaka, sekurang-kurangnya sejak zaman Kedatuan Srivijaya.
Versi Undang-undang Laut Melaka bukan satu tapi dianggarkan terdapat lebih kurang 40 naskah undang-undang laut itu yang tersebar diseluruh dunia. Malah dicatatkan terdapat sekurang-kurangnya 13 versi Undang-undang Laut Melaka itu yang telah dikumpulkan oleh beberapa orientalis. Daripada versi-versi itulah mereka menyusun versi Undang-undang Laut Melaka (Maritime Laws of Malacca) yang telah diterbitkan dalam JMBRAS, Vol.XXIX, Pt.3, 1956.
Versi-versi itu diperoleh daripada koleksi:
1. Raffles Malay MS.33 = R.33, disalin oleh Sir Stamford Raffles di Pulau Pinang pada 15 Februari 1806.
2. Raffles Malay MS.34 = R.34, bertajuk Undang-Undang Mengkasar dan Bugis. Disalin untuk Raffles pada 1806.
3. Raffles Malay MS.74 = R.74.
4. Maxwell Malay MS.5 = M.5, disalin oleh W.E.Maxwell.
5. Maxwell Malay MS.6 = M.6, disalin pada tahun 1821.
6. Maxwell malay MS.11A = M.11A, disalin oleh Maxwell merujuk kepada undang-­‐undang Patani.
7.Maxwell Malay MS.19 = M.19, disalin oleh Maxwell di Pulau Pinang. Salinan ini dikatakan disalin daripada salinan asal yang bertarikh 1083H (1672M).
8. Maxwell Malay MS.47 = M.47, disalin pada tahun 1882.
9. Leiden MS. Orient. 1705 (224) = L. 1705, Juynboll’s catalogus CCCXXVII.
10. Leiden MS. Orient. 1726 (346) = L. 1726, Juynboll’s catalogus CCCXXX. Siap disalin pada 19 Ogos 1829 di Riau oleh Encik Ismail.
11. & 12. Leiden MS. Orient. 3199 (Malay 700) = L. 3199. Juynboll’s catalogus CCCXXXI. Mengandungi dua versi undang-­‐undang laut itu.
13. MS 6619 = Br., diperoleh daripada Royal Military Academy di Breda. Didakwa telah ditulis pada tahun 1655M.
Tapi... ini baru 'Undang-undang Laut', belum lagi masuk Undang-undang Berlayar dan Undang-undang Berperahu. Mungkin ada banyak versi dan salinannya!
Kalau cenggini punya banyak maritime codex nenek moyang bikin... barulah Melayu itu benar-benar King of Straits, Lord of Sea.
~Srikandi
Dayang Dipertuan of Orang Laut & Lowland Semang
C&P: 19 OGOS 2021 / 10 MUHARRAM 1443H: 5.12 PM

No comments:

Post a Comment