ZULHEIMY MAAMOR

Thursday, 1 July 2021

SOLAT SUNAT AWWABIN & HIFZUL IMAN


Waktu untuk mengerjakan solat

Waktu antara Maghrib dan Isya', iaitu selepas solat sunat Ba'diah (afdal solat ini dikerjakan segera setelah selesai sahaja dari mengerjakan zikir-zikir solat fardhu Maghrib berserta solat sunat Ba'diah, sebelum bercakap-cakap) dan berakhir setelah masuknya solat fardhu Isya'. Waktu di antara dua sembahyang fardhu Maghrib dan Isya’ adalah antara semulia-mulia dan seafdal-afdal waktu untuk dimakmurkan dengan amal ibadat serta menjauhi segala kelalaian dan kebatilan. Menurut ulama, antara amalan yang paling afdal dikerjakan pada waktu tersebut ialah mendirikan sembahyang sunat.

Pengertian solat

Awwabin bermaksud orang-orang yang bertaubat dan kembali kepada Allah s.w.t, penuh keikhlasan dalam ketaatan mereka terhadap-Nya dan meninggalkan kecenderungan serta dorongan hawa nafsu insani semata-mata kerana-Nya. Solat ini dinamakan juga dengan nama solat sunat Ghaflah (kelalaian) kerana orang-orang yang mengerjakannya bertaubat, mengingati serta kembali kepada Allah s.w.t tatkala orang lain lalai dari mengingati-Nya pada waktu tersebut kerana makan malam ataupun kerana kesibukan menyediakannya, beristerirehat, tidur dan sebagainya. Antara para sahabat yang dikabarkan mengerjakan solat sunat Awwabin ini antaranya ialah Abdullah bin Mas‘ud, Abdullah bin ‘Amru, Salman Al-Farisi, Abdullah bin ‘Umar dan Anas bin Malik r.a.

Fadilat solat

Pahalanya sama dengan beribadah selama 12 tahun, seperti yang dinyatakan dalam sebuah hadis,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَلَّى بَعْدَ الْمَغْرِبِ سِتَّ رَكَعَاتٍ لَمْ يَتَكَلَّمْ فِيمَا بَيْنَهُنَّ بِسُوءٍ عُدِلْنَ لَهُ بِعِبَادَةِ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ سَنَةً
Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW telah bersabda; "Sesiapa yang bersembahyang enam rakaat sesudah Maghrib tiada diselang antaranya dengan sesuatu bicara nescaya samalah pahalanya dengan ibadat dua belas tahun." (Riwayat Ibnu Majah, Ibn Khuzaimah dan At-Tarmizi)

Kaifiyat solat

Solat ini boleh dilakukan sebanyak 4 rakaat (2 salam) atau 6 rakaat (3 salam). Disunatkan membaca doa seperti dibawah sebelum mengerjakan solat,

Selamat datang kepada malaikat yang bertugas malam, selamat datang kepada dua malaikat pencatat yang mulia, tulislah dalam rekodkau bahawa Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu hambaNya dan UtusanNya, Aku bersaksi bahawa syurga itu benar, neraka itu benar, kalam itu benar, Aku bersaksi bahawa qiamat itu benar dan pasti akan datang, tidak ragu-ragu lagi, Allah akan bangkitkan mayat dari kubur. Ya Allah simpanlah di sisiMu penyaksian ini untuk hari yang aku perlukan padanya.Ya Allah simpanlah dengannya amalanku, ampunlah dengannya dosaku, beratlah dengannya timbanganku, yang baik, dan pastikanlah dengannya pencapaian cita-citaku dan perkenanlah untukku Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah.Lafaz Niat:

Pada 2 rakaat pertama
Lafaz niat
أصَلِّي سُنَّةَ حِفْظِ الِإيْمَانِ مَعَ الأَوَّابِينَ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja Aku solat sunat Awwabin serta memelihara iman, 2 rakaat kerana Allah Taala

Bacaan surah
Selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat pertama, bacalah surah seperti berikut:
i. Surah Al-Qadr sekali
ii. Surah Al-Ikhlas 6 kali
iii. Surah Al-Falaq sekali
iv. Surah An-Naas sekali
Bacaan ini bolehlah dibaca untuk rakaat yang kedua juga.

Doa selepas solat

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ إِيْمَانِي فِي حَيَاتِي وَعِنْدَ مَمَاتِي وَبَعْدَ مَمَاتِي
فَاحْفَظْهُ عَلَيَّ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَئٍ قَدِير
Ya Allah! Sesungguhnya Aku menyerahkan imanku kepada peliharaan Mu, maka imanku itu,semasa hidupku, semasa matiku,dan selepas matiku. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Pada 2 rakaat yang kedua
Lafaz niat
أصَلِّي سُنَّةَ َ الأَوَّابِينَ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku solat sunat awwabin 2 rakaat kerana Allah Ta'ala.
Bacaan surah Selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat pertama, bacalah surah Al-Kaafirun, dan pada rakaat yang kedua, bacalah surah Al-Ikhlas selepas membaca Al-Fatihah.

Pada 2 rakaat yang ketiga
Lafaz niat
أصَلِّي سُنَّةَ الأَوَّابِينَ مَعَ الإِسْتِخَارَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku solat sunat awwabin serta istikharah
2 rakaat kerana Allah Taala
Bacaan surah Selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat pertama, bacalah surah Al-Kaafirun, dan pada rakaat yang kedua, bacalah surah Al-Ikhlas selepas membaca Al-Fatihah.

Resources
http://www.tayibah.com
http://syafiza.wordpress.com


C&P : 1 JULAI 2021 @ 21 ZULKAEDAH 1442H: 11.30 PM

No comments:

Post a Comment